Salam dears… Dah tak dapat nak elak dah sekarang. Suka atau tidak, Mama rasa ianya dah jadi satu keperluan. Tambahan pula dengan situasi sekarang kena duduk rumah ja, banyak WFH (Work From Home) dan PdPR, kita semakin banyak mengadap gajet kan? Makin terdedah kepada kesan buruk gajet ke atas mata.
Macam Mama ni, rasa makin kabur ja mata. Mungkin dah bertambah ‘power’ agaknya huhu. Jadi InsyaAllah lepas dah boleh rentas daerah nanti, Mama rasa nak terjah ke kedai cermin mata OPTOM Eyecare Bangi untuk periksa mata dan buat spek baru jika perlu.

Pengalaman Pahit Buat Cermin Mata
Korang yang pakai spek, mesti tahu betapa kita kena berhati-hati dalam memilih kedai cermin mata kan? Kena pilih kedai yang betul-betul pakar lah orang kata. Sebab tu lah Mama rasa nak ke OPTOM Eyecare Bangi tu.

Dekat kawasan rumah Mama tak ada kedai spek ke? Ada, malah dah pernah buat pun kat area sini. Tapi malangnya dah dua kali pengalaman buat kat kedai berdekatan rumah ni…hasilnya spek tak elok!
Sekali tu buat untuk Mama, bila pakai rasa pening sampai beberapa hari pun tak lega. Jadi pergi lah ke kedai tu semula untuk buat balik. Bila dia check, rupa rupanya cerminnya terlebih power. Patut laa pening kan.
Tapi masalahnya, lepas dah buat semula cermin tu, masih pening pening lalat lagi. Bila Mama pergi semula ke kedai yang sama, orang kedai tu berkeras kata dah betul dah power tu, patut dah ok dan tak pening dah.
Tapi Mama yang pakai, tentulah Mama tahu ok ke tidak kan? Malas nak bertekak, sudahnya Mama pergi ke kedai lain dan buat lagi sepasang yang baru. Dah tak pasal-pasal jadi dua kali keluar duit, kos berganda-ganda. Geram ja bila diingat balik huhuhu
Kali ke-dua pengalaman pahit buat spek untuk si Faris. Dapat tahu kata kedai tu buat silap pun selepas Faris terpatahkan bingkai cermin mata dia. Kitorang pergi lah ke kedai lain, bila orang kedai tu check mata Faris dan juga cermin spek lama, dia terus kata cermin tu salah!
Si Faris rabun dekat, tapi kedai yang sebelum tu buat cermin dia untuk rabun jauh! Terkejut Mama masa tu, dah berapa lama si Faris pakai cermin yang salah rupanya. Nasib baik lah tak jadi apa-apa…haishhh!
So…lepas dah beberapa kali pengalaman pahit buat spek, Mama jadi lebih berhati-hati memilih kedai cermin mata. Risau tersilap lagi. Sebab tu lah Mama rasa nak pergi ke OPTOM Eyecare Bangi pula lepas ni. Daripada pengalaman kawan-kawan yang dah pergi ke sana, diorang kata puas hati, lebih yakin, professional dan servis pun terbaik!
Kenapa Perlu Pilih Kedai Cermin Mata Optom Eyecare Bangi?
Optom Eyecare ni tak sama macam kedai cermin mata biasa biasa sebab diorang ada optometrist dan boleh buat pemeriksaan klinikal yang menyeluruh.
Optometrist lebih arif dalam bidang penglihatan berbanding optician. Diorang belajar lebih terperinci tentang sepasang mata. Bukan sekadar ‘power’ mata, optometrist perlu ambil kira tentang kesihatan mata, penglihatan binokular dan banyak lagi. Jadi optometrist boleh cadangkan ‘power’ yang lebih sesuai mengikut keadaan dan keperluan mata kita.

Kalau kedai cermin mata biasa, tak semestinya ada optometrist pun. Sesetengah kedai spek tu hanya ada optician sahaja, setakat nak check berapa power rabun atau silau tu boleh lah. Tapi kalau nak dapatkan pemeriksaan yang lebih terperinci, memeriksa masalah mata dan merawat, maka kena cari optometrist.
Di OPTOM juga ada mesin dan peralatan canggih yang boleh periksa sampai ke saraf mata tau. Jadi kita pun akan lebih yakin dan dapat nasihat yang profesional kan?


Ohh yaa…di Optom Eyecare ni juga boleh buat ‘customised frame’ iaitu Bespoke OPTOM. Maksudnya boleh buat bingkai cermin mata khas untuk kita ja daripada segi bentuk, panjang bingkai, warna bingkai dan sebagainya. Menarik kan?

Terutamanya wanita bertudung yang bermuka boolat macam Mama ni haa…silap gaya frame, boleh jadi kembang tudung dan nampak bertambah tambah boolat lah muka hehehe. Jadi kalau dapat customise frame bagi terletak elok ja bila dipakai, mesti best kan?

Cermin Mata Anti-Blue Light OPTOM Eyecare
Haaa lagi satu…kalau korang tak pakai cermin mata, tapi risau tentang kesan buruk penggunaan gajet ke atas mata korang atau anak-anak korang, boleh juga dapatkan cermin mata anti-blue light daripada OPTOM Eyecare.
Cermin mata anti-blue light ni boleh order online, tak perlu ke kedai pun sebab kantanya tak ada power tapi dapat melindungi mata daripada cahaya biru gajet. Mama tengok Mommy Shehan buat untuk anak dara dia, lawa! Fit nicely lah kat muka walaupun tak pergi ke kedai.
Okeh…tu ja Mama nak berkongsi cerita kali ni. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang boleh contact sendiri di media sosial diorang seperti di bawah ni yaa…
OPTOM Eyecare Bangi
Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor (Berdekatan Marrybrown)
Waktu Operasi : 9.00 am – 8.00pm (Setiap Hari)
Instagram : Optom Eyecare
Facebook : Optom Eyecare
Website: Optom Eyecare
Whatsapp : wasap.my/601111479093
5,275 total views, 1 views today
Cantik blog mama sekarang, simple.
Saya tengah cari kedai spec, jumpa blog ni.
Terima kasih 🙂