Salam dears,
Mama terjumpa petua ni dari blog Afifah and nak kongsikan di sini. Ada doa & amalan amalan yang boleh dimanfaat kan oleh pasangan yang sedang berusaha mendapatkan zuriat.
(Surah Al Anbiya’ [21]:89)
Mama terjumpa petua ni dari blog Afifah and nak kongsikan di sini. Ada doa & amalan amalan yang boleh dimanfaat kan oleh pasangan yang sedang berusaha mendapatkan zuriat.
Kalau korang yang dah pernah amalkan tapi masih belum berjaya, terus kan lah. Benda baik elok tak rugi kalau terus buat kan? Mana tau dengan berkat usaha tanpa putus asa moga Allah akan makbul kan permintaan kita, InsyaAllah 🙂
Doa Memohon Zuriat – amalkan sebagai zikir sepanjang masa:
“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi’
“Ya Tuhanku! Berilah aku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Doa”
(Surah Ali Imran [3]: 38)
Selain tu, amalan2 lain yang boleh di amalkan:
Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
· Baca Bismillah 1 kali
· Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
· Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
· Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
· Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalan kedua.
· Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
· Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari
· Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
· Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.
(credit to Afifah)
Kita hanya berusaha tapi semuanya terletak pada ketentuan Allah – usaha, tawakal dan redha. Wallahu’alam….
5,212 total views, 2 views today








thanks for sharing kak nani n afifah!
insyaAllah sy akn cube amalkan.. doakan sy ye kak.. nie da hampir 3taun tggu baby..tp blom rzeki lg..
Salam perkenalan..time kasih for info ni..InsyaAllah,sy n suami akn cube amalkan..dh nk masuk 5 tahun usia perkahwinan kami..masih lom dikurniakan rezki ank lg..
assalamualaikum
salam perkenalan. terima kasih atas perkongsian info 🙂