Salam dears… Siapa suka pizza? Saya! Siapa suka onion rings dan chicken drummets? Saya! Siapa nak menang peraduan? Sayaaa! Haaa kalau itu lah jawapannya, maka peraduan Dominos The Perfect Deal ni memang sesuai sangat lah untuk korang. Macam mana nak masuk peraduan tu? Meh baca meh…sambil cuci mata tengok pics makanan hehehe 😉
Dominos The Perfect Deal
The Perfect Deal ni adalah gabungan hidangan Fabulous Four dan 2 Pizza Deals. Bila beli set kedua dua hidangan ni, korang akan dapat satu botol Pepsi secara percuma. Haa best kan? Tak payah nak beli air asing, dapat sebotol besar Pepsi 1.5ml tu free saja, yay! Pastu, boleh masuk peraduan juga.
Hadiah utamanya adalah scooter SYM Attila Elizabeh edisi khas #PepsiMoji yang super cute! Hanya ada 2 biji je scooter #PepsiMoji ni dalam satu dunia tau, kiranya kalau menang ni boleh lah feeling paling ohsem naik scooter retro yang stylo ni keliling pekan gitu hehe. Ohh yaa sebelum cakap pasal peraduan, meh nak tayang pics hidangan Fabulous Four dan 2 Pizza Deals, bagi korang terliur dulu hehe

Fabulous Four
Dalam set Fabulous Four ni ada empat menu sampingan yang paling popular di Dominos iaitu Roasted Chicken Drummets, Domino’s Cheesy Mozarella Stix, Garlic Cheese Onion Rings dan Mini Cinnadots. Masa tengah promosi ni harga satu set hanya RM19.90. Best woo…dengan RM19.90 saja boleh rasa empat hidangan berbeza! Melainkan korang ni memang jenis kuat makan melantak tak hengat, satu set InsyaAllah boleh kongsi makan 2-3 orang hehe.

Fabulous Four. Harga promosi hanya RM19.90 saja. Air pepsi tu dapat percuma kalau beli The Perfect Deal.

Roasted Chicken Drummets yang sangat yummy! Mama tak tahulah ayam tu diperap dengan apa, tapi sedap dan tak kering, juicy je

Cheezy Mozarella Stix, makan panas panas sedap ni

Mini Cinnadots yang comel. Ada taburan cinnamon dan gula rasanya atas tu. Manis, tapi tak terlalu manis. Cicah dengan sos putih tu sedap, tapi Mama tak tahu apa namanya sos tu hehe.

Ini favourite Mama – Garlic Cheese Onion Rings. Makan panas panas, rangup krup krap sedap!
2 Pizza Deals
Bagi Mama 2 Pizza Deals ni memang berbaloi dan jimat. Contohnya laa kan, biasanya harga 1 keping pizza bersaiz Regular adalah RM26.80. Tapi dengan 2 Pizza Deals ni, boleh beli 2 keping pizza saiz Regular tu dengan harga dari RM30.00 saja! Kalau yang saiz Large 2 keping RM50 dan saiz Xtra Large plak 2 keping RM70.00. Murah tu!
Pastu boleh pilih daripada 28 jenis toppings yang berlainan, serius boleh rambang mata nak memilih! Mama ni selalu order yang Aloha Chicken dengan Beef Pepperoni je. Sebab itu favourite si kembar. Biasa laa kan, bila ada anak anak ni, ikut tekak anak je bila nak makan apa pun kan? Tapi masa kat Dominos Seksyen 14 hari tu, Mama dapat cuba beberapa lagi perasa yang memang sedap sedap belaka!

Smoky Pepperoni and Mushroom. Berkeping keping pepperoni tu haa, puas makan

Prawn Passion. Nampak tak udang tu? Berketul ketul ada, peminat udang mesti cuba ni hokey

Chicken Confidential. Ada sos rahsia tau, kena cuba rasa sendiri baru tahu. Yang pasti, Mama suka!
Peraduan Dominos The Perfect Deal
Ohh yaa lepas dah beli The Perfect Deal tu resit jangan buang tau. Nak masuk peraduan ni korang kena log-in di website Dominos dan ikut je arahan kat situ. Masukkan nombor ID order korang yang ada kat resit tu, isi borang peraduan dan jawab dua soalan mudah pastu submit! Dan…untuk setiap penyertaan yang berjaya dihantar, akan dapat pula e-Kupon untuk percuma satu Regular Pizza yang boleh redeem lain kali bila beli pizza Dominos lagi. Wahh best, best!


Peraduan Dominos The Perfect Deal

Mama nak menang scooter PepsiMoji yang comel!
Menu Sampingan Yang Menarik
Alang alang dah cerita pasal Dominos ni kan, meh nak cerita sikit pasal menu lain yang sempat Mama rasa masa sesi bersama blogger di Dominos Seksyen 14, Petaling Jaya hari tu. Selalunya bila ingat Dominos, Mama akan ingat pizza je. Rupa rupanya banyak lagi pilihan yang best best kat Dominos ni tau. Antaranya….

BBQ Baked Meatballs. Suka sos BBQ tu, sedap.

Chocolate Lava Cake yang sangat ohsem sebab coklat cair dalam kek tu perghhh best! Makan panas panas serius sedap giler! Ikut tekak Mama ni lah sedap hehe.

Banana Kaya ni Mama dah selalu order, sebab si kembar suka sangat. Lemak manis, sedap wehhh

Staff Dominos Seksyen 14 PJ yang mesra belaka 🙂



Nampak tak muka happy seorang mak budak tu? Hehehe
Mana tak happy, dah laa Mama ni memang suka makan pizza Dominos. Tengah ada peraduan pula tu, ada harapan menang scooter yang comel, secomel tuannya (aii lah tu!) Perasan macam dah menang je hahaha. Tak salah pasang angan angan kan? Hehe 😉
Maklumat Lanjut:
Website: https://www.dominos.com.my/
Faceboook: DominosMY
Instagram: DominosMY
Peraduan: The Perfect Deal
Tempoh Peraduan: 4 Oktober hingga 13 November 2016
5,826 total views, 1 views today





Sedapnya tengok makanan, Lagi2 chocolate lava.
Choc lava cake tu memang sedap sangat
Kak nani,
Nyesal nya buka blog akak masa ni.. terliur gila tgk gmbr ni 😂😂😂
Laparrrrr pizza
Apa lagi, orderlah Dominos 😉
Sedap tu makan pizza…
Sedapppp
sedapnya..nak menang moto tu gak
nadia johari recently posted…GEGAR VAGANZA MUNCULKAN ARTIS LAMA DAN LAGU LAMA
Masuklah contest tu Nad, mana tau ada rezeki menang
Jatang makan Domino.. lagipun tak ada dekat tempat tinggal saya..
anuar recently posted…3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
Masa tgh promosi ni beli jimat
nyum nyum sedapnya pizza… dah lama tak makan tu…
memang bestla kalau dapat skutter tu..
hehe
umiadam recently posted…35 Kebaikan Omega Guard Yang Menyebabkan Semua Orang Kena Beli
Haaa tengah ada harga promosi ni laa untung makan Dominos hehe
Order lah pizza, tengah promosi ni lagi berbaloi makan kan
sedapnya. kena order ni =)
Sila sila…tengah promosi berbaloi order 🙂