Salam dears,
Hari ni kitorang hantar si kembar 3 pegi percubaan lagi, kat tadika PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) plak kali ni, 1 day trial. Yup, pencarian tadika untuk si kembar masih belum berakhir… Mama masih fenin fenin lalat lagi memikirkan apa yang terbaik buat si kembar nih. Nak dipisahkan masa tadika, or tadika together gether? And…tadika mana?
Sebab sepanjang kitorang dok survey survey tadika, dah beberapa tadika yang cikgunya suggest jangan laa terus pisahkan si kembar, cuba letak setempat dulu. Sebab daripada pengalaman diorang handle anak anak murid yang kembar, budak budak kembar ni for sure akan mencari adik bradik kembar diorang for emotional support, especially ditempat baru ngan pengalaman baru cam di tadika.
Lagipun kata cikgu cikgu, diorang ada cara untuk ajar budak budak ni untuk pelan pelan develop independance. Cam kata sorang cikgu nih, dia ada student kembar 2 yang problem lebih kurang cam kembar 3 Mama. What she did was separate kan pelan pelan – mula mula dok sekelas semeja, pastu still duduk semeja tapi tak duduk sebelah menyebelah.
Pastu pisahkan lagi dengan duduk meja asing asing, bila keja kumpulan pun kumpulan asing asing. Slowly encourge and create opportunities untuk kembar tu develop friendship ngan budak budak lain. And now kembar tu dah tak too dependent on each other dah, kalau sorang sakit tak pegi tadika, sorang lagi leh relek je pi kelas tak cari kembar dia dah. Kalau dulu, sorang sakit dua dua tanak pegi, tak leh berpisah hehe.
Memang doktor pakar suggest asingkan/pisahkan si kembar masa tadika to force them to become independent & bantu untuk cepat bercakap. Tapi, Mama & Ayah kena ambik kira jugak pandangan cikgu cikgu semua, sebab cikgu cikgu ni ada pengalaman sebenar menjaga & mengajar kembar setiap hari. Coz sometimes theory and practical tak semestinya sama kan. Maybe in theory separation is the best, but practically, it might not be, kan?
Lagi satu, Mama banyak gak dok surf internet cari infor pasal too separate or not nih, baca forums and blogs of other parents of multiples. And mostly mixed opinions on this matter. Ada yang berkesan, after few months of separation dah nampak improvement. But ada yang tak berkesan and instead it caused irreversible trauma to the kids, sampai jadi takut & tanak pegi skolah. Ni mostly from experience parents in the US.
So now, pandangan pakar kitorang consider, pandangan cikgu cikgu pun kitorang consider and actual life experience from other parents pun must be considered. Phewww berpeluh ketiak aii pikir benda nih hehehe
Apa apa pun, cam kata cikgu kat Pasti tu, kita tawakal & berserah je lah pada Allah. Doa mintak yang terbaik. Susah susah sangat buat solat Istikharah mintak petunjuk dari Yang Maha Esa, abih crita hehe. And I totally agree with her 🙂
Hmmm Mama nervous gak ni memikirkan camna laa si kembar kat Pasti hari ni, leh ke cikgu handle. Jangan tunggang langgang kelas dikerjakan si kembar 3 yang lasak tu udah ler hehehe
3,421 total views, 1 views today
saya rasa kembar 3 menceriakan tadika .cikgu2 pun pasti teruja menguruskan mereka.dulu saya ada anak murid kembar.tiap hari tak sabar nak ke sekolah utk layan kerenah mereka yg super duper aktif..haha
samalah ngan abg Naufal… hari ni 1st day dia kat Pasti. siap naik van lagi pegi skolah. ummi dah cuak. nasib baiklah dia kata seronok pegi skolah ummi.
izan harap sangat kembar 3 dpt sesuaikan diri kat tadika tu mama. tak kisahlah kat mana, asalkan kembar 3 mama selesa dan lama2 mesti dorg happy nak pegi school tiap2 hari…
kak nani – kita setuju pandangan cikgu tu..slow2..mula2 skelas..pastu asing meja..pastu asing group..pastu asing kelas..slow2..tak terlalu drastik
mamakembar3
sgt mencabar jugak kan menguruskan persekolahan diaorang nih..kalau saya akak pun akan pening..hhehe..apapun usaha akak nanti akan terbalas, InsyaAllah..jgn putus harapan yerr..
Bagus la entry akak kali nih, at least saya dah tau nak buat apa gak nanti bila si kembar saya masuk pre-skol (even lagi 3-4thn, hehe)..thanks dear 🙂
betul jugak…kesian budak2 tue kalau di pisahkan…
apa2 pun moga mama dapat jalan yang terbaik untuk si kembar 3 ini..
dilema jugak kan nak pisahkan diorang atau tidak.apa2 pon mama buatlah keputusan terbaik demi masa depan diorang
Rozuan Ismail: mmg dilema, coz terlalu sayangkan diorang and nak kan yg decision terbaik for them 🙂
cik Jue: InsyaAllah, itu yg Mama doakan.
FiraHamzah: nnt u awal awal survey for your twins tau, baru banyak choice. cam mama ni dah last minute gak, banyak tadika yg dah full.
amiey lee: yup, agreed. actually semua recommendations ada pros & cons, tu pasal aii fenin hehehe
Izan Ishak: harapnya camtu lah, happy pi school. tanak diorang depressed kan
Lydia Miza: menceriakan tadika not sure, tapi memeriahkan dan mengecohkan keadaan tu konpem hahaha 😉
salam mama,
sy pun ada kembar, twin sorang girl sorang boy, skang umur mereka 6 thn…sy setuju utk tidak separate kan mereka. Pengalaman sy, setakat nih kat sekolah cikgu boleh handle…kalau bebetul mereka buat hal baru cikgu asingkan…if not let it be, mereka akan pandai sendiri nnt…
tp apa pun mmg kembar nih sgt supportive each other…kalau exam mesti nk tolong menolong nye…lucu la bila cikgu cerita…sure la kena asingkan…hehehe…
kalau mama nk tau pengalaman sy lg….kite leh sembang kat emel: suhaida.yusof@yahoo.com
Mama_anggun: thanks dear. mama dah send email to u dah 🙂
wah..kembar dah besar ya!
selamat meniti alam persekolahan..