Salam dears… Sejak bawa si kembar naik kapal terbang hari tu, Mama berangan kan best kalau salah seorang kembar ni jadi pilot atau kerja dengan syarikat penerbangan ka…boleh lah maknya ni menumpang travel merata kannn hehehe.
Tambah plak ada sorang ex-ofismate Mama ni kerja sebagai eksekutif di salah sebuah syarikat penerbangan di Malaysia dan Mama selalu tengok dia enjoy ja kerja. Dapat travel dan juga bekerja dalam suasana yang ‘world-class’ dan professional lah orang kata.
Lagilah buat Mama rasa ehh bestnya lah kalau anak anak aku pun kerja dalam bidang penerbangan macam tu.
Sambil dok berangan tu Mama saja lah cari maklumat berkenaan kursus penerbangan dan jumpa pasal KLIA College. Bila usha website, nampak menarik lah program program yang ada kat situ.

Apa Program Yang Ada di KLIA College?
Sejujurnya sebelum ni Mama tak tahu pun adanya kolej ni, bila dah usha website baru lah Mama tahu ohhh rupa rupanya KLIA Professional & Management College (KLIA College) ni dah ditubuhkan sejak tahun 2008 lagi.
Dah lama dan ‘well established’ dah rupanya. Malah ada kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE), akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan juga diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKPP).
Ada beberapa program yang ditawarkan iaitu:
- Diploma Pengurusan Penerbangan (Aviation Management)
- Diploma Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Occupational Safety & Health)
- Diploma Pentadbiran Perniagaan (Business Administration)
Setiap program yang ditawarkan tu ada prospek kerjayanya yang tersendiri. Contohnya bidang pengurusan penerbangan tu nanti boleh laa kerja sebagai Eksekutif Lapangan Terbang, Eksekutif di Syarikat Penerbangan, Pegawai Kawalan Udara, Cabin Crew dan banyak lagi lah.




Korang boleh tengok kat website KLIA College ni kalau nak tau semua prospek kerjaya yang ada yer.
Aktiviti Pelajar
Kalau asyik study je sepanjang masa, boring gak kan? Mama tengok kat KLIA College ni ada pelbagai aktiviti diadakan untuk para pelajar.
Ada aktiviti sukan, kebudayaan, festival dan macam macam lagilah. Bagus tau sertai aktiviti gini, dapat bina sahsiah dan jati diri, dan juga jaga kesihatan. Baru lah syok nak belajar kan?


Kenapa Nak Pilih KLIA College?
Bila memilih pusat pengajian tinggi yang sesuai untuk sambung belajar, kita kena pertimbangkan beberapa faktor termasuklah:
- Kursus atau program yang ditawarkan adalah diiktiraf dan mampu memenuhi keperluan industri semasa dan akan datang.
- Kemudahan pembelajaran dan fasiliti yang disediakan.
- Tenaga pengajar yang berkelayakan dan berpengalaman.
- Kaedah pembelajaran dan peluang untuk mendapatkan pendedahan secara langsung dalam industri berkaitan kursus yang diambil contohnya melalui latihan industri dan kerjasama dengan syarikat yang boleh jadi bakal majikan atau prospective employer.
- Peluang untuk mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.
Daripada apa yang Mama tengok, nampak gayanya KLIA College boleh membantu kearah mencapai semua tu, InsyaAllah.
Ehh kalau korang nak tau lebih lanjut tentang KLIA College, sila usha sendiri lah yer. Boleh tengok kat laman web diorang atau pun kalau ada ‘open day’ ka, pergi laa join supaya boleh lihat sendiri keadaan kat sana.
Tengok tengok prospek sambung belajar untuk diri sendiri atau untuk anak anak, adik beradik pun boleh gak kan. Yang penting, buat perancangan yang betul untuk sambung belajar demi masa depan.
Bak kata Benjamin Franklin “If you fail to plan, you are planning to fail.” Jadi rancang lah untuk dapatkan pendidikan terbaik untuk kerjaya yang anda inginkan 🙂

Maklumat Lanjut KLIA College:
Website: KLIA College
Facebook: KLIA College Official
Instagram: KLIA College
Telefon: +603 8783 1002
Email: intake@kliacollege.edu.my
4,310 total views, 1 views today



Ada ek KLIA college ni.. Baru tau jugak.. Bolehla share dengan sedare mare n kawan2 kot ada yg tercari cqri tempat belajar kan..
wah bagus cita-cita kembar. harap jadi inspirasi dan kenyataan
Menarik kak.. Serius rasa nak masuk balik jadi pelajar Aviation. Hahahaha..
Selalunya any aviation course ni mahal gila.. Adik saya amik mechanical engineering in aviation dekat UNIKL MIAT.. lepas habis tu amik pulak lesen asking utk jadi engineer. Sekarang ni freelance aviation engineer…
Ni pun tgh amik lesen utk Air craft mana ntah… Saya pun xingat dia kata… Setiap flight xsama… So kalau kata dia xda lesen utk aircraft tertentu dia takleh nk by offf and verified flight tu OK or tak utk fly…
Setiap lesen/ course tu Adik saya bayar sendiri.. Cost dia mbunuh betul. Tapi berbaloi la dengan gaji2 yang bakal dia dapat
Fuhh mencabar juga bunyinya. Tapi kalau dah minat mesti akan cuba untuk dapatkan juga kan. Dan InsyaAllah pulangan berbaloi dengan usaha.
warghhh menarik gak ni..nanti Sal nak try tunjuk kat anak-anak website KLIA College . Mesti dyorang teruja !
Wahhh…. Nina pun tertarik ngan KLIA collage ni. Menarik ni !
Nina Mirza recently posted…Amboi … !! Kemain eksyen Eilhan ada koleksi pinggan Upin Ipin. Boleh dapat FREE jer… Korang nak ke?
wah dah ada MQA semua tu memang baguslah sanagt…. sure dah di audit kan
azni recently posted…Tips Pemilihan bidang pengajian di Universiti
Wah.. Ada college macam ni mmg bgus la..
Wahhh best, moga impian kembar tercapai nak jadi pilot.
Aaminn…
Bagus KLIA Collage, Alhamdulillah kalau dah minat mereka ke arah itu sebagai parent kita support minat mereka. Zaman sekarang anak-anak tak boleh nak paksa ikut apa yang kita nak mereka jadi. Doa dan permudahan urusan mereka untuk terus mencapai cita-cita good luck kembar
Betul tu, kita as parents berdoa dan support diorang moga jadi yang terbaik.
wahh.. mama dah ada impian tuk si kembar.. bagus mama dia dh cari ilmu tentang tu. Nanti sampai masa, boleh la bg pandangan tu kat anak anak kan. Dorang nak ke tidak.
Tu lah InsyaAllah, moga diorang ada minat nak masuk KLIA College ni nanti.
Sis KLIA college ni memanf famous sejak dulu. Tp tu la sbb aviation indistry ni dah tepu so kurang sambutan da skrg 🙂 -aidasue
Ohh ya ka, sayangnya sebab prospek kerjaya bidang ni menarik.
bagus lah dah ada perancangan dari awal nak sambung kat mana dan juga dalam bidang apa.. sekarang ni banyak kolej yang setaraf dan juga memberi yang terbaik seperti KLIA college ni la….
Yup, perancangan tu penting.
Seorang anak saudara saya pun lulusan KLIA college ni juga. Baru grad tahun lepas, sekarang dh kerja pun. Gaji pun boleh tahan banyak.
Wahh Alhamdulillah, suka dengar camni.
Looks like a really nice collage, would have been a dream for those who are seeking to pursue a career in the aviation industry.
Wahh menarik gak ni..bolehlah plan utk anak sis yg bongsu ni masuk kat sana. Manalah tau dia belum ada plan..so mak dia plankanlah utk dia. Tq ya atas perkongsian
Eh baru tahu wujud KLIA College ni. Erm nampak haya beruntung anak anak sekarang sebab macam macam kolej yang ada dan diorang pilih ikut bidang yang mereka minat. Kalau minat nak jadi pilot, pramugari dna sebagainya bolehlah sambung belajar di KLIA College ni kan
tahu akan kewujudak KLIA College nie tapi tak tahu kos apa yang ditawarkan. nampak banyak jugak kos yang dorang ada dan baguslah kalau ada MQA. senang nak dpt kerja or masuk line government. nanti nak refer jugaklah klia college nie utk adik lelaki.
Emi yang perempuan ni pun pernah simpan cita2 nak jadi pilot tau. Tapi tak kesampaian, hehe. So emi teruskanlah simpan cita2 tu.
Education info yg amat menarik ni, dapat memanfaatkan pelajar yang ingin menyambung pelajaran sebagai eksekutif lapangan terbang.
Wui Kathy recently posted…Live Healthier Lives With Sun Life Malaysia | Financial | Physical | Mental | Spiritual
Sebenarnya Murni baru tahu adanya KLIA College..adoii..dah baca article ni tiba2 jer berminat juga nak anto anak belaja kat sini..thanks for sharing