Salam dears… Korang mesti pernah nampak produk Himalaya Herbals di farmasi farmasi utama macam Guardian ka Watson ka kan? Tapi korang tahu tak yang Himalaya ni juga ada butiknya sendiri?
Haaa kat Himalaya Boutique, pilihan produk Himalaya yang ada jauh lebih banyak daripada yang ada kat farmasi tu tau. Sebelum ni Mama biasa ke Himalaya Wellness Boutique di Mid Valley Megamall. Tapi baru baru ni Mama ajak Ayah jom lah ke Alamanda plak.
Alang alang nak beli barang Himalaya, boleh laa jalan jalan kat Alamanda gak. Dah lama ooo kitorang tak kesana. Padahal bukan jauh mana pun Alamanda dari rumah kitorang.

Himalaya Boutique di Alamanda, Putrajaya terletak di Lower Ground Floor, depan Watson.
Sampai je kat Himalaya Boutique tu, Mama mula laa rambang mata tengok itu ini. Tambah plak ada produk baru yang setakat ni Mama tak nampak lagi kat farmasi.
Uishh dah membelek pulak, padahal niat asal nak beli Nourishing Skin Cream ja. Pompuan…gini lah kan hahahaha

Ada macam macam produk Himalaya Herbals termasuklah produk penjagaan kesihatan, kecantikan, penjagaan diri dan produk penjagaan bayi.

Yang khas untuk lelaki pun ada.
Himalaya Nourishing Skin Cream
Himalaya Nourishing Skin Cream ni adalah produk Himalaya yang jadi favourite Mama. Dah setahun Mama setia guna. Asalnya Mama start guna sebab kulit kat belakang badan Mama kat bahu ni jadi kering dan merekah camna ntah. Kadang tu rasa gatal, pastu garu sampai berkeruping. Stress aii huhu.
Dah cuba beberapa jenis krim, tapi tak settle problem. Sampailah lepas guna Himalaya Nourishing Skin Cream ni baru lah berkesan! Sekarang kulit dah lembut dan rasa selesa jaa, aii like! Hehe

Himalaya Nourishing Skin Cream
Himalaya Skin Nourishing Cream ni mengandungi ekstrak Aleo Vera, Pohon Kino India dan Winter Cherry. Ia boleh digunakan sebagai pelembap muka atau losyen tangan dan badan juga.
Krim ni berfungsi untuk melembutkan, melembab dan merawat kulit juga. Kalau yang ada masalah kulit kering tu elok lah guna ni.
Tekstur Himalaya Skin Nourishing Cream ni very light, cepat meresap dan tak melekit. Bau pun wangi ja, soft smell gitu. Memang best guna, Mama suka sangat! Kalau masa ada sales, memang aii borong 2 ka 3 botol siap siap buat stok hehe

Krim ni tak melekit dan cepat meresap.
Kalau korang nak tahu lebih banyak tentang produk Himalaya ni, korang boleh pergi ja mana mana butik Himalaya dan tanya kat juru penasihat produk yang ada kat situ.
InsyaAllah diorang boleh rekemen produk mana yang sesuai. Macam Mama ni, Nourishing Skin Cream tu pun juru penasihat produk Himalaya lah yang rekemen. Alhamdulillah serasi sampai sekarang π

Maklumat Lanjut:
Website:Β Himalaya Herbals
Facebook:Β Himalaya Healthcare Malaysia
Instagram:Β Himalaya Malaysia
#HimalayaMalaysia #HimalayaWellness #NourishingSkinCream
37,819 total views, 4 views today




Farisssss suka ππππ
Mama pun sukaa hehehe
ai pun suka pakai nourishing cream . baik untuk kulit kering …anak guna kat tagan dia yg ada masalah pun elok lepas guna nourishing cream dari himalaya
Yup lembab ja kulit, dah tak kering cam dulu
Nak try jugaklah, kulit ai pun cepat kering kalau dok lama tak tempat aircond terutama kat pejabat.
Haa elok la pakai krim ni kalau gitu
Mmg wat kulit moist jer pakai cream
I
Kan..best!
Patutlah jelita sentiasa. Eiza pun dah lama terpandang produk ni. Lepas baca info mama, baru tahu macam mana nak guna. Multipurpose pun iya juga.
Amboih jelita gitu hehe
Macam-macam ada kat Himalaya ni.
Yup, banyak produk menarik