Salam dears… Zaman sekarang dah tak macam dulu dah, segala galanya dihujung jari saja. Nak semak keputusan peperiksaan sekolah secara online pun boleh. Tak perlu nak tunggu dapat report card bagai dah. Mudah sangat! Dan…anak anak pun tak boleh nak sembunyikan keputusan daripada mak bapak dah!
Teringat masa Mama sekolah dulu, bila dapat report card tu aduhai ketaq lutut nak bawa balik tunjuk kat parents Mama. Mana tak nya, selalu keputusan tak berapa cantik. Tambah tambah subjek Matematik, kalau dapat C pun aii dah happy joget joget dah kot hahaha
Semak Keputusan Peperiksaan Sekolah Secara Online

Semak keputusan peperiksaan sekolah guna Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ni je.
Tadi Mama dah semak keputusan si kembar tiga ni. Walaupun tak berapa ‘cantik’, tapi bila dibandingkan dengan keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang lepas, Alhamdulillah kali ni ada peningkatan dan lulus semua subjek. Majoriti dapat gred B dan C, subjek yang dapat A pun ada juga. Banyak yang beza 2-3 markah je nak dapat gred yang atas. Contohnya A ialah 80 markah, tapi si kembar dapat 78 so dapatlah B. Sipi sipi sangat kan…

Cumanya….disebabkan keputusan subjek Teras ada yang dapat C dan D juga, maka keputusan keseluruhan tu jatuh lah. Sebab subjek Teras ni saja yang diambil kira untuk purata markah keseluruhan. Ohh yaa subjek Teras ialah Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Dunia Sains & Teknologi. Nampak gayanya subjek paling teruk untuk si kembar ni ialah Matematik! Haishh mak borek, anak rintik betul lah. Mama pun tak pandai Matematik hehe
Hmm Mama kecewakah dengan keputusan diorang? Tidak sama sekali! Bagi Mama, asalkan diorang nak pergi sekolah, nak belajar pun dah cukup bagus. Mungkin ada sesetengah ibubapa yang sangat menekankan bab akademik. Tapi…Mama lain sikit.
Mama nak diorang jadi orang berilmu dan pandai dalam hidup. Tapi tak semestinya pandai dalam kelas saja, setakat dapat markah cemerlang masa periksa saja. Contohnya, kalau gagal dalam subjek Matematik pun, tak bermakna tak pandai kan?
Mungkin bila diberi soalan peperiksaan Matematik tak pandai jawab, tapi nanti pandai uruskan wang ringgit untuk perniagaan. Ilmu Matematik dan ilmu perniagaan adalah dua benda berbeza, betul tak? Cuma asas Matematik tu kena lah ada. Kalau tak macam mana nak mengira duit juta juta nanti tu? Errr Mama pun Matematik selalu gagal gak masa sekolah dulu, tapi sekarang kerja HR proses gaji orang lagi, ok je hahaha 😉
Ehhh jangan nak kata Mama tak pentingkan pendidikan tau. Pendidikan dan ilmu adalah sangat penting! Tambah pula zaman sekarang ni yang memerlukan kita berfikir diluar kotak. Asas pendidikan wajib ada. Tapi ‘street smart’ dan kemahiran berfikir pun penting juga. Betul tak?
Apa apa pun, tahun depan si kembar baru nak masuk darjah tiga. Masih ada masa untuk perbaiki apa apa kekurangan. InsyaAllah 🙂
3,424 total views, 1 views today






Takper… Boleh berusaha dengan lebih gigih lagi pada tahun depan…
..
Result Periksa akhir tahun anak-anak saya pun dah keluar… Agak mendukacitakan walaupun ada peningkatan berbanding pertengahan tahun…
Walaubagaimanapun, kami dah ambil keputusan untuk hantar mereka pergi Tuisyen pada tahun depan…
Anuar recently posted…Bagaimana bekas pemandu UBER boleh menjana pendapatan RM 5 angka sebulan?
Yang penting ada peningkatan. Moga dgn tambahan pergi tuisyen, results anak anak makin bagus, InsyaAllah
moga lebih banyak peningkatan lepasni
Uncle Zuan recently posted…5 YouTube Travel Vlogger Yang Best
Amin…