Salam dears… Baru-baru ni Mama bercuti ke Singapore. Sebelum pergi tu Mama dok fikir gak nak guna makeup apa kat sana nanti? Opkos lah nak nampak gojes dalam gambar semua kan hehe. Jadi nak mekap tahan lama dan tak perlu touch-up banyak kali. Dan ada kawan Mama cadangkan cuba mekap daripada ZV Beauty Collection sebab ianya bebas paraben dan cruelty-free.
ZV Beauty Collection: Mekap Tahan Lama dan Sesuai Untuk Travel
Sebenarnya Mama tak pernah guna pun alat solek dari ZV Beauty Collection (ZVBC) ni. Tapi setelah seharian berpanas berpeluh jalan sana sini masa travel kat Singapore tu, Mama boleh katakan I’m now a ZVBC fan!

Yup, puas hati guna sebab mekap aii tahan lama dan maintain ja wehhh! Bila rasa muka berpeluh tu just dab dab ngan tisu hilangkan peluh, tapi mekap masih cun gitteww. Ewahhh terperasan cun laa plak hahahaha.
Walau pun cuaca panaih lit lit, tapi mekap tak cayaq lah orang kata…tak payah nak dok ulang touch-up berkali kali. Foundation tak nampak crack atau bercapuk pun tau. Memang senang dan best! π
ZV Beauty Precision Collection
Okeh…ada empat produk ZVBC yang Mama dah guna daripada Precision Collection iaitu Precision Face Base Primer, Precision Treatment Foundation, Precision Loose Powder dan Precision Eyeshadow.

Precision Face Base Primer
Lepas dah pakai my normal skincare, Mama pakai Precision Face Base Primer ni sebagai base untuk melembabkan dan menghaluskan kulit sebelum apply foundation. Jadi foundation akan tahan lebih lama.

Bila pakai Primer ZV Beauty Collection ni, akan nampak efek glitter dan glowing sebab ada gold flakes. Primer ni juga mengandungi Argan Oil dan Marula Oil. Jadi bagus untuk kulit.
Precision Treatment Foundation
Lepas primer, pakai Precision Treatment Foundation plak. Mama paaaling suka dengan foundation ni! Rasa ringan ja, tak berminyak, tak melekit dan tak crack pun sepanjang hari.
Foundation ni ada 3 kod ikut kesesuain tona kulit – Light, Medium & Dark. Mama guna yang Light. Nak apply pun senang, Mama tenyeh ngan jari ja ke seluruh muka pun tetap nampak smooth tak bercapuk tau. Nampak helok jer hehehe.

Bagusnya foundation ni ada SPF35, mengandungi Argan Oil dan Marula Oil juga. Provide medium to full coverage. Nak full cover tepek lah lebih skit. Tapi Mama pakai 1 pump ja dah cukup nice dah. Sebab lepas tu cover ngan loose powder gak kan.
Precision Loose Powder
Lepas dah pakai foundation, Mama tepek plak Precision Loose Powder untuk nampak lebih gebu. Yang ni pun best, aii like!
Sebab teksturnya halus soft and smooth ja, senang nak apply. Warna translucent jadi sesuai dengan semua tona kulit. Bau loose powder ni pun wangi, syok ja bila tepek kat muka.


Packagingnya pun aii like, sebab size kecil kompak sesuai bawa travel. Siap ada cermin lagi, senang nak tepek bedak untuk maintain cun kannn π
Precision Eyeshadow
Ohh yaa..kat mata Mama calit sikit Precision Eyeshadow. Mama jarang pakai eyeshadow tapi yang ni Mama suka sebab warnanya yang versatile, senang nak match ngan apa apa kaler tudung atau baju.


Tudung senget don’t care! Tetap konfiden nak bergambar sepanjang travel ke Singapore baru baru ni sebab tau mekap ZVBC yang di pakai tetap maintain walaupun dah lewat petang π
Hmm harapnya in lepas ni ZV Beauty Collection akan keluarkan lipstick / lipmatte, eyeliner dan blusher juga lah. Bagi lengkap full set mekap mesti lagi syiokkk kan ππ
Ehh kalau korang nak dapatkan produk ZV Beauty Collection ni gak, sila skodeng kat IG, FB atau website diorang seperti dibawah ni. Give it a try, mana tau sesuai ngan kulit korang gak kan π

Website: https://zvbc.my/
Facebook: ZV Beauty Collection
Instagram: ZV Beauty Collection
3,920 total views, 1 views today





Yessszaaa…!! Samalah kita
Memang best pakai set ZV beauty ni. Nina pun pakai dan memang yes! Makeup tak crack dan tahan lama
Nina Mirza recently posted…Makeup Nina kekal lama masa travel sebab pakai β¦
Kannn…suka sangat
bgsnya primer tu ada effect blink2 dah tak perlua spray2.pakai tu jer kan…nak beli lah nanti zv beauty ni memikat hati betul
Memang memikat hati, suka!
suka tau guna …baru feeling beauty …kalau tak mekap pun macam abang2 jer …primer dia ngan pondesen best …paatu loose poder dia pun …eyeshadow dia ai buat shading ngan highlighter …ehh pendek kata semua best
saidila@kaklong recently posted…ONE DAY TRIP KE SINGAPORE BEST TAK ?
TU lah kann hehe
Ku dah jatuh cinta.. Seriussss
Ku jua hehe
Yeeeayyh, dah prnah pakai.. memang best lah ..
Dita Vera recently posted…β 9+ Produk Garnier untuk Memutihkan Wajah
Kannn..best!
ni pengaruh suh beli la ni..terus laju2 terjah website zv tau…ish..mama ni…pengaruh sangat tau..hehe
Hahaha sila sila beli π
dah try kak dila punya,best foundationnya….
Kannn…ni dok pakai tiap hari rasa kulit pun makin lembut ja
baca komen semua cakap best ni..nanti boleh try
Try la, mmg best!