Salam dears…. Dah tiga minggu berlalu, baru teringat nak coretkan diblog ni, buat kenang kenangan. Nanti tahun tahun akan datang boleh baca balik sambil tersenyum sorang sorang ye dak?
Errr kenangan apa tu? Hehe… Kenangan sambutan hari jadi Mama pada 1 Ogos tahun ni. Walaupun sambut kat rumah simple simple ja, tapi sangat bermakna dan penuh kejutan! Haaa gitteww 😉
Kejutan Demi Kejutan di Hari Jadi
Kejutan yang pertama – pukul 12 pagi Ayah dah ucapkan Happy Birthday! Terkejut aii, sebab dia selalu terlupa. Selalunya bila orang lain dah sibuk Whatsapp ucap baru dia pun teringat nak wish.
Tapi kali ni, Ayah jadi orang pertama yang ucapkan selamat hari jadi. Walaupun dah berbelas tahun kahwin, masih rasa woww kagum okay dia boleh ingat hahahaha
Kejutan kedua – seawal pukul 8 pagi dah ada orang datang ketuk pintu rumah, buat delivery. Ehhh…mana ada order apa apa pun. Bila si penghantar perkenalkan diri “kak, ni Ena, ‘cucu’ dalam team Norwex akak”, Mama terblur sekejap. Ena? Bukan Ena dok kat Langkawi ka?
Rupa-rupanya, Ena menetap di KL, tapi ’emaknya’ Hafilah (direct downline Norwex Mama) yang duduk di Langkawi. Dan…Hafilah hadiahkan sarapan pagi sempena harijadi Mama!
Punya laa happy berbunga bunga hati Mama masa dapat tu sebab tak sangka walau jauh beribu batu tapi sanggup dia order dan aturkan untuk suprise kat Mama. Terharu!



Lepas tu, Ayah pula bagi hadiah. Wahhh apa hadiahnya? Punya lah teruja dan happy dapat surprise dari anak team dan hadiah, Mama buat Live unboxing kat Facebook…simpan situ buat kenang kenangan juga hehe.


Untuk makan tengah hari pula, Ayah belanja birthday cake dan Texas Chicken. Yayyy tak payah masak hehehe

Ingatkan itu ja, rupa-rupanya ada lagi kejutan! Sampai 3 kali terkejut laa birthday kali ni hehehe
Kejutan ketiga – dapat panggilan daripada UmmiNani, bagitau ada orang nak datang hantar barang. Ehh barang apa pula agaknya ye…dah berdebar debar dah masa ni. Bila barangnya sampai, wahhhh happy gilerrr!


Walaupun sambutan dirumah simple simple ja, tapi seronok sangat. Terharu, bahagia dan syukur sangat dikelilingi orang yang baik baik belaka. Alhamdulillah…
Kalau macam ni lah dapat surprise, nak sambut birthday tiap-tiap hari boleh? Hehehehe
4,220 total views, 2 views today
Rezeki tak salah alamat, selamat hari lahir kak..
Alhamdulillah. Terima kasih 🙂
sambut hari-hari tak dpt la surprise byk. kikikiii…
happy belated birthday akak.
Betul gak tu kan, ok laa setahun sekali pun jadi lah asal dpt banyak surprise hehehehe