Salam dears… Sejak umur makin meningkat ni, Mama semakin ambil peduli tentang penjagaan kulit wajah. Kalau boleh, nak laa kulit nampak ‘muda’ walaupun umur dah senior hahaha. Dan salah satu rutin Mama sekarang ialah pakai facial sheet mask.
Masa mula mula dulu, Mama tak tahu cara yang betul untuk pakai sheet mask. Sebab tengok orang pakai, Mama pun nak pakai. Ingatkan lepas cuci muka, boleh terus tepek sheet mask.
Lepas tanggalkan sheet mask tu plak, Mama pergi bilas muka sebab ada banyak lebihan essence kat muka rasa melekit…rupa rupanya itu bukan caranya! Adehhh noob sungguh laa masa tu hahaha

Macam Mana Cara Yang Betul Untuk Pakai Sheet Mask?
Bagi orang yang selalu ambil peduli tentang kecantikan dan skincare, mesti dah tahu caranya kan. Tapi mana tau kot kot ada yang noob macam Mama, so ni Mama nak kongsikan lah apa yang Mama tahu tentang cara yang betul untuk pakai sheet mask berdasarkan soalan yang Mama sendiri wondering dulu…
Kenapa ada banyak jenis sheet mask dengan bahan yang berbeza?
Lain sheet mask lain fungsinya bergantung kepada apa bahan / ingredients. Ada yang untuk hydrating, anti-penuaan, mencerahkan, menyegarkan, soothing, mengawal jerawat, etc etc.
Macam Mama, selalu tukar tukar jenis yang dipakai. Kalau hari tu muka rasa kering, Mama pakai yang moisturizing contohnya Innisfree My Real Squeeze Mask Bamboo. Kalau masa tu muka tengah ada jerawat, Mama pakai yang green tea.

So bila nak memilih sheet mask tu baca dulu apa fungsi dan bahan mask tu pastu pilihlah ikut kesesuaian dan kehendak korang.
Perlu ke cuci muka sebelum pakai sheet mask?
Yup, opkos laa perlu bersihkan dulu kulit tu untuk tanggalkan segala makeup dan kotoran sebelum pakai sheet mask. Mama buat double cleansing dulu sebelum pakai.
Perlu ke pakai toner sebelum sheet mask?
Dulu masa mula mula amalkan sheet mask, Mama ingat boleh skip toner. Rupa rupanya tak! Lepas cuci muka, pakailah toner dulu lepas tu barulah sheet mask.
Lagi bagus ikut step pakai toner -> serum -> sheet mask. Sebab ini akan sediakan kulit untuk serap essence yang ada di sheet mask dengan lebih baik.

Berapa lama boleh biarkan sheet mask tu kat muka?
Baca arahan kat bungkusan sheet mask tu. Tapi biasanya dalam 10-20 minit lah. Jangan pakai lama sangat sampai mask tu kering kat muka. Pastikan masa tanggal sheet mask masih rasa lembap. Sebab bila kering, nanti sheet mask tu serap balik segala moisture dari kulit wajah korang dan end up kulit jadi kering!

Perlu ke cuci muka lepas pakai sheet mask?
Nooo! Jangan basuh muka lepas dah pakai sheet mask, tapi biarkan je lebihan essence tu sambil urut lembut dan tepuk tepuk manja bagi menyerap sepenuhnya ke dalam kulit muka. Urut sampai ke leher gak kalau rasa essence tu masih banyak.
Ni lah satu kesalahan yang Mama buat masa mula mula pakai sheet mask dulu. Kan lepas dah tanggalkan, muka masih ada sisa essence dan rasa sedikit melekit. Masa tu, Mama pergi bilas muka dengan air! Rugiii!
Perlu ke pakai pelembap atau moisturiser lepas pakai sheet mask?
Yes, sebaiknya lepas essence dari sheet mask dah fully absorb, sapulah moisturiser plak ke muka. Sebab ia membantu untuk ‘lock’ segala essence dan kelembapan yang dapat dari sheet mask tu.
Bila nak pakai sheet mask?
Pagi boleh, malam pun boleh. Ada yang kata bila pakai pagi sebelum makeup, nanti makeup akan nampak lebih cantik dan long lasting. Tapi Mama biasanya pakai malam sebelum tidur sebab pagi selalu rushing bersiap nak pergi kerja kan. Pakai malam leh releks releks ja.
Walaupun kadang tak releks pun sebab sambil pakai sheet mask sambil dok iron baju hahahaha. Well…mak mak biasa lah multitasking nak jimat masa kannn
Berapa kerap boleh pakai sheet mask?
Bergantung pada jenis kulit. Nak hari hari pun boleh kalau kulit normal atau kombinasi. Mama biasanya pakai sekurang kurangnya 2 atau 3 kali seminggu.
Tapi kalau kulit jenis berminyak atau berjerawat, tak sesuai pakai setiap hari sebab katanya masa pakai sheet mask boleh meningkatkan suhu kulit dari purata 89.6 hingga 98.6 darjah. Peningkatan suhu ni boleh meningkatkan jumlah bakteria pada permukaan kulit, menyebabkan jerawat. Lagi pun bahan-bahan tertentu dalam sesetengah mask (seperti telur atau minyak kelapa) mungkin juga menyumbat liang-liang diwajah (sumber).
Boleh pakai dua dua belah ke?
Sheet mask kan double sided, tak dak tulis mana depan, mana belakang. Yang ada cuma lubang untuk mata, hidung dan mulut ja supaya tak terbalik pakai atas ke bawah hehe.
Jadi nak pakai belah mana pun boleh. Malah ada yang cadangkan masa tengah pakai sheet mask tu elok terbalikkan dan pakai lagi sebelah pula supaya fully utilize semua essence yang ada pada mask tu.
Boleh ke ulang pakai semula sheet mask yang dah digunakan?
No, sekali pakai pastu buang lah. Jangan recycle pakai lagi dah.
Fuhhh dah panjang berjela plak Mama cerita ni kan, acah acah beauty blogger plak padahal diri sendiri noob bab bab beauty ni hahahaha. Tapi hopefully infor yang Mama share ni berguna lah untuk yang baru nak berjinak jinak pakai face sheet mask ye.
Kalau korang ada infor atau tips lain tentang cara yang betul untuk pakai sheet mask, kongsi kongsi kan lah kat komen tu. Jom ler kita cantik bersama sama hehehe π
33,002 total views, 37 views today
Suka gak pakai sheet mask ni… Tapi selalunya agak mahal. Sheet mask berbanding clay mask. So biasa pakai clay mask jer. Huhuu…
Pasni nak pakai sheet mask more more more …
Nak kulit muka muda gak dari usia. π
Nina Mirza recently posted…Suka laaaa SURYA S GREAT GRAIN ni sebab β¦
A ahh ada sheet mask yg mahal. I selalu beli kat shopee ja, beli banyak leh dpt free shipping jadi lah dlm RM2-3 sekeping.
Boleh ke lepas pkai clay mask thenpakai sheet mask
Ini Mama tak pasti plak, tapi rasanya better pakai salah satu je pada satu satu masa.
boleh je awak bilas dlu claymask tu lps tu pakai sheet mask and lps apply sheet mask tu takyah bilas dah trus pakai mosturaizer ke apa ke
selalunya memang tak pernah cuci lepas pakai sheet mask. tapi kekerapan untuk pakai sheet mask tu memang sangat jarang…
Haa bagus tak cuci, tak macam Mama masa memula pakai dulu tak tahu pergi cuci pulak hehe
Suka sheet mask skrg nih.. tq tips kak
Sama laa..now prefer sheet mask dr mask jenis lain.
SubhanAllah saya buat macam mama awal pakai sheet mask. salah rupanya, sambil baca sambil mulut kata ooo hihi
Terima kasih kongsi π
Ani Haryani recently posted…Promosi Shaklee June 2019
Sama sama π
waaaaaaa noob jugak baru tahu ni hheheheh kalau tk main hentam je tq mama….kita tak pandai bab beauty2 ni huhuuu
Hehee sama masa baru start pakai dulu, main hentam ja π
Oo..kita main hentam juga pakai mask ni. Thanks for tips ni ye
Ciktie recently posted…Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad
Sama sama π
boleh ke pakai skincare dulu baru pakai mask
cth:toner pastu night cream baru pakai mask
Yang pernah baca if nak pakai toner dulu ok, sebab toner membantu prepare kulit untuk terima essence dari sheet mask tu. Tapi krim pakai selepas mask.
Tq info
Wow thank you for the thorough and honest review. It was very helpful and informative. This is my first time reading your reviews and will continue to read more.
Terima kasih sebab kongsi ilmu yg bermanfaat…maaf sy nk tnya lpas buka sheet tu kan xblh bsuh dlu kan..ok brapa lama ya kena tunggu baru blh bsuh ??? Terima kasih mama…π
Mama biasa kalau pakai sheet mask malam sblm tidur, lepas buka sheet tu esok pagi baru basuh muka.
Ok mama…thanks lpas nie blhla buat mcm nie….
Sama sama π
Makaseh tips Nye…hampir nak cuci muka lak lepas guna sheet maskπ nasib baik terbaca tips mama dulu..tq sangatΒ²π
Sama sama π
Tq mama info yg sgt bermanfaat…sy baru pakai sheet mask…lps 25 min buang…lps tu xtahu nk basuh ke tidak…terus sy google terbacalah tip ini…tq byk2 mama
Sama sama π
Malam ni baru try pakai sheet mask. Mmg tak biasa pakai tu yg tercari2 cara guna kt google ni. Alhamdulillah dpt info ni. So xyah la cuci lg..tdo dulu.
Cuma tak sapu toner je td sblm pakai mask.
Takpe2.. 1st trial.
So kena ada toner sblm mask dan moisturiser slps cabut mask.
Okay mama tqvm.. sgt2 membantu yg baru bljr nk pakai sheet maskπ
Luv u mamaβ€οΈ
Alhamdulillah Mama seronok bila dapat berkongsi serba sedikit apa yang tahu π