Baru baru ni terbaca berita tentang wife pelakon Adyputra tu keguguran kembar tiga. Sedih rasanya bila baca tu. Dah la itu kali ke 4 dia peknen. Tapi itu takdir Tuhan, kita sama samalah doakan moga dia & isteri tabah hadapi dugaan ni. Mama boleh faham perasaan dia, sebab pernah lalui pengalaman yang lebih kurang sama. Mama & Ayah pun menunggu almost 4 years & had 2 failed pregnancies sebelum dikurniakan si kembar tiga ni.
Sejak buat blog ni, bila tengok si kembar tiga, ramai gak kawan kawan blogger yang belum ada anak suarakan rasa teringin nak anak…masing masing berdoa semoga penantian diorang cepat berakhir. Bila Mama baca komen & blog diorang, memang Mama faham perasaan diorang. So tergerak plak hati ni nak berkongsi crita pengalaman Mama & Ayah kat sini.
Mama dari dulu memang sukakan budak budak especially babies, so bila kahwin terus berharap nak cepat dapat anak. Mama kahwin December 2004 & lepas tu almost every month kalau period lambat jer Mama buat home pregnancy test. Tiap tiap kali test negative mesti frust. Orang sekeliling pun dah ramai bertanya soalan cepu mas…dah ada isi ke blum? Nasib baik mak Mama, mak mertua & hubby semua jenis yang understanding, tak pressure. Mak mertua Mama kata takpa laa, kot kot 4 tahun nanti baru dapat (cam ada sixth sense je dia kan?). Lagipun, dalam articles yang Mama baca, semua kata kalau umur bawah 35 tahun, lepas dah setahun kahwin blum dapat anak baru lah disarankan pi jumpa doctor. Kalau umur 35 tahun & keatas plak, lepas 6 bln pi jumpa doctor. So Mama pun teruslah menunggu.
Kali pertama pregnant bulan 9 tahun 2005, memula Mama tak tau pun yang sebenarnya pregnant. Sebab time tu period datang on time cam biasa. Cumanya pelik skit coz after 1 week stop & datang balik. Time tu tak ambik kisah sangat, ingatkan biasa laa period bengong. Satu hari rasa sakit so pegi check, rupa-rupanya mengandung luar rahim or ectopic pregnancy. Bila scan tak nampak apa apa dalam rahim tapi bila buat pregnancy test ada a very faint line, pastu buat blood test tengok HCG level memang konpem pregnant. So kena operate & tiub fallopio kena potong sebelah sebab dah rosak.
Anyway, sambung crita. Lepas dah operate Mama memang sedih sangat sangat, rasa down jer. Ye laa, dah la blum ada anak, tiub plak tinggal sebelah je & chances nak dpt anak pun dah berkurangan. Time tu kalau nampak orang pregnant ke nampak baby ke, asyik rasa cam nak nangis je. Seboleh bolehnya Mama ngelak kluar umah sebab takut tak leh control nangis in public. Memang time tu emosi tak tentu arah lah. Alhamdulillah, tak berpanjangan camtu. If not, mau mereng dah Mama skarang ni hehe
A few months after that Mama & Ayah start usaha nak dapat baby. Macam macam la try, antaranya pegi jumpa doktor, pergi berurut tradisional, ambik minuman herba untuk kesuburan & ntah apa apa lagi lah Mama pun dah tak ingat. Dalam masa yang sama Mama banyak pujuk hati sendiri supaya sabar. Bila dok cari infor tentang ectopic pregnancy & kehamilan, Mama jumpa ramai lagi orang yang sama kes cam Mama, malah ada yang lebih lama kahwin & dah usaha macam macam pun blum ada rezeki. Tapi diorang okay je, tak salahkan takdir pun. Dari situ Mama rasa insaf & lama kelamaan redha je. And bila dah redha hilang lah rasa tensen
Doktor kata bila kita tak tensen, lagi senang nak ngandung. Mungkin betul sebab time tu lah Mama ngandung kali ke-2. Unfortunately, gugur plak masa kandungan lebih kurang 3 minggu. Time tu Mama redha je & tak sedih gila gila cam the 1st time. Rasa terkilan skit tu ada lah, tapi tak sedih or tensen.
Kali ke-3 pregnant plak, memang tak dijangka langsung sebab baru a few months lepas keguguran & kitorang plan nak rehat jap dari trying for a baby. Time tu kitorang memang releks je tak pegi jumpa doctor ke apa ke, tup tup ngandung lagik… and terus dapat si kembar tiga nih. So betullah kata doctor, kalau tensen lagi susah nak ngandung… kena releks jer 🙂
Untuk pasangan diluar sana yang masih belum ada anak, sabar lah ye, belum sampai rezeki lagi tu. Mama tau, bukan senang nak control emosi sebab kita manusia biasa, skali skala hati mesti tersentuh & terasa bila orang sekeliling bertanya, atau bila tengok orang lain happy dengan anak anak pun kita kekadang jadi teringin sangat & tertanya-tanya bila laa pulak time kita nak merasa kan?
Mama dulu pun time mood baik jawab belum ada rezeki. Time sentap, senang je terkluar jawapan jawapan 18SX dari mulut ni sampai terus terdiam cik kiah cik kiah semua hahaha! Tapi cuba sabar laa ye, it gets better with time. Lama kelamaan hati kita akan tenang & dapat terima bahawa memang betul belum ada rezeki.
Bagi Mama, yang paling penting skali ialah REDHA. Usaha, pastu tawakal dan redha dengan ketentuan Allah. Yakin lah bahawa Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Rajin rajin la buat solat hajat minta dikurniakan anak.
Untuk orang sekeliling plak, please be sensitive. Ingatlah, sapa yang tak nak anak kan? Setiap pasangan berkahwin mesti mengimpikan gelak tawa anak anak untuk lebih menceriakan rumah tangga. So tak yah lah tanya lebih lebih or buat komen yang menyakitkan hati, sebaliknya beri lah kata kata semangat & sama sama tolong doakan. Jangan mengutuk, keji atau buat spekulasi yang bukan bukan, hari ni hari dia, sapa tau ntah ntah in future anak pinak kita pulak yang diduga dengan lambat dapat atau tak ada zuriat?
Okeh, dah panjang Mama ngomel nih… dah letih dah menaip… Tata 🙂
25,601 total views, 4 views today






Salam Mama..happy baca ur entries..rasa im the part in ur stories..how i wish too…sy dah hampir 7years kawen dan masih belum dikurniaankan anak..paling menyedihkan keluarga mertua sy salahkan sy dalam hal ni…sy dah 4kali misscarrieage..kata mak mertua sy sy sengaja gugurkan kandungan sbb nak jaga badan…nauzubiallah..
mama siapa lah yag dah kawin tak nak anak..org giler pun sygkn anak dia..entahlah..skrg ni dunia dah nak hampir kiamat,manusia byk yg hilang sifat peri kemanusiaan..sy dah lama jd mangsa mcm2 cemuhan. ada yg kata sbb sy sibuk belajar jarak jauh sbb tu sy tak nak anak..mcm2 spekulasi org.tp sy tak endah sgt cuma bila bab mertua sy dok join sekaki kata mcm2 sy jd pemarah. tp bukan marah kat sape2 pun marah kat en hubby je..sbb bila mak dia ckp apa2 pun dia tak pernah nak backup katanyer biar je la..org tua…
dh mcm2 proses kedoktoran yg saya lalui utk cepatkan kehamilan tp semuanyer gagal..mcm2 ubat la yg sy telan smpai berat badan naik dr 48kg to 65kg…byk dah tukang urut sy jumpa serata malaysia..cakap je kat mana bagus insyaallah sy akan cuba jejaki..tp rezeki belum memihak pd sy..
kalu mama nak tau the worst part sbb kegagalan sy utk ada zuriat menyebabkan feb thn ni sy bercerai ngan en hubby…lama gak kami tak berhubung/duduk sebumbung..tp akhir2 edah kami rujuk blk dan kedua2 ibubapa kami tak setuju…terutama keluarga sy sbb kata mereka diorg tak sanggup tgk keluarga mertua sy mengeji sy lg..tp mama sy tak pernah ada masalah dgn en hubby..cuma masalah zuriat ini yg timbulkan mcm2 duagaan..tp sy redha inilah kententuan Allah yg terbaik utk kami…DIA MAHA MENGETAHUI…
entahlah mama tak tahu bila sudahnyer episode sedih dan duka dlm hidup sy…ending yg mengembirakan yg sy rasa mampu hapus semua duka ni bila sy dikurniaakan anak… doakan lah sy…sy tak pernah luahkan pd sesiapa pun tp bila terbaca blog mama terus hati sy terpanggil utk suarakan rasa hati…
hope for miracle to happen ..sekarang sy cuma ada en hubby utk mengadu , family sy dah tak nak terima sy lagi sbb sy tak nak dengar ckp diorg sbb rujuk blk dgn en hubby…sy tak mampu mama sbb inilah janji sy cinta yg pertama dan terakhir sy..biar hujung nyawa..Ya ALLAH YA TUHANku kurniaan kanlah daku zuriat2 yg soleh dan solehah..moga kebahagian rumahtangga ini lebih terjamin…insyaallah…amin
Anonymous: Sedih sangat Mama baca your comment, sayu rasa hati ni sebab Mama tau camna rasanya penantian tu, walaupun dugaan Mama tak sehebat yg u lalui.
At the same time rasa geram pun ada sebab u dituduh camtu. Padahal anak ni 100% bergantung pd rezeki dari Allah, bukannya cam beli ikan pi market leh pilih je apa yg nak. Dah kalau Allah blum nak kurniakan anak, nak buat camna kan?
Teruskan lah bersabar & berdoa ye, itu je laa yg Mama dapat katakan. Banyak kan buat solat hajat. Sememangnya DIA Maha Mengetahui and kepada DIA sajalah kita berserah. Moga moga Allah makbulkan your doa's, InsyaAllah.
salam mama,
salam perkenalan…
seronok bace sal pgalaman mama…
sbnrnye sy da 2 thun kawen tp still tk de rzeki lg…
jd last year cek kat hosp n doctor cek ade problem dgn kesuburan my husband…mase tu rse sedih sgt…
tp,berkat doa alhmdulillh skg sy da ready n untuk pngthuan mama…skg sy sdg menjalani rwatan ivf….
nk tye if mama ade dgr2 ur mbe2 yg mempunyai pngalaman wat ivf ni…boleh share ngn sy ye…
nk tau gk pe pntang larang sepanjang rawatan ni….
pape mama boleh email sy di fatin@yahoo.com…
tq n salam…
ermafatin: fatin, bagus laa u tgh usaha buat ivf, mana tau ada rezeki dpt anak kembar terus kan 😉
mama ada kenalan yg baru je peknen 3 bln selepas buat ivf. rezeki dia skali buat treatment dah lekat. nnt mama pass your email kat dia yer.
good luck dear 🙂
salam..mama,eja nk tanye…
mama @ husband mmg ade keturunan kembar ke??
or x de lgsg & semuanya kebetulan Allah nk bg rezeki??
Eja mmg dh lama nk tau..eja penah tanye b4 this tp mama x jwb..
kalau mama x kisah hopefully mama boleh jwb soalan saya..thanks. =D
Laiyyinur Harir: sori eja maybe mama terlepas pandang soalan eja sblm ni.
Yup, family belah abah mama ada keturunan kembar. Tapi dah skipped a few generation. Recently baru tau rupa rupanya ada 🙂
owh…nampaknya keturunan kembar bersambung kembali.. =D ok, thanks.. ^^
Alhamdulillah rezki mama…sonok tgk kembar tiga nih…comel sgt…btw sy br bace blog akak nih…sy mmg teringin sgt nk kembar…sy dh 2 thn kwen tp blom ade rezki skrg ni sy ade cyst n akak kene operate…sedih sgt…tp sy kuatkn smgt jugak…takut pon ade…hurm…smoga mama kembar tiga sihat slalu yer…hapy n enjoy read your blog…
As salam..saya berkahwin 2005. macam2 ikhtiar untuk berubat..1 tahun berubat dgn Dr.Hamid Arsyad, 3 kali saya pergi berubat dengan Ustaz Haron Din sendiri. Bulan 11/2009 iaitu selepas 4 1/2 tahun saya berkahwin, saya disahkan mengandung hasil dari kaedah IUI di HUKM selepas 3 bulan rawatan di situ. Alhamdulillah..setelah 9 bulan 1 minggu saya bawak anak dalam rahim ni, Allah ambil semula baby saya pada hari lahir saya..Luluhnya rasa hati di saat menanti kelahirannya..anak saya baby BOY..so, saya induce dan lahirkan anak saya secara normal.BABY BORN SLEEPING..sayu tatkala melihat wajah anak..rasa nak ikut dia sekali..sekarang dah nak masuk 2 tahun masih belum ada apa2 tanda..dalam tempoh 2 tahun selepas bersalin anak pertama,period saya normal cuma lewat 2 atau 3 hari tu biasa,tp dalam tempoh tu 2 kali period datang lewat 2 minggu, kini kali ketiga period lewat..dah sebulan lewat.tadi pergi check urine dan scan doktor kata negative..so, tak tahu nak gambarkan macammana perasaan ni..
InsyaAllah sila layari http://sethamil.com/hop.php?ref=akunakhamil
Di laman web ini ada menerangkan mengapa wanita lambat hamil
Alhamdulillah pasti hamil dan bukan ubat yang memberi penawar tetapi Allah.
assalam kak, seronok baca blog akk. sebab sy pn menghadapi mslh tekanan nk dptkn anak. dh stgh thn kawen stress ble period lmbt tp check negative ='( ble tgk org lain ada anak seronok je.
Salam semua,
nasihat kepada sesiapa bila bertanya pasal zuriat kepada pasangan yang belum ada zuriat,jangan cuba bagi ayat "awak merancang ke".walaupun tu macam soalan tapi ia kira sensitif. ni pendapat peribadi saya.
MasyaAllah, kembar 3!! seronoknya. Semoga menjadi inspirasi pada ibu TTC lain.
Alhamdulillah rezeki 🙂
Your style is unique compared to other people I’ve read stuff from. Thanks for posting when you’ve got the opportunity, Guess I will just bookmark this site.
Team 4 Kids recently posted…Summertime Speech