Salam dears… Kebelakangan ni Mama rasa letih sangat, letih fizikal dan mental. Dengan anak beranak bergilir gilir tak sihat, pastu ditambah plak tugasan di ofis, di rumah dan juga kerja blog….adehh rasa nak je pergi bercuti jauh jauh! Masalahnya belum ada masa yang sesuai. Tapi, tetap rasa nak relaks, nak memanjakan diri.
Kebetulan plak kawan Mama yang ada spa Muslimah di Kuala Lumpur ni contact Mama. Apalagi terus Mama tanya dia, apa yang best sekarang? Dia cakap treatment rambut tengah ada promosi. Okeh cun! Lagipun dah lama tak potong rambut ni haaa. Dah panjang sangat sampai rasa rimas dan susah nak jaga. Terus bagitau Ayah, abang jaga budak budak, saya nak pergi spa! Ayah pandang je, ok… baiklah…dia pasrah ler tu hahahaha 😉

Jom manjakan diri jom!
Hurun Ain Oasis Spa and Salon – Spa Muslimah di Kuala Lumpur
Salah satu sebab utama Mama tak fikir panjang untuk pergi ke Hurun Ain Oasis Spa and Salon ni ialah kerana ianya adalah Spa Muslimah di Kuala Lumpur. Maksudnya hanya wanita je yang boleh masuk ke spa ni. Jadi bab aurat tu tak perlu risau lah kan, rasa lagi selesa masa nak buat apa apa treatment kat sini. Macam Mama hari tu, syok ja kehulu kehilir dalam spa ni tak pakai tudung, bebas! Hehehe

Hurun Ain Oasis Spa and Salon – Spa Muslimah di Kuala Lumpur
Rawatan Dari Hujung Rambut Hingga Hujung Kaki
Ohh yaa…kat Hurun Ain Oasis Spa and Salon ni konsepnya “treatment from top to toe”, maksudnya ada pelbagai rawatan disediakan dari hujung rambut sampai lah hujung kaki. Kat sini boleh gunting, cuci dan buat rawatan rambut, buat facial, body massage, manicure, padicure dan macam macam lagi lah! Senang kan…datang satu tempat je untuk dapatkan semua rawatan tu.
Kat sini ada beberapa jenis bilik rawatan dan korang akan dibawa ke bilik yang sesuai bergantung pada rawatan apa yang korang nak buat lah. Ada bilik untuk facial, berurut dan lain lain. Meh nak tunjuk diantara bilik-bilik yang ada…

Ruang menunggu

Bilik rawatan

Bilik rawatan

Bilik rawatan

Bilik rawatan

Jakuzi pun ada

Ruang salon

Surau yang selesa
Hair Creambath Untuk Rambut Cantik Berseri
Macam yang Mama kata tadi, Mama ni dah lamaaa tak potong rambut, sampai panjang sangat naik rimas nak jaga lah. Dan kat hujung hujung rambut dah mula ada bercabang atau ‘split ends’. Jadi Mama pilih untuk potong rambut dan juga buat rawatan Hair Creambath.
Untuk rambut Mama, owner spa ni cadangkan Hair Creambath yang ada ekstrak Kembiri iaitu buah keras. Sebab katanya buah keras ni bagus untuk melembutkan, melebatkan dan mengekalkan kehitaman rambut. Yup, rambut Mama dah ada uban…huwaaaa! *nanges*.

Hair Creambath yang dicadangkan untuk Mama

Hair creambath dengan ekstrak kembiri ni bagus untuk melembutkan, melebatkan dan mengekalkan kehitaman rambut.
Ehh lupa nak bagitau, rawatan Hair Creambath ni lebih kurang macam pakai mask lah kat rambut. Mula mula rambut di syampu sampai bersih, lepas tu di sapu dengan ‘hair mask’ dan di ‘stim’ kan. Diantara manfaat hair creambath ni ialah:
– menjadikan rambut lebih sihat
– mengatasi masalah rambut kering
– mengatasi masalah rambut gugur
– memberi vitamin untuk rambut
– melancarkan aliran darah
– kepala rasa segar
– rambut wangi dan berkilat
Opkos kena selfie, bukan selalu manjakan diri camni hehehe

Tengah ada promosi ni, rugi tak grab!

Sambil buat Hair Creambath tu, dapat express manicure juga tau.
Haaa sambil syampu tu kan, kepala, leher dan bahu kita turut diurut. Perghhh nikmatnya laa haii rasa rambut dibelai belai dan kepala diurut urut. Lepas dah siap treatment tu, rambut Mama disapukan pula dengan minyak Argan. Sambil sapu sambil diurut urut lagi kulit kepala ni. Uishhh sedap aihh! Mama sampai nak terlelap lah punya syiok menikmatinya hehehe.
Owner tu bagitau, minyak Argan memang sangat bagus untuk merawat rambut kering, melembabkan kulit kepala, melebatkan rambut dan macam kondisiner untuk rambut. Dia cadangkan Mama amalkan minyak Argan lepas ni. Beli yang kat farmasi je pun boleh je katanya. Mama suka macam ni, tak kedekut ilmu 🙂
Hmm pemilik spa ni bagitau, bulan November nanti akan ada pelbagai lagi pilihan hair creambath contohnya avokado, kiwi dan chocolate. Ohh my, coklat? Mesti sedapnyaaa bau macam nak makan je kan? Yummy! Hehehe
Pewarna Kuku Yang Mesra Wudhu dan Solat
Haaa ni lagi satu benda best yang Mama baru tahu masa pergi spa hari tu. Rupa rupanya, sekarang ni dah ada pewarna kuku atau ‘nail polish’ yang mesra wudhu dan boleh dibawa solat lah! Teringat zaman sekolah dulu, suka sangat pakai ‘cutex’ bila masa tak boleh solat. Kadang tu, cutex tak ada, main conteng ja kuku dengan marker pen. Pastu kelam kabut nak cuci bila ustazah tegur haha. Tau takut hahaha
Tapi sekarang dah tak payah risau kelam kabut nak cuci, sebab boleh pakai yang mesra wudhu ni. Sebab nail polish ni water permeable, maksudnya air boleh menyerap dan kena kat kuku. Dan ianya Halal, jadi boleh dibawa solat. Nak cuci pun senang, ehh tak payah cuci…tapi boleh kopek je (peel off). Senang giler…aii like!
-
Ada banyak warna, pilih je yang mana suka
Rajin plak si Shehan ni tolong warnakan kuku Mama hehe
Suka sangat warna ni, ‘Call Me’ namanya. Memang aummm kan warna nya hehehe
Macam Mana Nak Ke Sana?
Mesti korang tertanya tanya kan, kat mana Hurun Ain Oasis Spa dan Salon ni? Dan macam mana nak kesana? Well, spa muslimah ni terletak di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Kalau korang nak memandu ke sana, guna Waze je supaya tak sesat.
Tapi kalau nak senang tak payah pening cari parking bagai, boleh je pergi naik tren MRT dan turun kat stesen MRT Bandar Utama. Lepas tu, boleh naik feeder bus dan turun kat hentian Jalan Burhanuddin Helmi. Atau ambil je Grab atau Uber ke sana.
Macam Mama hari tu, mula mula turun MRT tu Mama pergi lunch dulu kat One Utama. Pastu dari One Utama tu Mama ambil Grab ke spa tu, tambang RM4 je. Murah dan mudah jer. Jadi kalau korang mencari spa Muslimah di Kuala Lumpur ni, boleh laa korang cuba ke Hurun Ain Oasis Spa dan Salon ni.
InsyaAllah, nanti Mama nak pergi lagi ke sana. Banyak lagi treatment yang nak cuba. Teringin nak cuba full body massage plak. Sesekali nak manjakan diri, rehat dan relaks, apa salahnya kan? 🙂
Maklumat Lanjut:
Facebook: Hurun Ain Oasis Spa and Salon
Instagram: Hurun_Ain_Oasis
Alamat: 104 A Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail,
Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-77317411 / 011-2801007413,274 total views, 5 views today
Related Posts
Comments
Leave a Reply
Nampak bilik rawatan tu selesa sangat.. confirm best kalau buat rawatan kat sini kan.. errmm.. boleh lah masukkan dalam wishlist dulu ni. hehe
Yup selesa, tambah plak ada soft music, tenang ja rasa
Bestnya spa Muslimah environment pun nampak cozy je
Yup, selesa!
Seronoknya bila ada ME time ni, boleh manjakan diri sepuas-puasnya
Betul, sesekali ada ME time, boleh kurangkan stress
Wah bestnya manjakan diri dekat Spa
Best!
Bagus ada spa muslimah ni .. lawa tempat dia , tenang je
Syok spa muslimah sbb rasa lebih selesa
tu diaaaaa me time mama hehehhe bestnyaaa
Sesekali dpt me time camni mmg best
Wahhh dah ada spa konsep muslimah, menarik!
Yup, lagi selesa
syoknyaaa…haishh bab manjakan diri ni la best
Sesekali manjakan diri ni hilang stress Nad