Salam dears… Semalam terbaca satu kisah di Facebook. Tak tahulah kisah benar atau sekadar kisah untuk perkongsian saja. Cerita tentang seorang suami bergaji RM3,000 sebulan, tapi tak cukup untuk menampung kehidupan keluarga di ibu kota macam Kuala Lumpur tu.
Gaji RM3,000…selepas ditolak hutang, ansuran rumah, kereta, belanja sekolah anak anak, belanja dapur, makan minum, dan itu ini, mungkin tinggal cukup cukup makan je. Tambah pula kalau hanya si suami je yang bekerja, dan menampung segala perbelanjaan, memang agak ‘sempit’. Itu Mama setuju dengan perkongsian kisah tu.

Kisah yang Mama ambil dari Facebook
Tapikan…dalam kisah tu ditulis seolah olah isterinya hanya tahu meminta itu ini. Si isteri sesuka hati suruh si suami yang keluar belanja bila jalan jalan, bila balik kampung suami yang tanggung belanja dan bila suami kata duit dah tak ada, si isteri mula membebel dan mempertikaikan.

Hmm bila baca part tu, Mama rasa macam nak ‘sound’ jer…sebab ini bukan kali pertama, malah dah banyak kali sebelum ni, Mama baca ‘kisah’ yang jalan ceritanya lebih kurang sama. Suami penat bekerja, tapi gaji tak cukup sebab si isteri asyik dok minta itu ini! Hamboihhh korang ingat semua isteri macam tu ke? Korang ingat…hanya suami saja kah yang habiskan duit gaji untuk perbelanjaan keluarga? Kalau iya, maka tanggapan macam tu adalah sangat tidak adil!
Iya, mungkin ada isteri yang macam tu. Tapi jangan anggap semua isteri begitu tau. Sebab ramai ja isteri yang sama sama bersusah payah berhabis wang ringgit untuk keluarga juga! Bagi diri Mama, dan Mama tengok ramai kawan kawan Mama yang bekerja ni, pakat keluar duit untuk bantu suami juga tau!
Kawan kawan Mama yang suri rumah pun ramai je yang berusaha untuk cari duit lebih untuk bantu suami. Yang jadi ‘home baker’, yang jual barang secara ‘online’, yang cari duit lebih sebagai blogger pun ada. Malah ada je yang siangnya dah penat menjaga anak anak, malam sanggup bersengkang mata ‘baking’ sampai kul 2-3 pagi semasa anak anak dan suami sedang lena diulit mimpi! Kenapa? Sebab nak ada duit sendiri supaya tak susahkan suami semata mata bila nak beli apa apa!
Macam Mama dan Ayah, disebabkan kami berdua bekerja, kami berkongsi segala perbelanjaan tau. Malah, kalau nak balik kampung Mama atau nak pergi jalan jalan, Mama yang akan keluarkan duit minyak, duit tol segala. Kenapa? Sebab Mama yang ajak dan tak nak susahkan Ayah, tak nak kacau bajet dia, jadi biarlah Mama yang bayar semua tu. Lagipun, hari hari pergi kerja duit minyak kereta Ayah dah bayar, apa salahnya sesekali nak berjalan, Mama yang keluarkan belanja, ye tak?
Bukan bab jalan jalan je…malah apa yang Mama nak beli untuk anak anak atau untuk diri sendiri, Mama akan guna duit hasil titik peluh Mama sendiri! Nak beli perabot, mesin basuh…Mama kumpul duit dan beli! Sebab Mama tahu, kalau Ayah ada duit, dia akan bagi. Jadi Mama tak mintak. Mama tak nak ‘kacau’ duit Ayah. Ehhh ni tak bermaksud Ayah tak bertanggungjawab, sebab banyak je benda lain yang Ayah keluar belanja. Pokoknya, kami suami isteri sama sama berkongsi demi keluarga 🙂
Mama rasa moral daripada kisah si suami yang tak cukup duit gaji tu ialah untuk nak bagitahu pada lelaki lelaki bujang, kenalah bersedia untuk menampung segala perbelanjaan tu bila dah kahwin nanti. Tapi Mama rasa, janganlah disebabkan nak tunjuk sangat yang si suami tu terlalu baik, terlalu cintakan isteri dan menurut saja semua kehendak isteri sampai nampak macam si isteri tu pula jenis yang tak bertimbang rasa dan suka ambil kesempatan.
Sebab sebenarnya ramai je para isteri yang sanggup berkongsi susah payah menanggung segala perbelanjaan keluarga dengan suami tersayang kan, kan? Untuk para isteri pun, masing masing tahu kemampuan kewangan suami sendiri, jadi kalau meminta apa apa pun, ikut laa kemampuan suami. Jangan plak suami mampu belanja makan KFC je, tapi isteri minta nak makan Tony Roma’s…memang kopak laa poket suami hehe. Kalau nak Tony Roma’s, bayar sendiri hokey?! 😉
Tapi…kalau suami mampu, suami janganlah nak berkira dan kedekut dengan isteri dan anak anak pula ye… 🙂
9,793 total views, 1 views today


mama,jgn marah….fuh !
betul tu kita yg kerja ni tahu nilai duit , dan mmg kalau ummi pun mcm.mama, kongsi tanggung family.
Tak marah…cuma rasa tak adil bila ada yang anggap asyik isteri je habiskan duit suami. Sebab kita pun bersusah payah juga kan….
betul sangat tu kak… macam lin, dulu kerja memang banyak bantu suami. Sekarang tak kerja pun ada juga bantu kadang2. Sebab bila kerja sendiri ni, rezeki datang bila2 masa. bila suami sempit, isteri la tolong. benda macam ni… takkan nak canang kan. orang ni pungggggg…. =D
Yup…sbb isteri banyak yg diam tak cerita, sbb tu org tak tahu kan
Kalau isteri habiskan duit suami tak salah pun. Yang salah suami habiskan duit isteri huhu unless isteri rela hati nak bagi. Lagi pun yg tulis ni mesti pendek akal atau dunia dia di bawah tempurung.. kesian!
Yup…kisah ni mcm tak relevan sgt dgn zaman skarang, sbb ramai isteri yg bekerja membantu suami
RM3,000 sekarang ni memang kecil sangat nilainya… Lebih-lebih lagi kalau duduk dekat kawasan KL… Memang tak cukup… huhuhuhu
Anuar recently posted…Siapa Najib? Kenapa dia semakin POPULAR di Facebook sejak akhir-akhir ini?
jenuh berjimat…baru lah cukup cukup makan kat KL ni
zaman sekarang, dua2 – suami isteri bekerja dan tolong keluarga..
dorsett pink recently posted…Breastfeeding :: Tips untuk simpan EBM bila travel
betul, betul… zaman sekarang dah tak sama macam dulu dah
Mmg kena kongsi. Niat sbb tlg suami.. Mana bleh hrpkan dia sorg. Sian..
YB Shehan recently posted…PHOTOSHOOT KBBA9 | IMPIAN MENJADI MODEL TERCAPAI
yup betul, sian laa kalau sorang je menanggung segala perbelanjaan
betul. zaman sekarang ni kebanyakan isteri bekerj untuk bantu suami-suami.. and untuk lelaki bujang,memang perlu beringat untuk simpan duit supaya dpt digunakan selepas kawen nanti (bak kata mama), jangan pulak belanja beli iphone 7..
dorsett pink recently posted…Menikmati Keenakan Mee Udang di Sungai Dua
Yup, menyimpan utk masa depan keluarga
Sokong mama… Zaman sekarang rasanya isteri pun sama2 keluar duit bantu suami… Kadang lebih dari suami pon ada.
Yup, tanggungjawab suami dah dikongsi oleh isteri dah sekarang