Salam dears,
Bila mesin basuh rosak, tiba tiba rasa macam ‘gelap’ je dunia. Drama sangat kan? Hehehe. Tapi macam tu laa yang Mama rasa bila Ayah call bagitau “mesin basuh rosak lagi ni”. Terus terpikir…habis melayang laaa duit! Huwaaaa…
Dulu dah pernah repair dah mesin kat rumah tu. Masa tu tukang repair dah cakap kalau lagi sekali rosak, beli je lah yang baru. Kos repair pun dah RM300 lebih. Lagipun mesin tu pun dah 8 tahun guna. Mama pun survey lah mesin basuh dan terbekenan yang ni…
Samsung Washer WA90J5710SG ADW Top Load 9kg
Alasan utama terpikat dengan model ni ialah sebab ‘built-in sink’ untuk ‘prewash’ tu. Senang sikit nak tonyoh sabun ke dynamo ke dikotoran degil sebelum masukkan kedalam basuhan mesin.
Selain daripada tu, suka dengan ciri teknologi ‘wobble’ yang katanya boleh kurangkan baju bersimpul simpul semasa basuhan. Betul atau tidak, kena tunggu dah guna nanti baru tahu lah kan.
Tertarik juga dengan ‘magic dispenser’ untuk sabun ni. Harapnya dengan ‘magic dispenser’ camni sabun tak berketul ketul lah dalam tu.
Lagipun, tengah ada harga promosi untuk AEON Card Member. Harga asal RM1,499, lepas diskaun jadi RM1,029. Banyak beza tu. Promo ni sah sampai 31 Disember ni saja.
Ikutkan ada lagi sales di tempat lain. Malah HLK buat warehouse sale barangan elektrik di Kota Kemuning, Shah Alam (nak tahu sila Google ye hehe). Tapi disebabkan agak jauh dan memikirkan kalau mesin problem ke rosak ke apa nanti susah plak nak uruskan, maka beli je lah yang mana dekat. Lagipun, memang dah terbekenan dengan model ni kan…
Pastu ingatkan nak dapat cepat sebab dekat. Tapi rupa rupanya kena tunggu minggu depan juga, sebab jadual penghantaran diorang dah penuh huhu. Takpa lah, bertabah je lah. Sementara tu, ayuhlah membasuh baju di kedai dobi layan diri hehe. Nasib baik ada banyak kedai dobi camtu kat area ni.
Hmm lepas upload pic dalam Instagram semalam, ada yang feedback kata model ni kuat juga guna elektrik. Ada sesiapa yang guna model ni tak? Kalau ada, sudi sudikanlah tinggal komen. Sharing is caring gitu. Walaupun sebenarnya dah tak boleh buat apa pun, sebab dah terrrbeli dah pun, tapi sibuk gak nak tahu hehehe 😉
8,937 total views, 2 views today
betul kak..
kalau mesin baju rosak, rasa nak demam kalau kena basuh baju sendiri.huhuhuhu
Nasib baik ada dobi layan diri.murah sikit dari dobi biasa tu..
mesin basuh la benda yg cik sue cari dulu masa masuk umah pas kawin,heheheh tak daya dah nak menyental ngan tangan ,pdhal dulu2 dok tepi sungai membasuh atas rakit boleh lak hahahhaha….wahhh bestnya mesin basuh ni…
Kalau tak dek mesin basuh memang susah. Nani ni duduk sini basuh pakai tangan kalau dua tiga helai pun dah lengh=uh semacam.
design machine pun cantik tu
macam menarik feature dia..tak tau lah guna lektrik byk ke tak..boleh cek capacity watt dia kot?
akak, apa punca mesin basuh akak rosak?sama lah ngan saya. kalau takde mesin basuh boleh pitam dunia…
akak.. apa punca mesin basuh akak rosak?
kalau saya pun, mesin basuh tak de, boleh pitam dunia.. tapi sekrang dah ada dobi layan diri, senang la sikit kalau sesape yang tak de mesin basuh tu
Tak sure apa yg rosak
Mesin basuhhhh pentinggg tu…….mcm taleh idop tadek mesin basuh…hihi
mesin bsuh kalau dh rosak mmg nk repairnya better beli bru baru berbaloi 🙂
DAH JOIN GA PS IKEA PERLIS?
KALAU BELUM JOM JOIN GA
BANYAK HADIAH YG MUDAH BAKAL DIMENANGI 🙂
http://ekinrazallibisnes.blogspot.my/2015/11/like-dan-menang-hadiah-misteri-rm1000.html
kak cantik kak design dia tapi bab banyak letrik tu tak pasti pula hukhuk..sy klu beli tgk design jer kak hahahahaha..ke ppuan smua sama jer gitu
mikrowave je tgh rosak tu..ada ke ye bleh repair?ke kena beli baru juga?aha
Assalamualaikum mamakembar 3. Erm mesin basuh ni kalau rosak panggil repair memang tak berbaloi mahal oooo… 2 kali repair dah boleh beli baru… pengalaman sendiri guna mesin basuh ni, masalah yang biasa berlaku air dalam mesin tu tak boleh drain out… macam tersumbat…. banyak kali berlaku… kalau panggil repair memang beratus…tapi en hubby betul sendiri aje… dia rajin gooogle kat internet cari kat you tube… alhamdullilah masalah settle… biasanya diut siling yang tersekat… dah 3 kali jadi cam tu… kini mesin yang digunakan tu dah lebih 10 tahun tapi masih mampu berfungsi dengan baik… syukur alhamdullilah..
Boleh tumpang basuh baju uma akak lpas nie. Hahahahha model nie memang cun.
Ena tak tahu pasal yg ni kuat makan elektrik ke apa tp ena rasa semua mesin basuh memang byk guna elektrik.. Kt rumah ena guna LG, boleh la tahan gak la
Mesin basuh penting tau.. tak larat dah nk myental kain guna tangan hihih..
Mesin basuh ni nyawa org pompuan kan kak…kalau tak dak… aduyaiii…bijak orang yg reka cipta mesin basuh…memudahkan cantik lah pilihan akak
kuat guna elektrik? rasa nyer semua sama.
lagi besar, lagi byk function, memang lebih guna elektrik la.
but, bukan basuk tiap hari kan?
memudahkan. takde mesin basuh? tidaaaaaaaaaaakkk !