Salam dears… “Kalau kena stayback, maka stayback dan siapkan kerja tu!”. Mesti korang pun biasa dengar kata kata atau arahan macam tu kan? Huhh tak pernah? Untung lerrr…
Kalau nak diikutkan timbunan kerja yang perlu disiapkan, memang kerap laa Mama ni kena stayback jawabnya. Mana taknya, kerja yang ada belum siap, datang plak kerja lain. Nak plak kalau kerja atau tugasan yang baru dapat tu lebih urgent dan deadline lagi awal. Kena siapkan yang tu dulu. Yang sebelum tu, tak sempat buat, tertangguh. Tapi kadang kadang tu, deadline tak diubah. Sudahnya, tak berjaya siapkan ikut waktu yang ditetapkan. Dan…ada laa yang mempertikaikan kenapa tak stayback untuk siapkan juga??
Hmm kalau Mama ni masih belum berkeluarga dan hidup seorang diri…maka tidur kat ofis pun ok je. Macam masa Mama belum ada anak anak dulu, biasa je kerja sampai pukul 2-3 pagi. Ehhh tak balik rumah sebab kerja pun pernah lah…

Tapi sekarang ni situasi dah berubah. Bagi Mama, dalam apa apa hal pun, keluarga perlu diutamakan! Anak anak sentiasa no. 1! Walaupun Mama mungkin kena marah, dan dipersalahkan sebab kerja tak siap…Mama lebih rela…daripada korbankan masa yang sepatutnya diluangkan dengan dengan anak anak!
Tambah plak, kalau esoknya hari sekolah. Jika balik kerja lewat…lambat jemput si kembar dari taska, maka lambat lah nak buat kerja sekolah. Kitorang ni ada satu je kereta, kalau Ayah jemput si kembar balik dulu pun, nanti nak kena keluar balik ambil Mama. Habis masa atas jalan je, tak siap kerja sekolah plak kang. Ehh susah lah nak terangkan pada orang yang tak mengalaminya…
Lagi satu, Mama rasa sangat sangat bersalah kalau anak anak menitiskan air mata sebab Mama balik lambat. Yaa..si kembar ni, kalau Mama Ayah jemput diorang lambat daripada waktu biasa, mesti ada yang akan menangis! Macam semalam, Mama balik lewat sejam je dari biasa. Tapi itupun, sebaik saja nampak Mama, si Fauzi terus menangis sambil kata “Fauzi tak nak Mama Ayah mati….tak nak Mama Ayah mati…”. Alahai anak…sayuuu sangat hati Mama bila dia cakap macam tu. Apa laa agaknya yang bermain difikirannya masa dok tunggu Mama Ayah tak sampai sampai lagi tu kan?
Mama bukan tak akan stayback langsung. Bila ada kerja yang sangat penting dan tak boleh ubah deadline, kerja yang kena siapkan juga kerana ianya akan memberi kesan kepada ramai orang, maka Mama akan stayback. Malah bekerja pada hari cuti pun Mama biasa buat. Tapi…kalau asyik nak kena stayback je? Hmm apa apa pun, Mama pegang pada “family first!”.
Kerja sampai bila pun tak akan habis, makin bertambah tambah ada laa. Tapi masa dengan anak anak, ianya tak akan dapat diulang kembali. Pejam celik pejam celik, anak anak dah besar…masa tu nak menyesal sebab tak luangkan masa untuk diorang pun dah tak ada gunanya!
Hmm bila dah mati nanti, agak agak siapa yang akan selalu ingat dan mendoakan kita? Siapa agaknya yang akan tetap sedekahkan Al-Fatihah bertahun tahun selepas kita dah meninggal dunia…ahli keluarga, atau bos dan rakan sepejabat?

Harta dunia akhirat 🙂
9,816 total views, 2 views today




Kesian dekat mama.. sabarlah yer.. mujur anak-anak kembar 3 mama memahami kesibukan ibu mereka di tempat kerja..
anuar recently posted…Lin Dan gagal menyekat Lee Chong Wei untuk merangkul pingat emas Olimpik pertama buat Malaysia
Nak buat camna, cari rezeki…
pengorbanan ibu yang bekerja. pernah rasakan situasi ni dulu. kerja sampai malam, ambil anak dari rumah pengasuh dalam keadaan dia tidur. penat menunggu barangkali. insyaallah, pasti ada jalan terbaik buat mama dan si kembar tiga.
InsyaAllah… 🙂
Setuju, memang family 1st.
Always! 😊
tak pa kak. insyaallah depa faham 🙂
Harap harapnya macam tu lah…
Setuju tu. Keluarga lebih utama drpd kerja. Masa x boleh nak patah balik tapi kerja boleh cari lain.
Shiqeen sattar recently posted…Tak Puas Naik Helikopter KL Sky Tour
Yup, keluarga tiada gantinya
faham perasaan tu. saya dulu pun pernah balik keje 4pg. weekend pun keje. kesian anak.huhu
Sedih sgt bila pikir anak anak mungkin terabai kan
betul tu mama, keluarga no.1. insyaallah ada banyak kebaikkan allah nak bagi jika kita utamakan keluarga.
umminani recently posted…APA USAHA KITA MENCARI PENAWAR?
InsyaAllah…