Salam dears… Ada juga Mama dapat komen daripada readers & kawan kawan yang tegur gigi si kembar 3 ni cantik. Nak kata cantik putih berseri tu tak lah, tapi Alhamdulillah elok je tak dak yang rongak. So ni sekadar nak berkongsi beberapa cara jaga gigi kanak-kanak yang kitorang buat untuk si kembar ni:
– Kawal atau hadkan pengambilan gula gula, lollipop dan yang sewaktu dengannya. Kanak-kanak memang suka makan benda manis macam tu, tapi Mama jarang sangat sangat belikan gula gula untuk si kembar. Kalau makan gula gula pun, sebab orang bagi. Tu pun Mama akan hint hint kat orang tu, tak boleh bagi banyak. Siap sound nanti rosak gigi, tapi sound secara baik sambil senyum senyum ler hehe
– Kawal atau hadkan pengambilan gula gula, lollipop dan yang sewaktu dengannya. Kanak-kanak memang suka makan benda manis macam tu, tapi Mama jarang sangat sangat belikan gula gula untuk si kembar. Kalau makan gula gula pun, sebab orang bagi. Tu pun Mama akan hint hint kat orang tu, tak boleh bagi banyak. Siap sound nanti rosak gigi, tapi sound secara baik sambil senyum senyum ler hehe
– Mama lebih suka belikan coklat berbanding gula gula. Sebab kawan Mama kata doktor giginya pernah bagitau, kalau nak bagi anak anak ‘sweet treats’, bagi coklat lebih elok. Sebab kalau gula gula tu kan dikulum lama dalam mulut, boleh rosakkan gigi dan gusi. Kalau coklat gigit kunyah kunyah je dah habis.
– Gosok/bersihkan gigi & gusi sejak bayi. Sebelum si kembar ni tumbuh gigi pun Mama dah biasa cuci gusi diorang, gosok pelan pelan guna kain lembut & air putih je. Bila dah tumbuh gigi, gosok guna berus gigi khas untuk bayi.
– Latih anak supaya rajin gosok gigi. Setiap kali mandi mesti gosok gigi. Pastu lepas makan atau minum benda manis, dan sebelum tidur, seboleh bolehnya mesti gosok gigi dulu. Dulu setiap hari Mama yang gosokkan gigi diorang. Tapi sekarang ni si kembar dah pandai gosok sendiri. Tapi sekali sekala Mama tolong gosok juga, untuk pastikan gigi bersih.
– Guna berus gigi yang sesuai. Mama tak beli berus gigi jenama yang mahal mahal pun. Yang penting, berus gigi yang diguna tu mesti ikut peringkat umur atau tahap pertumbuhan gigi kanak-kanak. Pilih berus gigi yang kecil & lembut.
– Guna ubat gigi berflourida yang sesuai untuk kanak-kanak. Mama biasa guna brand Mukmin atau Kodomo. Pilih yang selamat jika tertelan. Sebab dulu si kembar ni bukan takat gosok gigi, tapi ‘makan’ ubat gigi hehe
Hmm tu je lah kot cara Mama jaga gigi si kembar 3 ni. Bab jumpa doktor gigi, pernah bawa si Fahmi je 2 kali, sekali sebab gigi berlubang & sekali lagi sebab gigi kekal tumbuh. Faris & Fauzi tak pernah jumpa doktor gigi.
Mama selalu pasang niat nak bawa bagi doktor periksa atau cuci gigi diorang. Tapi…err….aii ni penakut sikit kalau bab jumpa doktor gigi ni huhu. Mama sendiri last sekali jumpa dentist sebelum kahwin dulu *malu*.
Rajin rajin gosok gigi dan jaga gigi elok elok supaya gigi tak rosak, dengan harapan tak yah jumpa doktor laa kununnya ni hehehe 😉
7,028 total views, 1 views today






haah.. kalau gigi terjaga elo, anak2 pun tak meragam sakit gigi..
tak payah jumpa doctor selalu..
yang paling penting, gigi mereka comel nnt
Bagus mama kembar 3, macam ni la nak ucap syabas sayang gigi kembar2 akak, akak mcm julia juga ni lebih suka belikan coklat berbanding gula2…alhamdulilah gigi Qi pun elok sebab umi dia strict pasal jajan dan gula2 hehhehe…kembar nanti ambil gambar tunjuk gigi byk2 tau auntie nak tgk suka tgk gigi cantik hehehhe
dari kecil ni nak kena jgakan..nanti bila gigi dah rosak,susah pulak..