Salam dears… Cikgu sekolah si kembar ni Whatsapp suruh pergi ambil buku kat sekolah minggu ni. Siap gambar macam mana susunan buku dan aturan keluar masuk kelas semasa ambil buku nanti. Entah kenapa, bila dapat mesej Whatsapp tu, tiba tiba rasa sayu plak hati ni. Berbeza sungguh kehidupan tahun ni kan, anak anak tak ke sekolah macam biasa…

Tapi syukur diorang masih mampu belajar dari rumah. Syukur kami masih ada kemampuan untuk sediakan kemudahan internet, laptop etc. Cikgu cikgu diorang pun rajin hantar latihan untuk dibuat setiap hari. Walaupun tak sama macam ke sekolah, Alhamdulillah masih dapat menuntut ilmu.

Pada masa yang sama Mama terfikirkan nasib para pelajar yang mungkin tak ada kemudahan untuk belajar secara online. Tapi harapnya semua ada inisiatif sendiri untuk belajar juga. Boleh baca buku teks dan buat buku latihan pun ok gak. Bila tak ke sekolah, tak bermaksud tak belajar dan tak boleh jadi pandai. Menuntut ilmu ada pelbagai cara, kan?
Hmm si kembar ni walaupun kat rumah mainnya lebih daripada belajar…dan entah betul entah tidak latihan yang diorang buat tu hahaha (sebab Mama kerja tak sempat nak check semua). Tapi Mama cuba juga laa pantau setakat yang boleh.
Bagi Mama, kalau masuk ilmu walau sedikit pun Mama ok dah, asalkan ada juga belajar kannn? 😉
4,413 total views, 2 views today





Sedih kan.. anak dah berapa kali ulang tanya.. bila sekolah nak bukak.
Sian…dia rindu kawan kawan gak tu.
Anak2 saya pun dok ulang hari2 tanya bila boleh pergi sekolah. Dah bosan sangat duduk rumah. ni. kesian tengok.
Tu lah tu…moga cepat laa keadaan kembali macam biasa kan
Saya sendiri pun akui rasa tak mampu nak ajar sebagaimana cikgu2 mengajar huhu
Sama laa…rasa tak punya kepakaran & kesabaran macam cikgu cikgu
Samalah… Dok tanya bila nak ke sekolah,
dok tenung kasut sekolah. Ya, main-main belajar kat rumah tapi dapat masuk sikit oun jadi laaaa
Nina Mirza recently posted…Meroyan weyhhh..!! Drama 7 HARI MENCINTAIKU 2 TV3 (2020) HAhaaa
Takpa…minggu depan nak sekolah dah, Alhamdulillah