Salam dears… Kulit si Fahmi slalu naik gatal gatal, merah berbijik bijik. Doctor kata eczema. Dah few times jumpa doctor ambik ubat, tapi sekejap baik pastu naik balik. Kadang kadang sampai bernanah bila jadi infection. A few times kena ambik ubat guna injection baru baik, Mama pun tatau apa nama ubatnya. Tapi doc kata budak budak tak baik bagi ubat injection tu kerap sangat.
Kali ni agak lama jugak tak baik baik, dah 2 minggu rasanya. Walaupun dah makan ubat & sapu krim yang doc bagi, nampak macam makin menjadi jadi plak. Mama ada gak sapukan virgin coconut oil (VCO) sebab baca kat internet orang kata ni bagus untuk penyakit kulit. But stakat ni tak nampak improvement sangat. Maybe kesannya lambat kot?
Hmm tadi pi klinik, doc bagi referral letter suh pi jumpa pakar kulit terus. Tapi sementara nak pi jumpa pakar ni, sian sangat tengok si Fahmi dok tergaru garu. And rasa sedih tengok kulit dia yang merah merah tu *sob*sob*.
Banyak naik kat tangan (berminyak sebab sapu VCO)
Kat tangan kanan pun ada
Banyak naik kat muka, sampai kelopak mata pun ada eczema
Sedih tengok kulit dia kena eczema camni 🙁
Moga moga eczema kulit si Fahmi ni cepat sembuh…
Ada sesapa yang ada masalah eczema yang sama tak? Korang buat camna?
Any suggestions ke petua ke, kongsikan lah ye. Thanks!
17,117 total views, 3 views today










kak, saya ade penyakit kulit macam ni jugak. usually dia akan jadi dekat tempat yang berlipat. dan bila cuaca panas dia akan naik. saya pakai cream ecocort je. rm 10 satu tiub dekat farmasi. dua hari pakai dah oke
Salam Mama Nani. Sy silent reader akak. Tergerak nak comment sbb anak sy juga ekzema. Sian tgk kulit fahmi merah2 mcmni. Mcm anak sy die allergik seafood n susu lembu. Skrg ekzema dah on off. Selalunye doc akan bg ubat yg ade steroid utk hilangkan gatal2 mcm tu. Sy cadangkan mama bwk fahmi mandi air laut. InsyaAllah hilang. Sy selalu amalkan petua ni utk anak sy. Semoga fahmi cepat sembuh te. Take care. Selamat berpuase 🙂
better refer doktor dulu…sbb kalau dok sapu mcm2 karang bertambah teruk..nak sapu maybe blh sapu calamine losyen je.
sy pun eczema jgak. tapi x teruk sgt la. cuba mama guna sabun marine. yg kaler hijau tu. sabun tu guna garam laut kalau tak silap, sesuai utk eczema. rm100+ utk 3 biji.
Salam Ramadan, kesian tengok anak2 kecil kena sebegini,kena rujuk pakar kulit jugalah rasanya, jalan yang terbaik,mungkin ada kaitan dengan darah selalunya..
kak cube beli produk Moogoo, saya biasa beli dekat alpro atau watsons… untuk anak fira fira guna MSM Soothing Cream n ISB lotion…. yang ISB tu untuk gatal2 n MSM tu untuk hilangkan merah2… tapi kene sabar sikit sis, pasal die natural product, memang lambat nak baik, tapi anak fira sekrang kulit dah licin….
To all: thank you for your suggestions. InsyaAllah Mama akan cuba, nak tengok yang mana sesuai untuk Fahmi. Thanks! 🙂
owh…sambung sikit… krim untuk ekzema yg pernah saya guna utk anak adalah 'Fucicort'… ada juga 'Dactacort'… krim ni biasaya diambil dibawah pengawasan doktor pakar… kalau beli difarmasi pun ianya tak di display dirak luar… kena minta dgn farmacist… kebanyakan krim ekzema yg mengandungi steroid, hujung namanya biasa ada word 'cort' 🙂
Salam Mama Nani…
saya ni silent reader je… tapi terpanggil untuk share sbb anak sulung saya ekzema teruk sangat… tapi skrg ni dah ok, alhamdulillah… cuma mmg tak nafikan nak menjaga nya sangat renyah…
budak2 yang ada ekzema ni, kulit dia sensitif… ekzema ini sejenis alahan kulit… ianya juga sgt berkait rapat dengan asthma…
kulit org ekzema tak bole kering… bila dia kering ianya akan jadi lagi teruk, pastikan dia mandi menggunakan sabun yg mengandungi pelembab… cari sabun yg organik / natural saya cadangkan guna Sebamed (ada lg satu brand saya lupa namanya, tp agak mahal sikit)… JANGAN guna sabun sembarangan yg kita tidak tahu tahap kelulusan dgn KKM (walaupun org kata ok, kita tak tahu effect dia pd anak kita)…
selepas mandi kena (wajib) sapu losyen / krim utk kekalkan kelembapan kulit… buat masa ini gunakan losyen / krim yg khas untuk ekzema (cth ezzera… klu ada krim dari doktor lagi bagus, tp biasanya krim yg doktor bagi mengandungi steroid yg tinggi sbb tu alahan kulit cepat baik)… JANGAN guna calamine lotion… calamine lotion akan menyebabkan kulit jadi lebih kering dan gatal… ini doktor pernah advice saya…
sabun pencuci baju juga harus diambil kira… cari yg organik… kadangkala tanpa kita sedar anak kita alah dgn sisa sabun pd baju itu juga…
makanan pun sama… kena jaga… kdg2 kita tak tahu yg anak kita alah pd makanan tertentu… pantau apa yg anak makan… elakkan / kurangkan makanan yg boleh menyebabkan timbul rasa gatal…
last… bersabar la banyak2… ekzema tak kan pulih dalam 2-3 hari… ianya mengambil masa…
maaf ye komen panjang sangat… semoga fahmi cepat sembuh 🙂
Akak klu bab kulit ni g alternatif medicine homopati. So far alhamdulilah. Sb homopati ni treat root cause. Jd insyallah tak berbalik lagi
akak.. moogoo ok jugakkan.. homopati pon ok.. cube keluarkan masalah dalaman tu..
alahai sian fahmi. anak aida, izzat pun ekzema. guna mandian ezzera. takde cream. just mandian tu. ok la. tak melarat… if tiba-tiba meruam, mandi kan cepat and ok.
setakat ni aida x pernah guna cream.
salam sis mula2 sis kena monitor makanan dia mcm kepok2 ikan semua tu xboleh seafood atau ayam pon kdg2 punca juga and keadaan dlm rumah contohnya no carpet sebb dekat carpet tu ada hama sejens bakteria yg boleh bg punca gatal2 tmp tido dia kena salin seminggu sekali mandi kena kerap atleast 3kali sehari setiap kali peluh lap cepat2 dekt semua pelipat dia ata bg mandi tukar baju terus sis boleh cuba calamine lotion selain vco atau Moogoo product or Buds saya pon ada eczema sbb tu saya tahu 🙂 hope dpt membantu sis..
Salam Mama.. sy silent reader akak.. akak try gune herbal blend shaklee.. tp normally stok susah dpt.. try tnye pjual2 shaklee yg dekat ngn akak..
Anak saya pon de maslaah kulit. so first of all, g jupe pakar dulu.
anak saya dpt ubat univate. pakai 2 hari dh elok. tp ubt tu steroid tinggi.
get well soon fahmi… anak saya serasi dengan moogoo je. akak boleh try la nanti.
To All: thanks sbb sudi berkongsi tips & suggestions 🙂
Siannya…
Syafiq LM tu pun ada ezema. Hurmm kalau dah berpeluh kejap je muka dan badan naik merah2. Kami sapu krim ezera kalau x silap nama dia. Takut salah eja.
Dia ada mandian sekali. Takat ni jenis ni yg cepat dan serasi ngan syafiq. Letih dah tukar krim sejak baby .
setakat ni krim univate mmg sesuai utk atasi eczema… utk dewasa… bagi kanak2… boleh cuba fucicort.. insyaallah cpt sembuh… apapun eczema penyakit yg berulang.. smoga sabar hadapi…didik anak utk jauhi faktor penyebab eczema. krim2 tu mmg byk steroid.. xleh pakai selalu… kalo rasa gatal semacam br pakai.. elak garu..smoga dpt elak kesan yg lbh teruk. selain tu, dptkan supplement utk tingkatkan antibody n rawat kulit..vit c..vit e.. betacharotine..minyak ikan… pilihlah yg mampu dimiliki dan boleh consume selalu.. jgn dok cuba yg mahal tp xdpt nak maintain mkn utk jangkamasa pjg…
Sekadar pengkongsian info n pengalaman:
Jika anak mencapai umur 12 tahun…nak buat mykad…pastikan ibu jari tangan anak dlm keadaan baik. Terutama bagi anak yg mengalami eczema..jika ibu jari mengalami kerosakan…yg menjejaskan cap jari.. jgn tergesa2 utk buat mykad. Tunggu sampai baik br mohon utk buat mykad. Biarlah didenda rm10 krn lewat buat mykad drpd terpaksa hadapi kesulitan di masa hadapan ketika anak nak berurusan di tempat2 yg memerlukan pengesahan cap jari!
Jika anak didaftarkan dlm jpn utk buat mykad pd pertama kali tanpa cap jari…setiap kali dia nak berurusan rasmi yg memerlukan pengesahan cap jari…surat pengesahan dr jpn perlu diperolehi dgn bayaran rm5/setiap kali dikeluarkan!
Bayangkan betapa byk urusan yg memerlukan pengesahan cap jari dlm kehidupan kita. Susahnya!!! Kesian anak.
Jika dh terlanjur buat…bukan boleh diatasi dgn buat mykad baharu…bukan boleh lapor hilang dan buat semula… data cap jari dlm simpanan jpn adalah data mykad ketika berumur 12 tahun!
Saya kongsikan pengalaman saya dan anak yg mengalami eczema..langsung tiada cap jari ketika mohon mykad..
Sewaktu ambil mykad, pegawai minta scan cap jari…di bhgn perut ibu jari mmg tiada lingkaran…tp di bhgn bwh sedikit…ada…dan inilah maklumat yg saya terima. Hmmm..kesian Aida Nadhrah…ada mykad…xde data cap jari…apa boleh buat…kita xtahu..jd…biar ibu kongsikan info…utk kwn2 tahu. Smoga dipermudahkan segala urusan berkaitan…insyaallah.