Salam dears… Hari ni si kembar ada peperiksaan kat sekolah. Balik kerja tadi Mama pun tanya lah, macam mana periksa? Ok ke? Boleh buat tak?
Masing masing jawab ok, boleh buat. Tapi…tiba tiba si Fauzi kata “Faris kena periksa Matematik lagi hari Jumaat nanti!”. Ehh kenapa plak? Kenapa Faris sorang je? Pelik…
Sambil tersengih sengih si Faris jawab… “Sebab Faris tidurrr tadi!”. Hahhh tidur masa periksa?!! Adoii laa anak, kenapa laa pi tidur masa periksa?? Ishh berasap je telinga Mama dengar tu. Rasa nak marahhh je!
Mama ngan Ayah pun mula laa masuk gear nak berleter. Tup tup si Fauzi bagitau lagi…”Kertas periksa Faris basah tadi Mama!” Dan si Faris sambung “Sebab air liur basi Faris kena kertas tu…”.
Adehhh…dalam dok marah tu, terus jadi nak gelak! Ayah memang dah bantai gelak dah la, dok bayang kertas periksa tu penuh air liur basi hahahaha
Tapi disebabkan aii ni raksaksa gorgon, maka cepat cepat kawal diri bagi tak gelak (dengan Ayah pun kena jelingan maut suruh berhenti gelak hehe), dan sambung berleter sedas dua lagi. Pot pet pot pet berleter, siap denda bagai.
Ishh nasib baik cikgu nak bagi ulang buat periksa tu, kalau tak? Markah kosong terus la jawabnya huhuhu
Faris ohh Faris…camna laa boleh tidur masa periksa ni nak oii? Nyenyak sangat ke lena nya tu sampai meleleh air liur basi? Hmm kesian cikgu yang mengutip kertas tu kan. Hahahaha… Adehh….

Jangan tidur masa periksa dah tau!
7,665 total views, 1 views today





ngantuk sangat dah tu hehehhehehe
tu laa hehe
hehehe… kesian nya dia…ngantuk sangat gamaknye tu…kih3
Tu laa pasal hehe
hadoiii, faris lawak.la sayang oiii…mama tak marah ke tidur lambat…jumaat jawab elok2 yer
umminani recently posted…RIUH BILA BERGABUNG JADI EMCEE @ PENGACARA MAJLIS
Malam tu tidur time cam biasa je ummi, kul 10.30 tiap malam kena paksa tidur dah. Tak tau laa kenapa dia ngantuk sgt esoknya tu
Ohhh… Anak-anak kembar 3 Sis dah periksa yer…. Anak-anak saya periksa sekolah agama jer pada minggu ni…. Periksa sekolah Kebangsaan belum lagi..
Anuar recently posted…Alhamdulillah… Rezeki Blogger Semakin Bertambah, Bila Usahawan Internet (IM) Sibuk Buat Sales di Pasaran Antarabangsa
Si kembar dah periksa sek agama minggu lepas. Minggu ni sek kebangsaan plak
alahai.. i guess he fall asleep after finished with his maths? Else the teacher would not let him re-do.
Mungkin kot…
adoi letih sgt study ke camne ni…haha mujur cikgu timbang rasa bg gak reseat paper tu kan…terbaik lah cikgu 🙂
yanamib recently posted…Bedazzle Diamond Serum Susuk Moden Untuk Wanita Moden
Tu laa nasib baik cikgu bg reseat
Bila ngantuk menyerang kita yang dewasa pun tumpas mama…hihi..part air liur tu acik PC tak boleh tahan gelak…
Perdu Cinta recently posted…Jangan Fikir Sedap Semata
ye laa btoi gak, kalau dah ngantuk sgt org dewasa pun kalah…inikan plak budak budak
saya dah gelak berdekah2 dah..adoi..sabar je la..macam2 peranagi..hahahaha
Tu laa… nak marah tapi nak gelak kan?
Hehehe.. Pantas ni siap sebab tu boleh tidur hehe
Think positive ehh? hehe
Kah kah kah sampai meleleh air liur dah kira tahap kritikal punya ngantuk. Dia buat apa waktu malam sampai mengantuk benar? Kena spotcheck tu kak hahaha
Ntah lah SS, tidur on time macam selalu hehe