Salam dears… Macam tak percaya…berkali kali buka tutup, kelip kelip mata. Kejap kejap pergi ke ruang tamu, tengok dan senyum seorang diri. Sampaikan Ayah kata “sudah sudah laa tu, tau laa seronok ada langsir baru…”. Yup, Mama jadi tak keruan tu semata mata kerana langsir baru ja hehehe! Sebab macam tak percaya setelah hampir empat tahun, akhirnya bertukar juga langsir yang diidam idamkan pada harga lebih murah dan sangat berbaloi!
Langsir Cantik dan Murah di Sarah Hughes @ Globe
Dah lama Mama follow MoonPunyerBlog dan hampir setiap kali Moon update tentang VIP Sale Langsir di Sarah Hughes @ Globe, setiap kali tu lah Mama teringin nak pergi. Dan akhirnya tercapai juga hajat tu, yahooo! Alang alang nak tukar langsir baru kan, sekali tukar terus pilih yang eksklusif dan kualiti kain terbaik punya. Tapi…pada harga berpatutan dan berbaloi. Puas hati aii….rasa nak pergi usap usap ja langsir tu selalu hahaha. Over sungguh kan?
Hmm orang lelaki kalau baru ‘modify’ kereta, konpem asyik nak belek kereta tu kan? Orang perempuan plak macam ni lah, sesekali ‘modify’ rumah dengan langsir baru, mestilah asyik nak pandang je langsir tu kan, kan? Hehehe. Ehh lupa plak, meh nak tayang langsir baru Mama…

Sukaaa dengan warnanya yang lembut dan romantik gitu. Pilih corak pokok pokok, barulah feeling rumah dalam taman 😉

Kain langsir ni di import dari United Kingdom kalau tak silap Mama, ntah apa nama materialnya dah tak ingat hehe. Tapi memang berkualiti, tebal dan berat sikit, jadi kain jatuh terletak elok je. Bila kena tiup angin pun tak lah melayang layang sampai nak tercabut railing hehehe

Tengok dekat memang cantik sangat corak kat langsir ni, nampak timbul macam lukisan.
Tempah Jahit Langsir di Sarah Hughes @ Globe
Mama terus tempah jahit langsir ni di Sarah Hughes @ Globe tu juga tau. Sebab masa tu promosi harga RM98 semeter termasuk jahit percuma untuk langsir jenis ‘French Pleat’. Memang kena sangatlah sebab ‘railing’ kat rumah Mama memang untuk langsir jenis tu pun. Senang sangat kan, beli kat situ dan jahit pun kat situ. Jimat masa dan tenaga…tak payah nak dok usung kain tu pergi ke tukang jahit lain plak.

Harga promosi RM98 semeter termasuk jahit percuma untuk jenis ‘French Pleat’, jahit percuma untuk ‘Day Curtain’, dan dua keping tali ‘tie back’ juga. Berbaloi baloi!
Jahitan sangat kemas dan teliti

Haaa ni lagi satu yang best, diorang dah pasang siap siap dah cangkuk besi tu tau. Tinggal nak balik gantung saja. Memang sesuai sangatlah untuk orang yang tak berapa rajin macam Mama ni hehehe
Rambang Mata Memilih Langsir!
Ishhh masih terbayang bayang betapa terujanya Mama masa di MoonPunyerBlog VIP Sale di Tingkat 7, Sarah Hughes @ Globe tu. Mama habiskan masa hampir dua jam tau kat sana, sebab rambang mata tak tahu nak pilih yang mana…banyak sangat pilihan kain langsir murah dan cantik! Yang harga RM10 semeter je pun dah cukup elok sangat dah.


Ni sikit je ni, ada banyakkk lagi kain langsir murah dan cantik kat sana tau

Kaum lelaki tak payah risau, korang boleh melepak kat sini sementara menunggu kaum wanita buat 44 pusingan pilih langsir hehehe. Masa Mama pergi hari tu siap ada minuman dan kuih muih juga tau, khas untuk pelanggan VIP Sale ni. Tapi Mama terlupa plak nak snap gambar, maklumlah tengah meroyan rambang mata masa tu hehehe.

Haruslah berposing dengan Moon juga kan.
Kalau korang pun nak beli langsir murah dan cantik, baik korang follow MoonPunyerBlog supaya tak terlepas promosi VIP Sale yang akan datang. Mama tak tahu bila akan ada lagi, yang Mama tahu…nak kumpul duit dari sekarang sebab nak tukar langsir bilik si kembar ni plak. Nak cari corak kartun ke kereta ke bagi berseri sikit bilik anak anak anak teruna aii ni. Tak sabar dah ni hehehe
Hmm serius Mama puas hati lah dapat apa yang diidam idamkan selama ni, rasa macam satu kepuasan bila tengok langsir tu tergantung cantik di ruang tamu. Orang perempuan je kot yang akan faham perasaan ni..kan? 😉
13,805 total views, 1 views today




kite punya langsir dh nk masuk 7 tahun..hahha..lg dasat… kalu sempat, bleh singgah blog moon nih
Uishhh lagi lama haha. Sesuai sgt laa tukar baru bila next sales
Cantiknya langsir baru! Pattern simple tapi sweet, just nice. Jahitan pun nampak kemas. Kena menabung gak ni, beli langsir baru nnt2. Berbaloi tu, beli kain, jahit semua siap at one place. 😁👍
Yup senang buat semua kat satu tempat ja
Cantiknyaa. Bagi ibu tengok ni mesti dia suka 😍
Haaa suh ibu tgk hehe
Wah cantikny. Bila lah yanie nak tukar lngsir ni. Nk usha gak lah nanti dekat Sarah Hughes @ Globe ni.. tq kak sharing.
Yanieyusuf recently posted…FIM Asia Supermoto Championship 2016 Akhir Di Malaysia
Tunggu masa ada MoonPunyerBlog VIP sale tu yanie, murah banyak
syg nak tukar langsir baru… langsir lama masih cantik. tak rugi beli mahal kalo tahan lama
shiqeen sattar recently posted…Silap Order Pulak : Chakri Palace Royal Thai Cuisine
Betul tu, berbaloi beli sbb pakai lama
Tudiaaaa meriah warna langsir baru kak nani cantik sgt alhamdulilah harga pun sgt2 berbaloi sis mmg globe is the best langsir forever yeyy
JULIA JOHARI recently posted…Tabiat Berjimat ‘Tahap Dewa’ Bukan Bakhil
Kannn…puas hati sangat dengan langsir dari Globe
Boleh dah planning utk raya next year….
Haa betul, plan dan beli masa VIS Sales sangat berbaloi
Aduh rambang mata dibuatnya kan.. cantik2 pulak tu.. dulu selalu ke globe tp tak sabar nak ada rumah sendiri, boleh tempah langsir2 kat globe.
Cik za recently posted…Letihnya Badan,Manjakan Diri Di Beringin Spa & Beauty Pun Bagus
Nanti mesti cik za teruja nak deko rumah sendiri, mai beli langsir kat Globe berbaloi
wahhh memang cantik² pilihan langsir dia..
langsir kat rumah ni dah 6 tahun, nampaknya kena pi sinilah beli..
lagipun harga dia berpatutan!
Sila sila…mesti rambang mata nnt
Saya tengok gambo pun dah rambang mata. Kalau pi sendiri, mau pengsan tak tau nak pilih mana satu huhu
Tau takpa! Tu yg berjam jam kat sana tu hehe
Dah lama usha gak kak moon buat sale..tapi tu la duit takdok lagi..
Mari menabung Nad hehehe
A Day Curtain, for example, can give enough light coming from the sun while regulating the temperature of the room. Aside from that, since they come from light color and weight, they give a carefree yet elegant atmosphere
Yes, agreed
A Day Curtain, for example, can give enough light coming from the sun while regulating the temperature of the room. Aside from that, since they come from light color and weight, they give a carefree yet elegant atmosphere.
Very nice article.I hope you will publish again such type of post.
Corporate gifts ideas | Corporate gifts