Salam dears… Kalau bab make up, Mama tak ambil kisah sangat. Tapi bab penjagaan kulit wajah..haaa itu Mama memang ambil peduli sebab nak kulit yang cantik natural gitu. Sekarang ni, Mama dah mula gunakan produk untuk double cleansing bagi membersihkan wajah. Dan Mama suka! Jadi kenalah cerita kat korang gak kan hehehe
Korang biasa dengar tak pasal ni? Mama pun baru ja tahu pasal double cleansing. Sebelum ni Mama sekadar cuci muka guna cleanser atau sabun pembersih wajah biasa saja. Rupa rupanya, ada lagi satu langkah yang boleh dibuat untuk pastikan kulit wajah lebih bersih sebersih bersihnya!

Apa Itu Double Cleansing?
Daripada apa yang Mama faham, double cleansing ni ialah mencuci muka sebanyak dua kali menggunakan dua jenis pembersih muka yang berbeza.
Mula mula cuci muka menggunakan pembersih berasaskan minyak (oil based) dan kali kedua barulah guna cleanser yang biasa tu (water based).
Kenapa Perlu Double Cleansing?
Konsep double cleansing ni senang ja – oil attracts oil based impurities and water attracts water based impurities.
Sebab minyak dan air kan tak boleh bercampur, jadi kalau kita hanya gunakan water based cleanser saja tak cukup untuk membersihkan kulit daripada semua jenis kotoran.
Kalau kulit wajah tak betul betul bersih, kang pori tersumbat senanglah naik jerawat, whiteheads, blackheads segala benda tu.
Jadi gunalah pencuci berasaskan minyak untuk bersihkan segala kotoran yang oil based macam makeup, foundation dan sunscreen. Pembersih muka yang biasa (water based) tu pula untuk bersihkan kotoran macam debu dan peluh.
Produk Untuk Double Cleansing
Ada macam macam produk untuk double cleansing di pasaran. Lepas survey kat internet ni, Mama pilih untuk guna Biore Cleansing Oil Makeup Remover.

Mama pilih ni sebab baca review kata ok, harganya tak mahal (dalam RM20++) dan senang boleh beli kat farmasi macam Guardian dan Watsons tu.
Cara Buat Double Cleansing
Alaaa senang ja, mula mula cucilah muka guna oil cleanser tanpa air. Sapu kan pada kulit wajah yang kering (tak basah ngan air dulu lah maksudnya) dan gosok gosok seluruh muka dalam 10-15 saat gitu pastu bilaslah dengan air sampai hilang rasa berminyak tu.


Lepas dah bersihkan oil cleanser, guna plak cleanser yang korang biasa guna. Cuci dan bilas macam biasa. Dah siap, senang je kan?
Mama biasa buat double cleansing ni sekali ja sehari, pada waktu malam sebab nak bersihkan segala makeup yang pakai disiang hari. Alaa sunscreen, BB Cream, bedak segala tu kira makeup laa gak kan hehe.
Masa tidur malam bukannya pakai segala tu kan, jadi bangun pagi cuci muka cam biasa je tak perlu nak double cleansing.
Pengalaman Mama Amalkan Double Cleansing…
Mama pun baru dalam sebulan gitu ja amalkan double cleansing ni tapi Mama suka dengan hasilnya! Sebab kulit terasa lebih bersih dengan cara ni. Tak tahu macam mana nak terangkan, tapi rasa kulit lebih ‘ringan’ dan cerah.
Dan juga Mama rasa segala toner, serum, lotion semua tu lebih cepat menyerap. Yang pasti, I love how my skin feels now 😊
Korang plak macam mana, biasa buat tak? Apa produk untuk double cleansing yang korang guna? Cer cerita skit…sharing is caring kan 😉
4,734 total views, 1 views today





Ya saya menggunakan produk ini dan sangat berkesan, Baru-baru ini saya membaca blog terakhir anda yang juga pada keindahan jadi selepas itu saya telah mengubah produk kecantikan saya dalam bimbingan dengan anda.Terima kasih banyak – banyak.
Kita pun hari² buat double cleansing ni sbb seharian masa bekerja dah pakai makeup.
Rasa lebih bersih kan buat ni
Nak try gak pasni. Selalu cuci muka pakai micellar, pastu cleanser biasa jer …
Nak gak muda dari usia 🙂
Nina Mirza recently posted…Suka laaaa SURYA S GREAT GRAIN ni sebab …
Try laa 😊
Posting yang sangat informatif tentang Kulit. Kita harus merawat kulit kita untuk makan buah dan sayuran alami. Terima kasih telah berbagi dengan kami.
Ya betul, buah buahan pun bagus untuk kulit.