Salam dears… Dah lama teringin nak merasa mandi di private pool, akhirnya dapat juga, yayyy! Sebab baru baru ni adik Mama sewa Family Villa di Tasik Villa International Resort Port Dickson, dan kitorang berlima ni pergi laa kejap demi nak mandi di private pool tu hehehe

Mama sebenarnya tak tahu pun pasal Tasik Villa International Resort ni. Kalau sebut hotel di Port Dickson yang ada private pool, Mama tahu Lexis Hibiscus dan Grand Lexis ja. Sebab biasa tengok kawan-kawan pergi situ.
Tasik Villa International Resort, Hotel di Port Dickson Yang Ada Private Pool
Alkisahnya adik Mama dan famili dia je yang nak pergi ke Port Dickson tu bawa parents Mama jalan jalan kat sana. Kitorang berlima ni tak rancang pun nak ke sana, sebab adik Mama nak check-in hari Ahad dan check-out Isnin. Isnin Ayah kerja, jadi ingat tak boleh lah nak pergi sama sama.
Tapi adik Mama ajak jom lah pergi kejap, pastu balik lah. Hmm fikir fikir, bukan jauh sangat pun Port Dickson tu daripada rumah kitorang. Dalam sejam ja drive ke sana. Jadi apa lagi, ehh jom lah pergi. Alang-alang ada private pool, bila lagi nak merasa kannn hehehe
Masa sampai kat sana, si kembar ni sibuk dok kata “ni bukan hotel ni Mama…ni neighborhood!” hahaha. Ye lah, sebab nampak macam kawasan perumahan ja kan..Mama pun sama naik teruja tengok hehe

Adik Mama sewa Family Villa. Macam rumah dua tingkat ja. Tingkat bawah ada ruang tamu, pantry (ada peti ais dan microwave), 1 tandas (tak dak shower), dan kolam mandi (private pool).



Kat tingkat atas pula ada bilik tidur dengan 1 katil king dan 2 single beds, dan bilik air/bilik mandi. Bilik lawa dan bersih, suka sangat!



Walaupun bilik mandi ada satu ja, tapi Mama rasa ok ja sebab kat tingkat bawah ada tandas jadi kalau nak buat ‘bisnes kecil dan besar’ tak lah kalut berebut hahaha. Lagipun dekat kawasan kolam pun ada satu shower head, jadi budak budak boleh ja mandi ala kadar kat situ kan.
Seronoknya Mandi Private Pool!
Bagi Mama, private pool ni lah jadi tarikan utama untuk kitorang nak ke sini. Walaupun tak besar, tapi just nice dan ok sangat dah untuk pakat berendam hehe. Budak budak ni siap terjun macam macam gaya tanpa segan silu lah. Ye lah, sesama famili sendiri ja, tak lah rasa segan kan hehe


Kolam ni kolam dewasa, jadi dalam gak tau. Sampai paras bahu Mama rasanya. Jadi kalau korang nak bawa anak kecil, pastikan bawa pelampung gak ye.
Kat Tasik Villa Resort ni ada public pool juga, tapi Mama tak pasti dah dibuka untuk guests guna atau belum. Ada gym, restoran, sauna dan macam-macam lagi lah kemudahan lain.
Tapi kitorang tak pergi tengok pun, memang dok dalam Family Villa tu semata-mata. Dapat ‘berkubang’ dalam private pool tu pun dah cukup syiok dah hehehe.
Punya lah seronok masing-masing, sudahnya si kembar tiga ni terus join tidur sana gak. Sebab Tok Wan lah offer, kalau nak tidur situ, esok pagi Wan hantar balik rumah. Baju tak bawa pun tak dak hal punya, ulang pakai baju yang sama ja lah esok hahaha.
Pastu diorang pakat tidur bergelimpangan kat ruang tamu ja. Anak jantan kan, bukan kisah sangat tidur atas lantai pun onzzz ja hahaha. Mama ngan Ayah tak tidur sana, sebab esoknya Ayah kerja jadi kena balik lah juga.

Ohh yaa… masa kitorang pergi tu, harga Family Villa tu ialah RM460 untuk 2 hari 1 malam, termasuk sarapan untuk 4 orang dewasa. Tapi tu sebab check-in Ahad, jadi harga murah lah sikit berbanding hujung minggu.
Bagi Mama, harga tu memang berbaloi! Sebab villa tu cantik, luas, selesa, bersih dan paling penting ada private pool tu lah. Dan Mama dah pasang angan-angan nak pergi lagi nanti hehe. Sebab best!
Korang boleh tengok tengok sendiri harga dan jenis bilik yang korang nak di laman web Tasik Villa International Resort atau di Agoda pun boleh. Harga hotel biasalah berubah-ubah ikut tarikh kan.
Kalau nak harga murah sikit, pilihlah hari minggu/hari kerja atau check-in Ahad dan check-out Isnin. Nak pergi Sabtu-Ahad pun boleh ja kan asalkan ada duit hehehe.
Alaaa bukannya nak pergi selalu, menabung lah untuk pergi sekali setahun pun jadi lah. Sekali sekala nak bawa famili jalan-jalan, happy happy apa salahnya kan. Nak mencipta kenangan gitu…
Selamat merancang percutian korang. Tapi apa pun…cuti cuti juga, SOP jangan dilupa okay. Jaga diri dan stay safe semua 🙂
8,738 total views, 1 views today
Syukur alhamdulillah, rezeki dpt pi Tasik Villa tu. Unexpected find masa dok survey, hotels with private pools kat PD. Hehehe… ok, mari menabung for next trip 🤭😁
Yaaa mari menabung hehe
bestnya.. cantik sgt.. sesuai sgt utk staycation
Memang sesuai, best!
Wah… Tak mahal! Ai suka ai suka…
Nanti nak usha gak laa
Kan..harga berbaloi sgt. Pi laa hehe
Kalau nk check in mcm mn ye? Kena pergi reception dulu ke?
Ya betul, check-in di Reception.
menarik , nanti nak ajak family ke sini jugaklah…..rasa macam dekat lexis pulak sebab ada private pool
Bawa lah, anak anak mesti enjoy nnt
Kami pernah mai sini duduk menginap waktu mula-mula Tasik Villa ni 1st launching. Seronok sebab privacy. Enjoy sis sefamily.
Kann…bab privacy tu betoi, tak yah segan nak berendam pool tu lama mana pun hehe
bestnyaaa suka ada private pool sebab segan dah nak mandi kat kolam awam huhuuu
Camtu pi sini nnt, terjun lah pool sesuka hati apa gaya pun hehehe
Salam nak tanya bilik dekat tingkat atas tu ada pintu tak eh? Ke open je.
Wsalam. Ada satu pintu untuk masuk ke bilik (depan tangga), pastu kat dalam open ja antara ruang yg ada katil katil semua.
salam..nak tnya, ada kapasiti berapa byk keta bleh masuk ke untuk satu villa tu?contohnya 1 villa 1 keta je ke?
Wsalam. Tak pasti pula pasal tu, masa kitorang pergi naik 3 kereta dan park je sebab masa tu ada banyak parking kosong. Mungkin you boleh call tanya kat hotel sebelum buat booking nanti.