Salam dears… Sekarang ni kan Mama tiap tiap hari masak sendiri. Jadi memang cepat je lah habis barang basah kat rumah ni. Nak kerap keluar beli barang, risau plak dengan keadaan kes Covid tengah banyak ni. Jadi, nak memudahkan simpan barang basah / bahan mentah, akhirnya Mama decide untuk beli chest freezer online di Shopee ja.
Dah Lama Nak Beli Chest Freezer Tapi…
Sebenarnya dah lama Mama teringin nak beli chest freezer. ‘Tabung dana chest freezer’ pun dah lama ada tapi tak beli beli gak hehe. Sebabnya ruang dapur Mama ni terhad dan nak kena tambah plug point atau soket plug sebab chest freezer kan tak boleh kongsi plug dengan barang lain, maka asyik bertangguh ja lah hasrat tu.
Dulu Mama jarang memasak jadi freezer kat peti ais yang ada tu kira ok laa, cukup laa nak simpan barang basah untuk stok seminggu dua. Tapi bila kebelakangan ni kes Covid makin meningkat dan kawasan rumah Mama pun memanjangnya dalam ‘red zone’ ja, rasa macam ishhh nak kena ada gak lah chest freezer supaya senang nak simpan lebih banyak barang basah dan kurangkan kekerapan keluar rumah.
Maka bincang bincang ngan Ayah, kita beli ja lah chest freezer sekarang dan letak ja dulu kat dalam bilik mana yang boleh. Nanti bila kes Covid dah reda, kita cari technician untuk buat wiring tambah plug point kat balkoni dapur dan pindahkan ke situ. Ayah pun setuju, dalam bilik pun dalam bilik lah…janji ada chest freezer!
Kenapa Beli Chest Freezer Online?
Sejak kes Covid meningkat, jujur Mama katakan Mama ni salah seorang yang ‘takut nak keluar rumah’. Mungkin ada diantara korang yang anggap perangai camni paranoid, tapi memandangkan Mama dan si kembar tiga ni dalam kategori berisiko tinggi sebab kami ada penyakit asma maka Mama jadi extra risau dan lebih suka habiskan masa dirumah saja.
Bukan lah sampai tak keluar rumah langsung, tapi keluar bila betul betul perlu saja. Nak beli barang pun, selagi boleh beli online, Mama akan beli online. Jadi sebab tu lah, chest freezer pun Mama beli online di Shopee ja.
Mula mula nak beli tu, Mama risau gak sebab benda mahal. Bukan puluh puluh ringgit punya harga, tapi beratus ringgit oiii! Opkos laa risau kannn..
Jadi macam biasa, sebelum beli apa apa barang online kena lah survey dulu. Selain daripada bandingkan harga, Mama akan tengok ratings seller tu dan baca review oleh pembeli pembeli sebelum ni. Kalau banyak review yang negatif, memang ku pangkah terus.
Berapa Harga Chest Freezer?
Akhirnya…Mama beli chest freezer jenama Berjaya daripada seller kedai CKE Holdings kat Shopee. Alhamdulillah, dalam masa 3 hari ja barang dah sampai. Dan ianya sampai dalam keadaan elok, tak ada sebarang kerosakan ke kemek ke apa ke. Serius legaaa! hehehe
Sebenarnya Mama tak pasti samada chest freezer yang Mama beli ni adalah yang termurah atau tidak, tapi entah mengapa…hati Mama tergerak nak beli daripada seller ni. So I followed my instincts…gittewww hehehe
Harga chest freezer Berjaya 160L yang Mama beli ni ialah RM565.60 untuk hantar ke rumah tingkat atas tanpa lif, dan kos penghantaran dalam Lembah Klang plak RM65.80. Jadi jumlah harga semuanya ialah RM631.40.


Chest Freezer Jenama Berjaya Jadi Pilihan
Kenapa beli jenama Berjaya? Sebab Ayah kata dia biasa nampak kedai runcit dan kedai makan guna chest freezer Berjaya ni. Kalau kedai guna, mungkin tahan lasak lah kot. Bila baca kat deskripsi produk pun seller tulis “heavy duty, originally for commercial use”.


Lagi satu sebab kitorang pilih chest freezer Berjaya ni ialah kerana nak kan saiz 160 Liter (net capacity 154L). Kalau saiz 130L, Mama rasa tak cukup besar dan kalau saiz 230L plak macam besar bagak sangat nak guna kat rumah ni. Jadi kitorang rasa yang saiz 160L ni InsyaAllah just nice untuk kitorang sekeluarga.

Baru lagi beli…tak sampai seminggu pun kitorang guna chest freezer ni, jadi nak bagi testimoni kata betul betul tahan lasak tu, belum boleh lagi lah.
Tapi yang Mama boleh katakan ialah chest freezer ni cepat gak sejuk. Lepas dah on, tak sampai sejam pun rasanya dah cukup sejuk. Tapi kitorang ikut arahan kat buku manual tu, lepas 3 jam baru masukkan barang barang.

Hmm…tu je lah yang Mama nak cerita kat sini. Saja je nak share cerita, mana tau kot kot ada diantara korang yang dok plan nak beli chest freezer gak kan.
Sebenarnya bila beli barang online ni, Mama rasa ikut nasib dan rezeki gak lah. Kadang kadang orang lain beli ok tapi bila kita beli tak ok, betul tak? So kalau berani ambil risiko, boleh laa beli online. Kalau tak berani, beli je lah kat kedai yang biasa.
Apa apa pun, Mama rasa lega dan happy sangat sebab akhirnya tercapai juga wishlist ku nak ada chest freezer kat rumah ni, Alhamdulillah 🙂
6,166 total views, 4 views today
yeay tahniah wishlist dah boleh tick 😉
Alhamdulillah 😊
saya pun tawakkal je beli chest freezer kat shoppee sebab nak simpan susu anak. Alhamdulillah dpt seller yg ok dan brg sampai elok.
Alhamdulillah, lega sangat kan bila barang yang sampai elok.
Dulu saya pernah nak beli benda ni. Tapi tiba2 ada alat elektrik rosak.Wireman kata ada wirering yang dah rosak dan kena tukar. Terus tak jadi beli sebab dia kata nanti ada barang lektrik lain yang akan rosak juga. Lagi2 benda ni tak boleh pakai wire extention. Tunggu dah buat wirering lain nanti kami nak beli jugak satu.
diana rashid recently posted…PENGGUNA SOSIAL MEDIA LEBIH TERTARIK UNTUK MEMBELI DENGAN 7 CARA PEMASARAN INI
Ya betul, tak boleh guna extension dan tak boleh share plug. Bagus laa wireman tu advise macam tu, better tukar wiring dulu.
Ya ampun ini dalam wishlist jugak tau nak beli. thanks sharing
Moga tercapai hajat u nak beli chest freezer, Aamiin
Beli he lah hehe…teringin juga nak ade satu
Moga tercapai hajat u nak beli juga 🙂
Suka sebab ada kunci. Salah satu perkara buruk yang saya selalu bayangkan ialah budak main sorok-sorok dan menyorok dalam ni. Seram.
Aka recently posted…Bagaimana menghasilkan dan memasarkan produk kosmetik jenama sendiri?
Sama laa, biasa terfikir benda camtu gak. Kalau rumah yang ada budak kecil, elok laa yg ada kunci ni.
Thank you sis..sbb saya baca sis punya review saya terus beli chest freezer dr seller ni..sgt2 membantu🥰🥰🥰
Alhamdulillah, happy dapat berkongsi cerita 🙂