Salam dears… Macam yang Mama ceritakan dalam entry sebelum ni, kalau ikut perancangan doktor nak operate beranak masa kandungan berusia 36 minggu tapi terpaksa dipercepatkan sebab Mama tetiba ada masalah darah tinggi. Sebaik saja kena darah tinggi, doktor dan nurses dah kelam kabut cari 3 ventilators (mesin untuk bekalkan oksigen kepada bayi sebaik saja lahir), sebab besar kemungkinan bayi yang lahir tak cukup bulan atau pramatang ni akan hadapi masalah pernafasan.
Satu Malaysia diorang call, tapi dah lebih dari seminggu masih tak dapat sebab bukan mudah nak mencari 3 ventilators yang available serentak kat satu tempat. Masa tu memang risau giler pikir macam macam kemungkinan. Tambah tambah plak bila doktor bagitau kalau tak cukup ventilator kat Hospital Putrajaya masa beranak, maka mungkin bayi terpaksa dipisahkan dan hantar ke hospital lain, kalau jauh sampai ke Perak pun terpaksalah.
Alhamdulillah pada 4 September 2008, masa kandungan berusia 34 minggu 5 hari, Dr. Jamil datang bagitau Mama yang hari tu ada 3 ventilators available kat Hospital Putrajaya dan dah booking untuk Mama, so dia tanya “operate esok nak tak?”. Sebab sebelum pembedahan kena berpuasa selama berapa jam ntah, jadi doktor ingat buat esok je bagi time Mama nak puasa dulu.
Tapi nasib baik kebetulan hari tu Mama memang puasa (walaupun tu bulan Ramadhan tapi tak setiap hari Mama mampu untuk berpuasa sebab tak larat). So Mama apa lagi terus ajak doc operate hari tu jugak, tanak tunggu tunggu sebab takut tiba tiba esok ventilator dah tak available dah. Sebabnya walaupun dah booking, pihak hospital tetap akan bagi kat orang lain sekiranya ada kes kecemasan. Ye laa, tak kan nak bahayakan nyawa bayi lain semata mata sebab dah booking untuk anak anak Mama kan?
Terus keadaan jadi kecoh time tu, doktor dan nurse terus buat persiapan untuk booking operation theater (OT), reschedule operations Dr Jamil yang lain (nasib baik Dr Jamil tadak urgent cases hari tu), call doktor pediatrik, doktor bius dan buat macam macam persiapanlah. Agak agak dalam masa sejam lepas tu doc datang bagitau yang okeh, operation petang ni on!
Mama cepat cepat telefon bagitau Ayah, parents, adik, abang & kakak ipar Mama. Ingat lagi time call mak Mama & bagitau yang nak operate petang tu jugak, mak Mama kata “haaa? Awat depa buat lagu tu…kata nak tunggu 36 minggu…tak dan laa nak tengok awak…lambat laa baru kami sampai” pastu bunyi cam dia sebak tahan nangis (mak Mama ni jenis yang susah menangis). Time tu Mama tak pikir panjang sangat apsal mak Mama cakap camtu, ye laaa orang tengah excited nak branak hehehe.
Tapi bila adik Mama sampai dia kata yang sebenarnya mak Mama harap sangat sangat dapat tengok Mama sebelum masuk operation, agaknya takut terjadi apa apa kot. Memang nervous nya Mama time tu Allah je laa yang tau. Siap dah mintak ampun & mintak halal makan minum dari Ayah, parents, parents-in-law, abang , kakak ipar, adik & ngan kawan kawan rapat. Ye laa, beranak ni kira bertarung nyawa kan, macam macam boleh terjadi.
Di saat Mama dibawak naik stretcher ke operation theater, Ayah & adik Mama lah yang ada skali. And dari saat mula naik stretcher tu sampai laa dalam bilik operation, mulut ni tak henti henti terkumat kamit baca doa untuk mudah bersalin yang kakak ipar Mama ajar, sampai nurse beberapa kali dok tanya Mama “u kata apa? Nak apa apa ke?” sebab ingatkan Mama dok cakap sesuatu kat dia sebab mulut tak berhenti bergerak hehehe.
Sampai ke OT, Ayah tak dibenarkan masuk dan kena tunggu kat luar je. Bila Mama ditolak masuk ke OT, tengok tengok ramainya doctor & nurses dalam tu, penuh satu bilik. Rasanya lebih daripada 10 orang lah sebab ada Dr Jamil (lead surgoen), 1 lagi doktor pakar untuk bantu Dr Jamil, 1 doktor pakar bius, 6 orang doktor kanak-kanak/pediatrik, beberapa orang jururawat and sorang Sister dari wad Mama pun datang gak sebab nak tumpang tengok. Memang meriah laa dalam tu, macam pasar malam hehehe….
Tapi yang buat Mama terasa malu masa tu ialah lebih ramai lelaki daripada perempuan, dah laa Dr Jamil lelaki (of course laa kan hehe), doktor kanak kanak semua lelaki, nurse lelaki pun ada. Ibu ibu yang pernah bersalin secara Ceaser mesti tau kan kenapa Mama kata malu? Tak yah crita kat sini laa, segan *blushing*
Memula skali doktor bius cucuk ubat Epidural untuk bius separuh. Sebelum tu Mama pernah dengar banyak crita kata cucuk Epidural tu sakit, so rasa ngeri gak laa siap pejam mata bagai, padahal bukan nampak pun sebab cucuk kat pinggang bahagian blakang. Time jarum tu nak masuk memang terasa tapi Alhamdulillah, tak lah sakit sangat pun. Sekejap jaa dah siap sampai Mama tanya doc “ehh dah cucuk ke doc? Rasa skit je, ingatkan sakit gila”…doktor bius tu pun tergelak tengok reaksi Mama hehehe
Sepanjang operation diorang gantung sehelai kain macam langsir untuk lindung pandangan Mama so tak nampak laa apa yang doc dok buat kat perut. Tapi time nak start tu Dr Jamil announce kata “I nak start dah ni….okeh, I dah potong, puan rasa apa apa tak? Sakit tak?”…Mama pun jawab laa “ada rasa doc, tapi tak sakit”… Memang Mama boleh rasa apa yang doc dok buat tau, tapi tak sakit laa...cuma trasa bila time pisau dok potong perut, time tangan doc masuk dalam perut, bila doc tarik kluar sorang sorang babies, and time doc nak jahit balik perut pun rasa wokeh…tapi Alhamdulillah tak sakit.
Si Fahmi (baby no 1) kluar pada jam 4.44 petang berat 1.95 kg, Faris (no 2) pada jam 4.45 petang berat 2.04 kg and Fauzi (no 3) plak pada jam 4.46 petang berat 1.85 kg. Cepat je Dr Jamil kluar kan one by one tanpa sebarang masalah, Alhamdulillah. And bila doc tarik kluar babies daripada kantung masing masing terus trasa kosong je perut… Tatau camna nak gambarkan betapa rasa gembira & syukur bila dengar tangisan baby yang berturut turut tu. Tambahan pula bila doktor kanak kanak berbaris dukung babies untuk tunjuk & bagi Mama cium, walaupun tak brapa nampak muka babies sebab tak pakai spek, air mata berjurai jurai tak hengat laaa time tu 🙂
Lepas tu diorang bawak si kembar 3 ke NICU, Mama plak dibawa ke satu bilik untuk observation & tunggu sampai kesan ubat bius hilang. Time kluar dari OT tu memang menggigil giler lah, sejuk sangat sangat terus mintak nurse timbunkan ntah brapa helai selimut ntah atas badan Mama. Mama pun tak ingat brapa lama dok kat situ tapi sedar je diorang tolak Mama kluar & time tu lah nampak Ayah, parents Mama & adik bradik dok tunggu kat luar tu, happy sangat rasanya bila nampak diorang. Ayah plak terus meluru kat Mama and bagitau “saayanggg, kita dah ada aanaakkk, abang dah tengok anak anak kita” sambil tersengih sengih cam kerang busuk hehehe… Happy benar Ayah time tu. Tengok Abah Mama plak nampak air mata dia bergenang jer. Tapi yang pastinya semua orang lega & bersyukur sebab Mama & babies selamat, Alhamdulillah…
Dari situ Mama dibawa naik ke observation room and duduk situ semalaman, tak terus balik ke wad sebab Mama kehilangan banyak darah masa operation. Dr Jamil kata sebab rahim besar sangat jadi lambat mengecut so tak leh nak cepat cepat jahit tutup perut. Mama tak sure brapa banyak hilang darah, yang ingat bila Mama tanya nurse, dia kata ada laa dalam satu botol besar air mineral. Sepanjang malam tu Mama asyik minum air suam. Kalau ikut orang tua tua, diorang tak bagi minum air banyak banyak lepas bersalin, tapi nurses semua kata boleh & patut minum sebab badan dah hilang darah banyak. So Mama pun blasah je laa minum, memang haus giler time tu.
Sesapa yang kata beranak operate ni senang, tak betul tu. Memang laa time branak tu tak rasa sakit meneran semua, tapi luka operation tu sakit tau. Walaupun makan pain killer still ada rasa sakit. Cam Mama ni, doc kata memang akan rasa sakit lebih sebab banyak sangat yang ditoreh kat dalam perut tu. Kalau bersalin normal, kantung & uri semua akan tanggal sendiri dari dinding rahim. Tapi bersalin operate ni, semuanya kena potong ngan pisau wokeh.
Dah laa nak menjaga luka operation is not that easy, lambat baik berbanding beranak normal. Rahim pun lebih susah nak balik ke asal. Sebab tu biasanya kalau branak secara ceaser ni, buncit & gelebeh kat perut tu payah nak hilang huhuhu. Pastu sampai skarang kesan cucuk epidural kat pinggang masih boleh terasa. Alhamdulillah bagi Mama taklah teruk sangat. Cuma skarang ni tak leh duduk lama lama, nanti susah & sakit skit bila nak bangun. Tapi ada kawan kawan Mama yang bila time hujan atau sejuk pinggang akan sakit sangat & menyucuk nyucuk. Orang kata ni lah kesan epidural, sampai tua pun belum tentu hilang. So jangan lah anggap beranak secara operation ni senang cam petik jari je yer.
Ehhh dah terlari topik dan emo laa plak hehehe…Bukan apa, biasa gak dapat komen dari pompuan pompuan yang kata kat Mama “ooo senang la kan u operate jer, tak yah rasa sakit branak” macam laa kita ni tak rasa susahnya melahirkan anak anak.
Wokeh sambung cerita. Tengah hari esoknya (5 Sept) baru Mama dibawa turun ke wad. Bila sampai je Mama dah cuba nak bangun berjalan, sebab dah tak sabar nak pi tengok babies kat NICU. First time bangun terus terbaring balik sebab pening & sakit. After a few times try dah boleh bangun & jalan pelan pelan sambil dipapah Ayah. Sakitnya perut time tu tak tau nak cakap laa, tiap pergerakan trasa seksa. Tapi gagahkan jugak, paksa diri sendiri. Time tu tengok muka Ayah & mak Mama cam risau je, diorang suh tunggu laa dulu tapi Mama degil nak pi tengok babies jugak hehehe.
Tapi tak sempat nak ke NICU, nurses dah datang hantar Fahmi & Faris kat tepi katil Mama. Ya Allah happynya time tu tatau nak describe, orang kata memang cair habislah hati tengok babies yang kecik halus tu. Dah puas dukung peluk cium si Fahmi & Faris, Mama ajak Ayah ke NICU untuk tengok si Fauzi plak. Dia kena tahan kat NICU sebab size dia paling kecik & diletakkan dalam incubator untuk observe dulu. Time tu rasa kesian sangat kat Fauzi sebab dah laa badan kecik halus, duduk dalam incubator tu ada macam macam wayar plak. Mama nak dukung pun tak leh, takat dapat usap usap kepala dia je.
Bila balik ke wad, Mama mintak kat nurse untuk pindah ke single room, sebab senang luas skit nak tempatkan babies semua. Lagipun privacy skit kan. Sepanjang malam Mama tak tidur sebab asyik bangun menyusu Fahmi & Faris yang kelaparan sebab susu tak banyak. Biasa laa time baru branak susu kluar skit sangat, so bebudak tu memang meraung sekuat hati, sian tengok diorang.
Bila mintak susu kat nurse, asyik dok suh breastfeed & tanak bagi susu formula sebab Hospital Putrajaya ada polisi nak suh semua ibu ibu fully breastfeed. So Mama terpaksa laa cuba jugak, baru je baring kejap lepas nyusu sorang, lagi sorang plak menangis. Non-stop sampai Mama tak dak rest langsung lah. Mak Mama yang temankan Mama time tu pun tak dapat tidur sebab asyik kena tolong angkat babies bagi kat Mama, sebab Mama nak bergerak pun susah perut sakit bekas operation.

Pada 7 September, doktor kata kitorang semua cukup sihat untuk balik ke rumah dah, hoorayyy! Hari tu ramai sanak saudara datang wad nak jenguk si kembar & temankan kitorang balik ke umah. Bila nak bawak si kembar turun ke kereta, mak Mama dukung sorang, mak mertua dukung sorang & nenek Ayah dukung sorang, berderet je berjalan dari wad ke lobi hospital. Sepanjang jalan ramai yang pandang pandang & excited stop tanya kitorang “3 ka? kembar 3 ka ni???” pastu ikut kitorang sampai ke kereta. Memang meriah laa time tu hehehe. Sepanjang perjalan balik sampai lah ke umah si kembar tidur baik je. Bila sampai umah terus letak diorang dalam katil & snap snap gambar pastu sms kat semua kawan kawan hehehe.
Sampai hari ni Mama bersyukur sangat sangat sebab Allah permudahkan detik kelahiran si kembar tiga ni. Sebenarnya dari awal mengandung Mama risau memikirkan nanti mesti babies kena tahan lama kad wad, sebab banyak artikel yang Mama baca mengatakan biasanya kembar tiga yang lahir tak cukup bulan akan ada macam macam komplikasi & duduk wad lama kadang kadang sampai berbulan bulan. Mak Mama datang dari kampung pun bawak beg besar sebab siap sedia kalau nak kena duduk sini lama. Alhamdulillah, kitorang tak lalui semua tu. Kalau korang nak tau susah senang berulang alik semasa babies kat NICU, tanya lah Huszaini and Gee, pengalaman diorang lebih hebat daripada Mama, lebih banyak cabaran.
Anyway, tu lah dengan panjang lebarnya Mama ceritakan kisah detik kelahiran si kembar tiga kesayangan Mama ni (nampak sangat tak reti nak tulih sikit sikit hehehe). Lepas ni InsyaAllah Mama akan cerita tentang pengalaman semasa berpantang pulak yer, pun macam macam hal lagi. Cam biasa, tungguuuu hehehe 🙂
17,701 total views, 3 views today






a'kum mama kembar 3..
sy ibu kembar 2:).sblm masuk blk b'salin sy mmg xtau yg ada 2 org bb girl dlm perot.pernah scan skali je.time 3 bln.lps tu dh x scan.tiap kali p check kt klinik pun nurse x ckp apa2.bila dh masuk 31 mggu,sy turun darah.p hsptl t'dkt tp diorg transfer ke hsptl bsr.sbbnya diaorg xde pakar.pd siang sblm b'salin bbrp kali dktr scan prot tp still x dpt kesan yg sy pregnen kmbar.so,bila dktr pakar scan lg skali kt dlm blk b'salin & dpt tau kembar,riuh la dlm blk tu.sy pun jd t'gamam & x dpt nk gmbrkan perasan time tu.ye lah,mmg bt p'siapan utk smbut sorg bb je.sy cm leh senyum je la dpn dktr 2 yg ramai2 kt dlm tu.sorg bb songsang,so sy pilih utk operate.lgpun mmg dh xlrt sgt time tu..sbb cm breakfast je pg tu.sy kena bius sepenuhnya.Alhamdulillah bb2 sy lahir dlm pkl 11 lbh tgh mlm.sy pun x pasti dh brp lama diorg dibawa ke NICU br sy sedar sbbnya sy dh mcm org pengsan:)mmg btl2 x sdr.pastu dh disorong masuk ke wad,trus sy lena smpai ke esok pg.esok ptg br sy p tengok diorg kt NICU.kakak(brt 1.18kg) duduk kt NICU sbln lbh.adik(brt 1.07kg),lg 2 hr nk ckp 2 bln br leh blk rumah..mmg risau sgt time diorg kt NICU.ye lah anak xde dpn mata..takut klu apa2 jd.tp Alhamdulillah skrg diorg mmbesar mcm kanak2 biasa cm brt ssh nk naik skit la..
HANI HONEY: wahh mmg kejutan betul tu, time nak lahir baru tau ada kembar! kalau mama pun mesti tergamam tatau nak pk apa sbb brg persiapan tak cukup. Kecik betul your babies masa lahir tu. Alhamdulillah lah your girls selamat & membesar dgn sihat skarang 🙂
seronok baca psl c kembar 3 ni..mesti t'sgt aktif kan?c kck sy pun jenuh nk kepong wpun pompuan:)kak dia slow skit.diorg lahir 1 uri tp perangai lain2.
biasanya org suka bg smua bnda sama kt kmbar kan?tp klu sy,sblh2nya sy nk ada p'bezaan.cnthnya,klu beli baju,mgkin corak sama tp warna lain2 @ warna lbh kurg sama tp corak lain2.stakat ni diorg x pandai nk nk berebut lg..lps ni x tahu la:)
c kembar 3 dh nk masuk 3 thn kan?tp diorg masih ckp pelat ye..
masa awal pregnen mmg alah trok..smpai kena masud wad 2 hr gak.mak ngan ayah sy dok t'pk gak kot2 sy ngandung kmbr tp nk berani nk ckp..org tua2 kan byk pglmn..bila kmbr dh lahir br diorg ckp kt sy.nasib baik la lps kawin sy x keja.so,dr time b'pntg sy trus dok ngan mak ayah sy la.lps bbrp bln,hsbd pun pindah blk kg.
HANI HONEY: si kembar ni mmg sangat ler aktif & lasak, boys kan hehe. mama plak suka pakaikan sama semua, and maybe sbb dr kecik camtu, si kembar ni pun kdg kdg kecoh tanak pakai baju lain lain.
Yup, diorang still pelat. actually bukan takat pelat, cakap pun tak berapa pandai lagi, asyik dok cakap bahasa 'german celup' diorang tu je laa. mama pun tak paham hehe
setuju dgn ayat akak tuh, bukan senang operate neh..bnyk yg ckp operate ni tak rasa sakit..sape ckp tak sakit..tu blm kira dgn bleeding lagi..myra yg lahirkan baby sulung last year pun masih lagi rasa sakit ngilu kat tmpt operate..bab perot buncit n gelebeh tu tak leh wat pape laaa..huhuh…pape pun seronok baca pengalaman kembar3 akak ..semoga hepi selalu…sebak bila baca time nak masuk OT tuh…teringat time mira dulu..
nak menangis baca entry nI. (dah meleleh pun air mata ni)haha. sebenarnya saya tengah mengandung kembar and ofcourse nervous gila. dah macam macam terfikir. sedikit sebanyak blog akak memberi makna and motivasi pada saya. kagum dgn akak
alhamdulillah..sungguh indah kurniaan ALLAH..
menangis saya baca n3 ni kak 🙂
doakan saya semoga dipermudahkan juga..5 tahun menanti
QasehnyaRania: Alhamdulillah rezeki kami. InsyaAllah, Mama doakan agar dpermudahkan utk u & hubby & moga dikurniakan zuriat yg soleh & solehah. Aminn.
assalam mama. sy pun br je 21 hari melahirkan bby triplets.juga di putrajaya time tu dgn dr elynda. sangat terharu dgn layanan doktor elynda and MO dia . saya kat ward 2b…
Cuma skanng ni agak tensen sket jaga bby guna maid. ingat nak jaga sendiri je.minta sgt advise dari mama. pls contact me 0123439082
Salam Mama Kembar 3..thanks ats info2 yg dberikn…seram sejuk bca entri ni..sy pn bkl lahirkn kembar 3.hasil scan 1 boy,2 girls..skrg dh 22 minggu tp doc ckp perut dh mcm 32 minggu..bjln ckit pn dh penat n rasa mcm semput..huhu sblm ni 2kali dh bsalin normal dua2 boy.tp info2 yg mama update kt entri mmg bgus Sdikit sbyk sy tau rasa caeser n handle triplets..
best baca pengalaman akk… 😉 tahniah kak…hehehe
Assalamualaikum kak, nak nangis sheila baca ni kak. pengorbanan akak melahirkan kembar 3 ni.. Allahuakbar! syukur semuanya selamat ~~~
seronok aida baca entry ni.
terasa excited!
syukur… da 7 thn pun babies comel ni 🙂
YA ALLAHHHHHH
Allahuakbar!!
Xtau nak cakap camneeee teruja nyaa baca entry ni. Kita sama caeser.. alhamdulillah kalau erra luka sume cpt smbh n xsakit dah.. 2minggu berpantg terus nyilu pon hilng sama..bestkan detik2 tu..rasa mcm Allah sygg sgtt2..huhu
tahniah baby2 sume..dah elok besar pnjg.proud of u supermother! Barakallah..♥
salam..bw here!
tahniah…seronak dapat baby kembar tiga. 😉
Ingtkan entry thn nie. Hehehe, siapa ckp operate senang, sy lg takut n seram utk operate. Kuat anda yg mlalui czer utk bsalin tau! Mst bsaq dah kembaq3 nie..
entry lama ke kak.. ingt trobek… alahai…. sweet moment kan kak.. wlaupun kita antara hidup dan mati masa tu…
Tahniah. Walaupun throwback. Tetap power sepanjang zaman
walaupun baca throwback..rindu saat2 bersalin dulu…mudahnya baca kelahiran kembar 3…
Syahdunya baca kisah akak ni….tgk dorang dah besar…seronok je..hakikat masa deliver dorang akak je yg tahu….ni kalau depa nakal2 suh depa baca ni…hihi