Salam dears… Ni nak sambung kisah BFF trip Mama bercuti naik bas ke Cameron Highlands. Selain daripada nak nikmati cuaca sejuk kat sana, tentulah kitorang nak jalan jalan ke tempat menarik di Cameron Highlands tu juga kan.
Tapi dalam banyak banyak tarikan kat sana, hanya beberapa tempat ja yang kitorang aim nak pergi – nak makan Nasi Lemak Sambal Strawberry di 200 Seeds Cafe by Abang Strawberry, aiskrim lavender di Cameron Lavender Garden dan ladang teh. Dan juga nak makan scones dan beli coklat strawberry.
Haa itu ja lah benda yang kitorang ‘wajib’ buat kat Cameron Highlands. Kalau ada masa, baru selit selit tempat lain gak. Jadi, trip kitorang kali ni memang relek relek ja, tak rushing sebab tak banyak tempat kan.
Ok lah meh nak cerita pasal hari pertama kitorang bercuti di cameron Highlands…
Nasi Lemak Sambal Strawberry
Macam yang Mama cerita sebelum ni, bila sampai di stesen bas kat Tanah Rata tu kitorang ambil teksi ke Kampung Taman Sedia. Sebabnya nak pergi makan Nasi Lemak Sambal Strawberry, yahooo!
Iyer…ntah berapa lama dah Mama dok usha gambar gambar nasi lemak pink tu sambil wondering macam mana lah rasanya nya eh? So opkos laa bila sampai je Cameron Highlands terus nak pergi lunch kat restoran 200 Seeds Cafe by Abang Strawberry tu.

Luas dan selesa je dalam 200 Seeds Cafe by Abang Strawberry ni.
Puas hati? Sangat! Nasinya tu rasa macam nasi lemak biasa ja, tapi ayam goreng crunchy tu sedap! Memang rangup dan cukup rasa. Dan yang paling best ialah Sambal Strawberry Ikan Masin tu, cukup pedas dan terasa ketul ketul ikan masinnya..fuhhh terangkat!

Nasi Lemak Sambal Strawberry di 200 Seeds Cafe by Abang Strawberry ni sedap!
Harga pun bagi Mama berpatutan, RM9.90 sepinggan. Portion cukup besar, kenyang makan. Untuk minuman plak, Mama order air Chocolate Strawberry..pun sedap. Lemak berkrim, manis manis wangi strawberry, yummy! Harga RM3.80 ja segelas, ok la harga biasa biasa ja.
Cuma satu benda Mama rasa rugi masa Mama pergi tu ialah tak tau yang sambal strawberry tu ada dijual kat situ juga. Sebab kitorang memang duduk makan je, tak masuk tengok strawberry semua dan tak tahu ada kedai gak kat situ. Kalau tahu, memang aii dah borong berbotol botol dah bawa balik KL hehe
‘Main hujan’ di Cameron Highlands
Ok…part ni belum cerita Mama dah rasa nak gelak, mengenangkan betapa ‘pandainya’ diri sendiri hahaha.
Camni, masa pergi makan Nasi Lemak Sambal Strawberry tu kitorang naik teksi. Tapi balik nak jalan kaki je. Kata trip backpacking ngan nak jimat kannn hehe.
Lepas makan tu kitorang singgah solat jap kat surau yang ada dekat ngan 200 Seeds Cafe tu. Haa kalau korang mai sini, apa kata buat cam kitorang gak? Datang makan pastu solat kat situ. Nanti senang dah tak yah risau nak pergi jalan ke mana mana dah pun kan.

Surau ni dekat dengan 200 Seeds Cafe by Abang Strawberry.
Ehh sambung cerita, lepas solat kitorang pun start lah menapak nak balik ke Tanah Rata. Tapi..baru suku jalan, dah start hujan!
Mula mula hujan renyai ja so ok lah jom redah gak. Tarik hoodie tutup kepala dan jalan je. Tapi makin lama makin lebat, Tanah Rata jauh gak lagi, camna ni?? Tak kan nak redah gak, basah lencun lah kang, dah laa baju pun bawak cukup cukup je ni.

Masa ni dah mula hujan renyai renyai, tapi sempat lagi singgah posing hehe
So bila nampak je ada kawasan kedai kitorang pun singgah. Pastu fikir, nak lepak situ tunggu hujan reda ka nak beli payung? Lepak situ kang buang masa plak, sebab tak tau berapa lama lagi baru hujan nak reda. Maka kitorang decide beli payung dan redah je lah hujan.
Yang kelakarnya, sanggup menapak tu sebab nak jimat duitlah kononnya. Tapi bila beli payung, melayang lah RM10 seorang. Dua orang dah RM20.
Tadi pergi naik teksi RM10, bila campur ngan payung…total dah RM30. Padahal kalau tempah teksi sejam untuk pergi balik baru RM25 dan leh jimat masa gak. So tang celah mana jimatnya kitorang menapak ni? Hahaha
Lagi satu sebenarnya kat dalam beg dah bawa baju hujan yang disposable tu, tapi masing masing malas nak keluarkan sebab leceh nanti nak simpan balik payah nak lipat, basah basah bla bla bla sampai sanggup beli payung.
So end up tak jimat pun kitorang jalan kaki time tu. Adoii bijak, bijak! *tepuk dahi*
Kedai Teh Bharat @ Cameron Valley
Bila dah sampai ke Tanah Rata, kitorang decide nak mencari kedai Teh Bharat. Sebabnya anak kawan Mama tu suka minum teh, nak cari perisa yang special special katanya. Kalau ikutkan, kedai Teh Bharat tu tutup pukul 5 petang, dan masa tu dah pukul 5 pun.
Tapi kitorang pergi gak, nasib kitorang baik…salesgirl nya masih ada dan sanggup buka kedai untuk layan kitorang berdua ja. Terbaik lah! Dah laa friendly sangat orang nya. Terlupa plak nak tanya nama, very nice Indian lady. Terima kasih lah ye sebab sudi melayan kitorang. Jasamu dikenang 🙂

Kedai teh Bharat Cameron Valley ni terletak di Tanah Rata

Pelbagai perisa, pilih lah yang mana suka,
Waffle Sedap Giler di Mr. Aisu, Brinchang
Dari stesen bas Tanah Rata, kitorang naik teksi ke Double Stars Hotel di Brinchang dan sampai hotel, lebih kurang pukul 6.30 petang kot. Dah check in semua, pakat blur nak pergi mana eh?
Nak keluar merayau, rasanya tempat lawatan semua dah nak tutup dah. Lagipun kitorang dah tempah pakej untuk jalan jalan esoknya.
So petang tu memang tak ada plan dan melepak dalam bilik je lah. Memandangkan ada wifi percuma, pakat layan FB ngan IG je lah sambil borak borak. Syok gak bila dapat lepak gitu, berborak santai tanpa gangguan hehe
Sambil sambil tu Google apa nak makan kat Brinchang. Salah satu tempat yang nampak menarik ialah Mr. Aisu. Review kata waffle ngan aiskrim sedap kat situ. Mama ni dengar aiskrim ja terus cerah biji mata, jom! Hehehe
So malam tu kitorang keluarlah jalan kaki ke kedai Mr. Aisu sambil berpandukan Google map jer. Nasib baik lah tak jauh, dalam 20 minit je jalan dari hotel.

Kedai Mr. Aisu ni terletak di Brinchang, Cameron Highlands
Sampai sana, dah pakat blur lagi…banyak pulak pilihan aiskrim nya, nak yang mana? Mula mula ingat nak share, tapi bila tengok banyak…ko pandang aku, aku pandang ko…no sharing! Hahaha

Macam macam perisa ada, naik rambang mata nak memilih
Nasib baik lah tak share, sebab sedap yang amat oiii! Aiskrimnya lemak berkrim, waffle plak tak terlalu manis dan rangup diluar lembut didalam. Ini memang waffle paling sedap yang Mama pernah rasa!
Mama pilih set Banana Delight – ada aiskrim perisa Baked Cheesecake, waffle, dan pisang tu harganya RM16.90. Kawan Mama plak pilih set Strawberry Lover yang aiskrim perisa Japan Houjicha, waffle dan strawberry, harga RM14.90. Mahal? Agak mahal gak lah. Berbaloi kah? Sangat!! Memang puas hati dan tak menyesal bayar harga tu.

Fuhh menggoda kan, kan?

Serius sedap giler waffle dan aiskrim di Mr. Aisu, dok teringat ingat ni wehhh

Sila order sorang satu waffle tu tau, kalau share nanti tak cukup hehe
Huishhh kecuq ayaq liuq lah bila teringat. Memang nak kena pergi Cameron Highlands lagi lah semata mata untuk makan waffle aiskrim kat Mr. Aisu ni. Nanti nak bawa si kembar plak, konpem diorang akan suka punya lah.
Lepas makan kat Mr. Aisu, malam masih muda. So kitorang jalan jalan kat area situ. Tapi Mama rasa malam kat Brinchang ni tak banyak benda sangat, sunyi ja. Mungkin sebab kitorang pergi hari Khamis kot, pasar malam Brincang hari Jumaat ngan Sabtu jer.
Yang nampak masa dok jalan tu ada laa sikit kedai jual cenderamata. Kitorang menyinggah laa juga kejap tengok tengok. Tapi tak beli apa pun sebab memikirkan datang naik bas je, so malas nak angkut banyak barang.

Kedai kedai ni jual cenderamata.

Comel kan? Tapi Mama tak beli pun sebab memikirkan nak usung naik bas payah.
Dah puas tengok tengok, gerak balik ke hotel. Tapi tak nak naik ke bilik lagi..so singgah kedai makan dekat hotel tu dan pekena mee bandung seround. Yup, keja makan je kitorang ni kan? Hahhahaa

Balik daripada makan waffle, sempat singgah makan lagi seround. Perut besar gini lah hahahha
Lepak kejap kat kedai makan tu, baru lah start rasa ngantuk. Jam pun dah dekat kul 11 malam. So oklah, jom balik bilik. Sampai bilik, bila baring baru terasa ehhh letih juga lah rupanya. Kejap jaa dah terlena Zzzz…
Esok paginya kena bangun awal, sebab pakej yang kitorang tempah tu start kul 8.30 pagi. Dan kisah esoknya…nanti lah next entry Mama sambung yer. Sebab gambar banyak. Tungguuu…
Hmm perginya 2 hari 1 malam jer, tapi cerita sampai 2 entry pun tak habis lagi. Teruk nau kan..bila semua benda pun nak tulis, gini lah jadinya hahahaha 😉
47,558 total views, 2 views today






wah.. cam bes.. trip ni kena repeat hahaahahah.. kta plak pi
Ok jom plan hehe
Paling suka pi Cameron Highlands, tak pernah bosan walau dah banyak kali pi.
Ni rasa nak pi lagi ni, best sejuk
Pakej tour tu mcm mana nak dpt ek?
Kitorang ambil pakej tu di kaunter Unititi Express kat terminal bas situ ja
Terima kasih bg tip n info. Simple,fun and straight to the point. Best baca..
Alhamdulillah. Terima kasih sudi baca 🙂
Assalam akak, bila nak sambung trip akak pergi cameron🥺 saya macam tertarik dengan akak punya cerita, sbb sy dh lama plan nk prgi cameron tpi tak thu mcm mna nk travel backpacker.
Wsalam. InsyaAllah akan sambung, dalam draft lagi 🙂