Salam dears… Korang dah tahu ke boleh hantar barang Pos Laju di MPH Bookstores? Dah tahu eh? Kalau macam tu Mama ni je laa yang terlepas tren hehehe. Dapat tahu pun sebab kebetulan Jumaat lepas Mama ke MPH di Nu Sentral dan ternampak sampul Poslaju dalam display box, tapi masa tu tak ambil kisah sangat pun.
Semalam masa nak pos barang baru Mama teringat dan terus mengGoogle cari infor. Ohh rupa rupanya Pos Laju dah lantik MPH Bookstore Sdn Bhd sebagai agen. Wahhh senang laa macam ni, sebab dekat ofis Mama ada kedai buku MPH, yayyy!

MPH di Nu Sentral
Pos Laju di MPH
Masa lunch break semalam dengan gembiranya Mama berdesup ke MPH nak pos minyak angin FreshCare yang customer order. Gembira bila tak payah nak keluar jalan jauh ke cawangan Pos Laju dah, sebab MPH dekat dengan ofis aii yahooo! Hehehe

Servis Pos Laju di MPH Nu Sentral ada kat kaunter Office+ ni

Sampul dan kotak Prabayar Pos Laju

Kalau tak silap Mama untuk hantar barang guna Pos Laju kat MPH ni, kena beli sampul atau kotak Prabayar kat sini juga. Setakat nak drop barang kat situ je tak boleh rasanya. Betul ke? Ishh Mama tak berapa pasti plak, lain kali pergi Mama tanya yer hehe
Senang Bila Ada Pos Laju di MPH
Mama suka lah bila ada servis macam ni. Memudahkan sebab boleh pergi pos selepas waktu kerja pun kan. Cuma kalau pos selepas waktu kutipan untuk hari tu, maka kena tunggu esok lah pula untuk barang tu diambil oleh Pos Laju. Tapi sekurang kurangnya dah tak risau nak terkejar kejar pergi ke kaunter Pos Laju semasa waktu pejabat je kan?
Mama sempat tanya adik yang kerja kat kaunter Office+ tu, katanya Pos Laju di MPH Nu Sentral ni beroperasi dari jam 10 pagi hingga 9.40 malam. Waktu kutipan pula ialah dalam pukul 1-2 petang. Tapi dia pesan kalau nak pastikan surat atau bungkusan tu diambil pada hari yang sama, lebih baik hantar ke sana sebelum jam 1 petang. Sebab kot kot orang Pos Laju datang pick-up awal, kang kena tunggu esok plak baru barang tu ‘jalan’.
Ohh ya buat masa ni servis ni hanya ada di MPH cawangan MidValley, Nu Sentral, Terminal Bersepadu Selatan, Aeon Taman Maluri, Publika Shopping Gallery, Alpha Angle, Bangsar Village, Great Eastern Mall dan Cheras Sentral. Nak tahu senarai agen dan kiosk yang lain, korang boleh tengok kat website Pos Laju. Kalau ada apa apa soalan nak tanya, korang telefon lah sendiri yer. Mama tak kerja Pos Laju so aii dunno hehehe 😉
6,885 total views, 3 views today





Wah senang dah nak kirim AJ nanti nie..hahahaha
Kannn hehehe 😉
NuSentral???? wahhhh..senang la macam ni…dekat je ngan opis SA malas nak pi pos opis bawah kat Brieckfield tu…
Suria Amanda recently posted…Resepi Kupang Goreng Berlada..
Yup tak payah nak berpanas jalan ke Brickfields dah hehe
oooo.. saya igt semua mph ada..okay2.. tq for info. =)
Welcome 🙂
Oo baru tau jugak.. hehe..
nor hazmira recently posted…Apa yang Membuat Resveratrol Antioksidan Yang Unik??
Lahh.. ye ke i pun baru tau..hehe
nor hazmira recently posted…Apa yang Membuat Resveratrol Antioksidan Yang Unik??
Kalau gini bleh gie waktu shopping..pas blik keje
nor hazmira recently posted…Apa yang Membuat Resveratrol Antioksidan Yang Unik??
Yup, lagi senang kan