Salam dears… Dua minggu lepas, Fahmi demam. Mama terpaksa ambil emergency leave (EL) sehari. Pastu Ayah plak EL, bergilir jaga.
Minggu lepas, Faris plak semput dan demam. Hari kedua dia demam, kebetulan Mama cuti. Hari ketiga, terpaksa Mama EL sehari lagi.
Mula malam semalam, si Fauzi plak demam. Pakej ngan batuk batuk. Harap cepat laa dia sembuh esok. Kalau Isnin masih demam? Adeh… tak boleh EL selalu. Kena potong gaji kang. Nanti Mama plak demam kang tengok gaji kurang huhuhu…
Bila anak anak tak sihat camni, Mama nya ni tak lena tidur lah jawabnya. Kejap kejap bangun check suhu badan anak. Kalau panas, lap lap kan. Atau mandikan terus, bagi suhu badan tu turun. Bila dengar anak batuk batuk, bangun tepuk tepuk dadanya. Dan juga bangun ikut masa untuk bagi anak makan ubat.
Makanya…dah dua minggu lah Mama tak cukup tidur. Tak cukup rehat. Penat. Risau. Letih fizikal dan mental. Idea nak mengarang blog pun kelaut ni huhuhu. Hmm moga cepat lah berlalu episod sakit sakit ni, Aminn…

Cepat sembuh ye Fauzi…
5,467 total views, 2 views today





Amin..in sya Allah..moga Fauzi cepat sembuhnya…
Tq pc
kesiannya anak sis…
Tu lah..harap cpt sembuh
Semoga anak-anak Mama cepat sembuh..
Bila sorang demam kebarangkalian untuk yang lain demam pun ada.. cuaca sekarang tak menentu.. kena banyakkan minum air suam.
anuar recently posted…Tawaran Pengiklanan Homestay di Blog Coretan Anuar. Pakej bermula dari RM0 hingga RM100
Tu lah berjangkit jangkit
moga cepat sembuh anak2 kembar mama. mama pun kena kuat! rehat kjap. huhu
Thank u IQ
Semoga cepat sembuh ye anak-anak. Kesian diorang.
Amin.. TQ 🙂
da ok tak today?
anak-anak demam, kita mak ni pun mcm nak double demam, kan?
tambah dgn risau nyer lagi hu hu hu 🙁
Alhamdulillah dah ok, ada laa batuk batuk sikit lagi & kena habiskan ubat. Tapi lega dah tak demam 🙂