Salam dears… Dah lama Mama idamkan ‘kebebasan’ macam ni. Akhirnya, Mama miliki kebebasan tu dengan Sudio NIVA wireless earphone, yahooo! *joget*joget*
Sekarang dah tak payah risau tali cable earphone terbelit. Tak perlu risau kabel tersangkut. Tak payah risau tudung terselak masa nak cabut earphone. No worries. Just relax and enjoy the music. Serius best wehhh!

Sudio Niva Wireless Earphone dah dalam genggaman, yahooo!
Review Sudio NIVÅ The True Wireless Earphone Memang Terbaiklah!
Sebelum ni Mama ada gak pergi belek wireless earphone kat kedai, tapi macam tak berapa nak berkenan sangat. Dok fikir kalau beli pastu kualiti bunyinya tak sama macam yang Sudio Sweden kang Mama frust plak.
Sebabnya selama ni Mama dok guna Sudio Vasa dan dah terbiasa dengan kualiti bunyi yang mantap. Pernah gak cuba beli earphone yang murah murah kononnya nak buat spare, tapi tak puas hati lah. Kualiti jauh beza ngan yang Sudio Sweden huhu.
So memang tak boleh nak sembunyi lah Mama punya happy masa parcel Sudio Niva ni sampai kat opis. Teruja buka belek dan selfie hehehe. Balik rumah ja terus cuba pakai. Tapi sebelum tu baca dulu lah instruction kat kotak dan user manual supaya tahu camna nak pakai. Jangan risau, senang ja nak guna earphone ni.

Kat belakang kotaknya ada diterangkan apa fungsi setiap bahagian.

Cara guna.
Mula mula on bluetooth kat handphone pastu tekan butang warna gold kat tengah earphone tu, nanti ada suara bagitau ‘power on, device connected left channel / right channel’. Jadi tahu lah belah mana dah pasang ngan elok atau tak. Haaa canggih kan? Mama masa mula mula pasang tu jakun laa jugak “ehhh ada orang bercakap lah” hahahaha

Tekan butang warna gold tu untuk on/off. Yang lubang kecil kat bawah button tu plak ialah microphone jadi boleh jawab call masa pakai ni.
Nak bawa kemana mana pun senang, simpan je dalam portable charging box tu. Kompak, kemas dan stylish. Bateri earphone tu boleh bertahan sehingga 3.5 jam. Bateri habis? Masukkan je dalam portable charging box tu dan charge lah sehingga 4 kali lagi. Jadi total boleh bertahan sehingga 17.5 jam weh! Tapi dengan syarat, jangan lupa recharge charging box tu lah yer hehe

Nampak lampu tu? Biru maksudnya earphone tu on, merah maksudnya tengah charging saja.

Dapat extra 2 pasang earbuds gak, so boleh laa sesuaikan dengan saiz telinga pemakai.

Ada warranty 1 tahun
Rasa Bebas Dengan Sudio Niva Wireless Earphones
Sekarang ni sambil seterika baju pun Mama ‘bebas’ nak layan lagu dari handphone tanpa ganggu si kembar atau Ayah. Diorang dah tak ‘terpaksa’ dengar lagu lagu Mama gak macam dulu. Cuma masih terpaksa dengar nyanyian sumbangsih Mama je lah hahaha.
Aii tak sedar wooo kata dok nyanyi kuat, sebab earphone Niva ni muat elok ja kat telinga jadi macam ada noise isolation dan tak dengar bunyi dari luar. Terasa macam dalam dunia sendiri gittew.
Ayah kata “tu laa abang panggil awak banyak kali, awak tak dengar pun”. Nasib lah bang, sesekali bini mu ni syok layan ‘konsert’ sendiri kan hahaha

Kasi chance pakai sebab jadi model jap, kalau tak jangan harap nak pakai Sudio Niva Mama ni yer hehehe
Pakai bagi senget sikit gitu baru fit dan lekat elok kat telinga. Mama ni siap lompat lompat sebab nak test tengok mudah tercabut ke tak earphones tu. Tapi earphones tu tak bergerak pun, masih kemas terletak kat telinga. Nasib baik lah lantai rumah pun tak runtuh sebab bergegar kuat kahkahkah *maaf jiran*
Bab kualiti bunyi plak memang bagus, jelas, tak dak pecah pecah. Omputih kata ‘very crisp and smooth’ gitu. Ternyata Sudio Sweden tetap maintain kualiti tak kisah lah apa model earphone yang diorang keluarkan, terbaik lah Sudio Sweden!
Discount Code Sudio Sweden
Haaa amacam? Menarik tertarik? Nak beli juga? Sila sila…order online ja dan guna discount code MamaKembarTiga untuk dapatkan diskaun 15% hokeyy. Pastu dapat penghantaran percuma dan juga Sweedish design coasters yang stylish. Kod diskaun tu sah untuk semua produk kat website Sudio tu tau. Menarik kan, kan?

Ada 3 warna, Mama pilih putih sebab nampak smart gittew.

Ciri ciri Sudio Niva Wireless earphone. Sesuai untk Android dan iOS gak.

Guna kod diskaun MamaKembarTiga dan korang akan dapat free gift 4pcs coasters tu juga.
Haaa apa tunggu lagi…sila lah pergi tengok tengok ‘cuci mata’ hehehe 😉
Maklumat Lanjut:
Website: Sudio Sweden
Instagram: Sudio
Facebook: Sudio
8,774 total views, 4 views today






Alamak…. Jatuh cinta laaaa ngan earphones Sudio NIVA wireless ni. Dah usha tadi, warna hitam smart seyh…
Semua pun smart
hoih. jelesnya. nak jgk seketul. pink tu mengancam. my fav.
Pink pun sweet ooo
wow bestnya… earphone ni bukan keperluan bagi saya. tapi kalau yang bunyi best tu ok jugak kalau ada bajet lebih
Beli yg ni berbaloi bam hoq
wuu nak try beli la utk sendiri hihi
Beli beliii hehhehe
menarik..mcm nak grab juga lah satu
Jangan lupa guna kod diskaun tu tau
bestkan kalau pakaitdung then leh pasang earphone tanpa ada wayar.. tk berebelit gitu
Yup, selesa ja
stylo erk earphone ni
Stylo sangat
Ok nak gi cuci mata jap.
Konpem terpikat hehe
Bestlah, lama jugak idam nak earphone camni. Kena menabung ni!
Sila sila
Wow.. boleh dapat diskaun!
Grab cepat
Bestnye earphone ni, semuanya simplify kan
Yup, simplicity at its best
jeles gila tengok. Dahla cantik, putih pulak tu. memang sesuai untuk wanita bertudung macam kita ni ha. Tak perlu wayar2. Siap boleh jawab call org dengan mcm tu je..best giler
Yup selesa & dok dlm tudung tadak sapa tau pakai earphone hehe
fuhhhh memang layan ….sound dia mesti padu…
Mmg padu bebeh hehe
Ai tgh pakai bluetooth earphone jugak sekarang, tapi yg ada wire lagi… Nak try sudio jugaaakkkk
Haa yg ni betul betul wireless tau hehe
Jenis macam ni memang best sound. Sebab earfon tu tutup hampir keseluruhan lubang telinga. Best ni. Cuma kalau volume kuat, nanti tak dengar apa langsung dah.
Yup, mmg tak dengar bunyi dr luar kalau volume kuat. Sebab tu I pasang tak kuat sangat, kot anak anak panggil tak dengar plak hehe
Best yer.. nak beli jugak! Smart dan stylo betul.
Guna diskaun kod tu tau 🙂
menarik, org tak nampak pakai ear phone. tp telinga saya sensitif sket. tak selesa ber ear phone. anak2 suka
Yup, leh sembunyi dlm tudung orang tak nampak dok pakai earphone hehehe
best kalau bawak pergi jogging ni…..
Sesuai ni untuk jogging
Sukalah…nampak bergaya!
Kann..smart & Stylish gitu
suka tengok semua warna untuk earphone ni semua cantik2 design pun sleek
Kan..semua stylish, sound pun best tau
Great discount. Thanks for sharing great discount code of sudio niva wireless earphone. I will use this code to buy earphone and will also share this code too.