Salam dears… Korang familiar tak dengan produk Himalaya? Alaa ada dijual kat farmasi Guardian ngan Watson, kat farmasi lain pun mungkin ada kot. Bagus tau produk Himalaya Wellness ni. Dulu kan masa lepas lahirkan si kembar, rambut Mama gugur banyak giler. Sampaikan macam nak botak dah kat kawasan ubun ubun. Masa tu kawan Mama cadangkan guna Himalaya ‘Hair Loss Cream‘. Jadi Mama pun cuba…dan memang berkesan! Anak anak rambut mula tumbuh dan tak lama lepas tu rambut kembali lebat, yahooo!
Walaupun Mama dah biasa guna, tapi kan selama ni Mama dok ingat produk Himalaya ni tak banyak. Sebab yang biasa nampak kat farmasi ialah syampu, krim dan pencuci muka ja. Sampai lah baru baru ni Mama pergi ke butik ‘Himalaya Wellness Boutique’ di Mid Valley Megamall, baru lah Mama tahu…wahhh banyak rupanya produk Himalaya ni! Boleh dikatakan lengkap lah untuk penjagaan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Ubat gigi pun ada hokeyyy…

Butik Himalaya Wellness di Mid Valley Megamall
Butik ‘Himalaya Wellness Boutique’ di Mid Valley Megamall
Rasanya butik Himalaya ni macam baru buka kot. Sebelum ni Mama dok pi Mid Valley tak pernah nampak. Atau mungkin juga Mama yang dah lama tak pergi ke Mid Valley tu kot hehe. Kali ni, bila dah tahu ada kat situ opkos laa kena singgah kan. Ohh yaa ‘Himalaya Wellness Boutique’ ni terletak kat ‘Ground Floor Mid Valley’, betul betul depan farmasi Guardian. Korang mesti nampak punya lah kalau dok jalan jalan kat situ.

Rambang mata wehh
Macam macam produk Himalaya Wellness yang ada kat butik Himalaya ni tau. Rasanya memang lengkaplah untuk rejimen penjagaan muka, kulit, rambut dan juga supplements. Syiok nya shopping kat butik Himalaya ni bukan saja sebab produknya lebih banyak dan lengkap, tapi kat situ juga ada set-set produk Himalaya yang tak terdapat di kedai lain.

Sweet ja warna pink ni, berkenan buat rasa nak beli je hehe

Julia kata anaknya guna Protein Shampoo tu wangi sangat!

Lipbalm pun ada gak

Body wash pun ada.

Produk untuk baby

Lebih jimat beli pack banyak banyak camni kan

Supplements pun ada

Kak Azni kata dulu masa diorang dok usaha nak dapatkan zuriat, doktor sarankan suaminya ambil Spemen ni.

Nak kuruskan badan? Boleh cuba AyurSlim.

Dulu Mama guna yang Anti Hair Loss Cream tu lah, memang berkesan!

Jimat beli set camni…
Tak Tahu Yang Mana Sesuai? Tanya Je lah…
Lagi satu, kalau dah rambang mata sampai fenin kepala tak tahu nak pilih produk yang mana satu…haaa korang tanya je lah juru penasihat produk yang ada kat situ. InsyaAllah diorang sedia membantu. Lagipun, diorang lebih arif tentang produk Himalaya. So, alang alang dah ada yang lebih pakar, baik tanya je lah kan? Jangan risau, diorang tak makan orang punya lah. Hari tu macam macam soalan Mama tanya, ni aii selamat ja hidup lagi ni hahaha 😉

Juru penasihat kat situ kata, yang range Neem ni paling popular untuk masalah jerawat dan kulit berminyak.

Beli set camni senang, tak payah pening kepala fikir produk apa lagi nak guna
Ohh yaa, kalau korang nak cari produk Apotec dan Surya Malaysia macam ‘Apple Cider Vinegar with Natural Honey’ ka, boleh laa pergi beli kat outlet Butik Himalaya Wellness di Sunway Pyramid, Mydin USJ dan Setapak Sentral ye. Buat masa sekarang, butik yang kat Mid Valley dan KLCC tak ada produk Surya dan Apotec.
Kelebihan Produk Himalaya Wellness
Kalau tanya Mama, apa tarikan utama produk Himalaya ni? Mama akan jawab “sebab ianya 100% berasaskan herbal aktif!“. Haaa siapa tak suka produk yang menggunakan bahan-bahan semulajadi camni kan? Rasa lebih yakin nak guna benda yang bebas daripada bahan kimia terlarang tu semua. Lagipun, produk Himalaya ni dijamin halal. Jadi boleh lah digunakan tanpa was was. Harga pun berpatutan, InsyaAllah mampu beli dan berbaloi dengan kualitinya.
Diskaun Untuk Ahli
Siapa suka dapat diskaun angkat tangan? Saya! Saya! Haaa mesti ramai yang suka beli barang pada harga diskaun kan, kan? So, boleh lah join Program Keahlian Himalaya Wellness ni. Dengan pembelian RM100 keatas, automatik dapat keahlian percuma seumur hidup terus. Lepas tu, tiap kali membeli belah kat butik Himalaya, boleh lah dapat 15% diskaun, yayyy! Aii like discounts hehehe. Boleh kumpul points juga, setiap RM1 dapat 1 point, best best!

Done shopping, yayyy! Hehehe

Hasil shopping hehe. Paling suka yang Nourishing Skin Cream tu, wangiii! Kulit pun rasa lembut je lepas sapu tu.
Ehh ok lah meh nak belanja sikit bagi korang tengok apa yang ada di butik Himalaya Wellness kat Mid Valley Megamall tu. Kalau nak lebih syiok ‘cuci mata’ sambil belek belek produk semua, sila pergi melawat sendiri lah yer 😉
Maklumat Lanjut:
Website: Himalaya Herbals
Facebook: Himalaya Healthcare Malaysia
Instagram: Himalaya Malaysia
#HimalayaMalaysia #HimalayaMalaysiaBoutique
5,686 total views, 6 views today
Saya pun baru tahu.. banyak rupanya produk Himalaya ni.. sebelum ni ingatkan cuma setakat satu dua produk jer..
anuar recently posted…#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Yup, macam macam ada…
Nina pun baru sedar ada Himalaya Wellness Boutique ni masa jengjalan kat Mid Valley last week.
Rambang mata kan, semua nak beli hehehe
saya baru tercari² nak beli suplimen produk himalaya ni ada jual kat mana tq kak kongsikan info sbb kat watson mmg jual utk pencuci muka dgn shampoo je…
Sama sama, pergi ke butik lagi banyak yg ada 🙂
Betul2 rambang mata ni. Lagipun kalau nak beli produk Himalaya adalah lebih jimat dapatkan dari kedainya sendiri.
suka pakai lips balm dia. memang berkesan bibir tk keringgg
Wahhh macam² ada produk Himalaya ni, menarik.
Kalau dah banyak macam ni memang kena tanya salesgirl mana yang sesuai untuk penjagaan kulit kita kan?
Yup lebih senang tanya mintak dia rekemen
ada macam-macam rupanya..kalau orang tak promote tak tau la pasal produk ni
Tu lah sebab kat farmasi tak banyak choice