Salam dears… Dah lama Mama dok teringin nak pergi ke MoonPunyerBlog VIP Sale di Sarah Hughes @ Globe tau. Akhirnya hari ni berjaya jugak terjah ke sana. Alang alang parents Mama datang KL ni, saja la ajak pergi sekali. Ingat sekejap ja. Tapi…end up hampir 2 jam kat sana! Sampai Abah Mama terlelap kat sofa menunggu hehe. Sebab serius pening nak memilih, banyak sangat langsir murah di Sarah Hughes @ Globe ni yang cantik cantik! Rambang mata wehhh! Meh nak tayang sikit kat korang…







Yang ni memang cantik dan kualiti kainnya best! Harga asal RM89 semeter, tapi masa sale ni tinggal RM39 je semeter, siap jahit percuma! Mak Mama kata harga memang berbaloi sangat dengan kualiti kainnya. Mama ni tak pandai sangat bab langsir, sebab jarang beli. Tapi kalau mak Mama kata murah, memang Mama percaya sebab dia jenis yang kalau beli langsir, dia akan beli yang berkualiti, mahal pun sanggup beli.
Haaa yang Mama tayang tu baru sikit je. Ada banyakkk lagi kain langsir murah yang cantik cantik. Harga serendah RM10 semeter pun ada. Ohh yaa lepas dah siap pilih, nak tempah jahit kat situ pun boleh. Upah jahit RM9 je sekaki. Mama terus tempah kat situ je, senang!
Kalau korang tengah mencari kain langsir murah dan berkualiti, silalah terjah VIP Sale ni untuk dapatkan langsir murah di Sarah Hughes @ Globe. Sampai AHAD 30/10/2016 saja tau. Kalau nak pergi tengok tengok cuci mata pun boleh. Tapi gerenti dari mata turun ke hati…dan terus terbeli hehehe

Ohh ya bila sampai kat Sarah Hughes tu, naik terus ke Tingkat 7 dan daftar dulu tau. Bila daftar dan pakai VIP badge, pastu shopping laa sepuas hati pada harga VIP yang super special hehe
So…yang mana satu agaknya kain langsir pilihan hati ku? Nanti aii update lepas langsir ku siap ye. Tungguuu 😉
12,715 total views, 3 views today






Yang kembar tiga tu siapa? Awak ke anak awak?
From:
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com
Anak anak saya
Fuihh.. murahnya kain.. daripada RM89 semiter jadi RM39 semiter.. memang murah sangat tu.. berbaloi sangat beli dekat sini..
anuar recently posted…Rezeki hari Jumaat itu pasti, kalau………
Yup memang berbaloi, kain cantik & berkualiti
Wow! Murah sangat tuuu.. From RM89 jadi RM39. Boleh try pegi next offer nih. 🙂
By the way, tak sabar nak tengok curtain baru kakak. 😉
Follow MoonPunyerBlog tu, nanti mesti ada lagi VIP sales camni
murahnya..hihihi rumah kita pun lama tak bertukar langsir ini
Lynda recently posted…Business Card, Name Card atau Kad Nama dari Pixajoy PERCUMA
Haa lain kali ada sales boleh laa pi tengok tengok hehe