Salam dears,
Mama rasa zaman sekarang ni semakin ramai wanita yang berhijab. Pada asasnya memakai tudung kepala atau berhijab ni adalah sebahagian daripada proses menutup aurat untuk orang perempuan. Kini, hijab dah jadi sebahagian daripada trend fesyen juga.
Kalau diperhatikan trend fesyen terkini di Malaysia, ramai wanita Muslim yang jenis mengikuti perkembangan fesyen atau ‘hijabista’ ni akan mengenakan shawl untuk menggantikan tudung biasa. Mungkin juga sebab bila menggayakan shawl, nampak lebih moden dan bergaya kot.
Kalau diperhatikan trend fesyen terkini di Malaysia, ramai wanita Muslim yang jenis mengikuti perkembangan fesyen atau ‘hijabista’ ni akan mengenakan shawl untuk menggantikan tudung biasa. Mungkin juga sebab bila menggayakan shawl, nampak lebih moden dan bergaya kot.
Mama rasa, berbanding tudung biasa, shawl lebih banyak jenis dan seleksi rekaan hijab style. Macam macam pattern dan warna ada dipasaran. Ada glitter shawl, chiffon shawl, lace shawl, cotton shawl, satin shawl, plain shawl, beaded shawl dan macam macam lagi lah. Yang jenis instant pakai sarung terus je pun ada untuk orang yang malas…ehhh asyik nak cepat je macam Mama ni hehe 😉
Shawl jenama Neelofa ni tengah ‘hot’ kan?
Semua tu hasil usaha para pereka fesyen lah tu, yang bersungguh-sungguh nak menyuntik elemen yang lebih moden dan segar dalam pemakaian hijab kan? Supaya shawls kelihatan lebih trendy, namun tetap sesuai untuk dipakai ke pejabat. Dan yang bestnya, kebanyakan hijab style terkini tu boleh dibeli secara online. Segala galanya dihujung jari je sekarang, klik klik pilih & beli!
Haa tudung bawal pun dah digayakan ala ala shawl juga

Aii pun dah belajar camna nak pakai tudung bawal Aidijuma ni macam shawl 😉
Hmm Hijab fashion terkini dah bertambah banyak pilihan, rekaan, corak dan pelbagai warna yang lebih moden dan jauh lebih segar berbanding sebelum ini. Semakin banyak pilihan, makin senanglah untuk kita kaum wanita ni nak padankan fesyen hijab dengan pelbagai jenis baju atau pakaian kan? Rekaan yang terkini, nak pakai dengan kaftan atau baju kurung moden pun boleh, ye tak?
5,984 total views, 1 views today
betul..sekarang ni dah macam2 jenis fesyen tudung yg kuar..kite pun rambang mata nak memilihnya..hehe
tak pernah try pakai bawa;l macam shawl..kena belajar juga la nampaknya..nak nampak muda ..hehehe
Masih tak pandai nak pakai tudung bawal bagi jadi macam pakai shawl..huhuhu
Waa bestnya tdung bawal jadik shawl…Cantik Nani pakai
macam2 jenis dah tudung skang ni. ahahaha
macam bawal aidijuma os.. hehe
btw jemput blogwalking ke blog saya 😀
http://neezaohneeza.blogspot.my/2016/04/cyclez-cafe-muar.html