Salam dears… Kalau korang follow Instagram dan Facebook Mama, mungkin korang perasan Mama post gambar overnight oats kan? Haa ramai plak lah yang tanya, apa resepi overnight oats tu? Nampak sedap sangat katanya. Well, memang sedap hokey! Sekali bukak, habis sebekas terus di ngap! Hehehe. So…meh laa Mama nak share kan resepi yang mudah, sedap dan berkhasiat ni…

Overnight oats yang sedap dan berkhasiat
Resepi Overnight Oats Sedap dan Berkhasiat
Bahan-bahan:
1 sudu besar ‘ESP Soy Protein Isolate Powder‘ yang dibancuh dengan 25ml air (guna shaker atau blender)
1 cawan oats
1 cawan bijirin Granola
1 sudu besar kacang tanah (atau apa apa jenis kacang yang korang suka)
1 sudu besar kacang almonds
1 sudu teh chia seeds
1 sudu teh kismis
Buah anggur dan mangga segar – dipotong kecil / kiub

Bahan-bahan overnight oats
Cara-cara:
– Masukkan bahan selapis demi selapis (layer by layer)
– Mulakan dengan memasukkan oats, bijirin Granola dan kismis
– Masukkan ESP yang telah dibancuh (agak agak sama paras dengan bahan yang dah dimasukkan tadi)
– Lepas tu masukkan pula kacang dan almond, diikuti dengan buah anggur dan mangga
– Taburkan chia seeds
– Tutup bekas dan simpan didalam peti ais selama semalaman

Tuang ESP tu setakat tenggelam oats, Granola dan kismis je. Pastu baru masukkan buah-buahan dan kacang, supaya buah dan kacang tak lembik.

Mak mak budak yang teruja sebab first time buat overnight oats ni hehehe
Overnight Oats Bertambah Enak Dengan ESP Shaklee
Sebelum ni Mama pernah lah makan overnight oats, tapi macam tak berapa kena dengan tekak. Rasa kembang semacam camna ntah. Errr aii memang tak berapa gemar oats, agaknya sebab tu lah susah skit nak telan huhu.
Tapikan, yang overnight oats guna ESP Shaklee ni…ehh sedap laa pula. Sekali hadap, habis sebekas tu tau! Hmm mungkin kah rasa lemak lemak soya ESP tu yang menjadikan overnight oats ni bertambah enak? Entah lah…tapi yang pasti, Mama nak buat lagi overnight oats ni!

Sedappp!
Errr…tapi aii kena pergi beli oats dan bahan bahan lain dulu lah ni. Yayyy ada alasan nak pergi shopping..ehh? Hehehe
Ohh yaa…ada banyak lagi resepi menarik menggunakan ESP ni, boleh tengok kat website Shaklee yer.
Selamat mencuba 🙂
15,916 total views, 2 views today






nak cubalah jugak buat OO pakai ESP …selalu pakai susu strawberry sebab nak bagi ada rasa ….tapi tak bagus amalkan tu yg nak rasa nak jugak cuba dengan ESP …nampak sedap tapi masih berkhasiat …tq tq tq
Sila sila cuba 🙂
Belum pernah cuba overnigh oats. Tapi nampak Menyelerakan Nani punya tuu…
Haishh… Terpengaruh sudah
Nak pi cari bahan ngan ESP laaa
Cuba lah buat Nina, sedap!
Tq atas sumbangan resepi… Tengok gambar mcm sedap je… Ni yg kena cuba ni. Oats dok dlm cabinet tu tak usak2 mcm dah lama 😂
Sama sama 🙂
Nampak lazat, lemak dan berkrim..
Erk.. sebelum tu nakbtanya.. berapa harga ESP Shaklee ni?
Memang lazat! Sebotol besar tu RM170++ kalau tak silap
Sedap.. dulu pernah la buat. Tp mlsnye psl.. dh x buat dah..
jom rajinkan diri buat makanan sihat hehe
Menyelerakan nampaknya! Nak tryyyyyyyy.. Hihi
Sila sila hehe
Sedapnya. Thanks atas perkongsian.
Sama sama 🙂
ESP campur oats, memang mengenyangkan. Lagi best blend ESP dengan buahan (strawberry, oren, mangga dll) untuk rasa smooth ja 😀
A ahh buat camtu pun sedap kan
sedap nyer….
aida pernah cuba buat skali.
tu la skali 🙂 ha ha ha…
dgn strawberi.
buh strawberri pun sedap!
letak macam-macam ni kadang susah nak masuk tekak..hehee
Ni sedap Nad hehe