Salam dears… “Uishh…cantik cantiknya manusia!”. Itu yang terlintas dihati Mama saat melangkah keluar dari lif semasa hadiri majlis “Obsess Makeup Party” baru-baru ni. Mana tak nya, yang hadir tu kebanyakannya ialah ejen Obsess Cosmetics, tentulah solekan diorang semua ‘on point’ kan…cantik!
Ditambah plak dengan pakaian masing masing yang mengikut tema putih, buat semua nampak lagi berseri seri. Dekorasi lokasi majlis pun sangat lah cantik, memang Mama rasa teruja dan bertuah dapat hadiri Obsess Makeup Party tu.

Ohh yaa…majlis tu telah diadakan untuk meraikan para ejen Obsess Cosmetics dan juga untuk merasmikan packaging baru Obsess Cushion Foundation, salah satu ‘hot item’ Obsess Cosmetics ni. Meh laa Mama kongsikan sikit gambar-gambar semasa Makeup Party…










Yang lagi bestnya, Mama dapat Obsess Cosmetics Make Up Box yang ada enam produk iaitu Cushion Foundation, Loose Powder, Mascara, Eye Brow Refiner, Matte Lipstick dan Makeup Remover. Balik tu happy ja nak main mekap mekap, yahoooo! Hehehe

Obsess Cosmetics Treatment Cushion Foundation SPF50
Obsess Cosmetics Treatment Cushion Foundation ni lah salah satu benda yang Mama teruja sangat nak cuba sebab ramai kawan-kawan kata bagus. Dan bila dah cuba…hmmm no wonder lah Cushion Foundation ni jadi ‘best seller’ Obsess Cosmetics sebab memang best!

Cara nak pakai senang je, cepat dan mudah digunakan. Lepas dah pakai pelembap ngan sunscreen semua tu, boleh terus pakai Cushion Foundation ni. Dap dap gitu je dah cantik uollss hehe.
Iyer…pakai ni je dah buat Mama rasa kulit lebih berseri seri dah. Sebabnya Obsess Cosmetics Treatment Cushion Foundation adalah full coverage, pakai sikit je dah boleh cover jerawat dan cela di wajah.
Lepas tu, Mama rasa muka nampak glowing, tak berminyak, pori pori nampak lagi kecil, dan make-up tahan lama. Mama pakai dalam 7 ke 8 jam gitu, tak payah touch-up pun masih elok, tak jadi merekah atau ‘cakey’. Teksturnya pun ringan dan tak melekit. Memang nice sangat!
Obsess Cushion Foundation ni ada dua kod warna iaitu Light dan Medium. Kod Light sesuai untuk yang berkulit cerah dan sederhana cerah. Yang kod Medium plak sesuai untuk mereka yang berkulit sawo matang dan hitam manis.



Ohh yaaa… Obsess Cosmetics Treatment Cushion Foundation ni bukan setakat menutup cela di wajah, tapi juga dapat membantu merawat kulit wajah sebab bahan utamanya ialah:
❤ Olive Squalane Oil :
- untuk melembutkan dan melicinkan kulit
- mengurangkan garis kedutan
- melindungi kulit daripada sinaran UV
❤ Geranium Oil
- dapat melegakan kesan pedih dan merah di kulit
- sangat bagus untuk kulit sensitif
- boleh melawan bakteria yang menyebabkan jerawat
❤ Bearberry
- estrak semulajadi untuk memutihkan kulit
- mengecutkan jerawat
- sangat bagus untuk hilangkan parut hitam

Too Smooth To Resist – Obsess Cosmetics Loose Powder
Lepas dah pakai Obsess Treatment Cushion Foundation tu, boleh guna Obsess Cosmetics Loose Powder plak sebab ia bertujuan untuk ‘lock’ foundation agar makeup tahan lebih lama dan juga mengawal minyak di muka.

Mama baca kat Facebook Obsess Cosmetics kata selalunya loose powder akan jadi matte finishing tapi loose powder brand Obsess ni ada sikit glow yang membuatkan makeup nampak lebih berseri-seri.

Obsess Cosmetics Loose Powder ni ada satu kod warna je iaitu Translucent. Walaupun bedaknya putih, tapi jangan risau sebab ianya akan blend ikut tona kulit korang. Teksturnya plak halus dan gebu je, senang nak ratakan keseluruh muka. Pakai sikit pun dah cukup.
Chocolate Paste Insanely Long Mascara
First time Mama tengok mascara dalam bentuk tiub camni tau. Pastu kan masa mula mula buka Chocolate Paste Mascara ni Mama rasa macam nak makan jer, sebab memang wangi bau coklat! Nasib baik lah tau itu mascara untuk pakai kat bulu mata, bukan untuk makan macam Choki Choki tu hehehe.



Yang bestnya Chocolate Paste Mascara Obsess Cosmetics ni ialah ia dapat melebatkan bulu mata, memanjangkan dan melentikkan bulu mata. Maskaranya juga adalah smudge-proof, tak menghitamkan bawah mata, mesra wudhu dan senang dibersihkan. Guna air je dah boleh tanggalkan mascara ni. Mudah!
Mattely in Liquid Lipstick – Obsess Cosmetics Lipmatte
Okeh…ini lagi satu produk Obsess Cosmetics yang Mama saaangat suka! Mama sejenis yang jarang nak pakai lipmatte, sebab rasa macam susah nak apply, takut comot dan risau bibir jadi kering sebab nama ‘matte’ tu kan.

Sebelum ni Mama pernah cuba lipmatte brand lain tapi Mama tak suka sebab rasa tebal dan melekit camna ntah. Pastu tak tahan lama dan warna cepat hilang. Sejak tu, Mama dah tak gemar nak cuba lipmatte.
Itu yang Mama rasa agak surprised bila pakai lipmatte Obsess Cosmetics ni, sebab warnanya tahan lama. Mama dah makan minum macam macam pun tak comot dan warna masih ada…memang best giler lah! Hehe

Warnanya pun lawa lawa belaka. Ada 7 pilihan untuk lipmatte Edisi Raya – Dodol, Sirap, Bandung, Bunga, Katira, Carrot dan Ribena. Namanya pun cute je kan? hehe

Bibir pun tak rasa kering. Rasa ringan dan selesa ja pakai lipmatte Obsess ni. Mungkin sebab kandungannya ada Minyak Argan dan Vitamin E. Minyak Argan membantu meningkatkan cell-production, menyihatkan bibir dan merawat bibir secara semula jadi. Vitamin E plak membantu melindungi bibir sepanjang hari dan mengubati bibir yang pecah-pecah akibat kering.
Brow Definer – Triangular Brow Pencil
Obsess Cosmetics Brow Definer ni berbentuk triangular dan ada satu kod warna saja iaitu Dark Brown. Tapi InsyaAllah sesuai untuk semua orang pakai.



Eyebrow Definer ni ada dual-end. Disatu hujung ada pencilnya, dan lagi satu hujung ada brush. Jadi akan memudahkan untuk nak blend dan membantu membentuk kening dengan lebih cantik lagi.
Make Up Melt Away – Make Up Remover
Bila dah pakai make up, mesti nak kena cuci muka sebersih bersihnya kan. Jadi guna lah Make Up Remover Obsess Cosmetics ni, ianya boleh tanggalkan waterproof makeup dan tak mengeringkan kulit.

Menariknya Makeup Remover Obsess ni ada ekstrak Centella Asiatica iaitu Pegaga, jadi boleh merawat kulit sensitif juga. Baunya wangi tau, bau fruity gitu. Botolnya plak bersaiz kecil dan travel friendly, senang boleh selit dalam handbag bawa kemana mana.
I’m Obsessed with Obsess Cosmetics!
Lepas dah cuba, Mama boleh katakan yang Mama memang dah jatuh cinta dengan produk Obsess Cosmetics ni. Adakah Mama akan beli dan terus gunakannya? Yes, InsyaAllah. Sebab bagi Mama, harganya berpatutan untuk produk yang berkualiti camtu.
Terutama sekali Treatment Cushion Foundation, Loose Powder dan Lipmatte tu. Kalau boleh, Mama nak cuba semua warna lipmatte yang ada. Aii is berkenan sangat sangat! hehehe.

Ohh yaa…tak perlu ragu ragu yer nak guna produk Obsess Cosmetics, sebab ianya telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). So apa kata korang cuba gak, mana lah tau kot kot korang pun akan obsessed dengan Obsess Cosmetics ni kannn… 😉
Maklumat lanjut:
Website: Obsess Cosmetics
Facebook: Obsess Cosmetics Malaysia
Instagram: @Obsess.Cosmetics
5,786 total views, 1 views today










Betul2 cantik.. nak juga whole set. Besnyaaaa
YB Shehan recently posted…myFreeview – SIARAN TV BERALIH DARI ANALOG KEPADA DIGITAL
Tak rugi beli ni Shehan, best!
hai… wawa sini agent obsess cosmetics… jom dapatkan product obsess cosmetics dgn wawa😉 bole visit IG @wawa.obsess.cosmetics atau COD area selangor
Jahatnya kamu!
Camner ni….?? Ai dah terjatuh cinta nak try cushion foundation Obsess!
You punya pasal laaaa ni, lipmate tu pun ai teruja nak pi order. Nak order Bandung gak
Cantik tul kaler dia tuh..!!
Nina Mirza recently posted…Antara Aku , Nasi Lemak McD dan Mekdi
Order jangan tak order hehehe
hai… wawa sini agent obsess cosmetics… jom dapatkan product obsess cosmetics dgn wawa😉 bole visit IG @wawa.obsess.cosmetics atau COD area selangor
packaging lawa , paling penting sebab tengok orang tak biasa mekap pun kata senang nak apply so ai akan cuba juga….kebetulan eyecrow cekelat ai pun nak habis nihh ….
Saidila Rahman recently posted…TIPS SIHAT SEMASA TRAVEL: AMALKAN JOINT WELLNESS DAN BOWEL WELLNESS DARI HIMALAYA SEBELUM TRAVEL
Haaa sila sila lah cuba, mmg best guna Obsess ni tau
hai… wawa sini agent obsess cosmetics… jom dapatkan product obsess cosmetics dgn wawa😉 bole visit IG @wawa.obsess.cosmetics atau COD area selangor
Best lah … Nak cuba kosmetik Obsess juga
Nia lutfia recently posted…√ Cara Ampuh Meluruskan Rambut dengan Bedak Bayi
Cubalah, best guna
hai… wawa sini agent obsess cosmetics… jom dapatkan product obsess cosmetics dgn wawa😉 bole visit IG @wawa.obsess.cosmetics atau COD area selangor
Great review!
Obsess Cosmetics look really fun! The liquid lipstick and the chocolate paste mascara looks great – I love the packaging, and the color payoff is great. Hope they sell to my country, thanks a lot for the review! 🙂
Laura recently posted…Tanning Tips | Rethink EVERYTHING You Know About Sunscreen
Yup, it’s really good 🙂