Salam dears… ‘Crazy Rich Asians’ – awal awal lagi movie ni dah buat Mama tersengih sengih melihat bagaimana mudahnya ‘berita terkini, hiburan sensasi’ boleh tersebar dalam sekelip mata saja dizaman sekarang ni.
Dari London ke Singapura, geng ‘bawang’ memang pantas bertindak! Orang di London tak sempat habis dating pun, tapi gossip dah tersebar sampai ke Singapura melalui group Whatsapp. Fuhh efisien sungguh lah!
Haaa itulah realiti zaman sekarang kan, jangan ingat kau duduk jauh beribu batu dari keluarga maka kau bebas berbuat apa saja. Geng bawang dimana mana hokey. Awas gerak langkah mu, awas! Ehh sapa termenyanyi gak sila angkat tangan hahaha
Best ke Crazy Rich Asians?
Bagi Mama filem Crazy Rich Asians ni ceritanya mudah dan ‘ringan’ je. Bukan cerita yang perlu banyak berfikir untuk faham ka apa ka. Ianya movie yang sesuai untuk ‘relax and enjoy’ gitu.
Jalan ceritanya pun bukan sesuatu yang baru, Mama rasa dah banyak dah kisah cinta antara dua darjat macam ni. Heronya lelaki handsome kaya giler, bercinta dengan gadis biasa biasa tapi bijak. ‘Beauty with brain’ omputih kata.
Walaupun heroinnya baik, tapi mak hero tak setuju. So heroinnya pun terpaksa hadapi macam macam dugaan, kena perli, kena buli ngan keluarga lelaki bla bla bla. Well, jalan cerita yang dah biasa kita tengok.
Tapi…Mama tetap suka dan enjoy tengok filem Crazy Rich Asians ni. Memang tak boring langsung lah, malah terasa cepat ja habis movie ni tau. Cukup rencah – ada adengan yang kelakar, ada yang buat aii senyum gedik sorang sorang “owhh so sweet”, dan ada juga scene yang buat “eh eh apsal mata masuk habuk nihh”.

Crazy Rich Asians (pic dari Google)
Daripada segi lakonan, bagi Mama lakonan memang ‘menjadi’. Henry Golding yang baru pertama kali berlakon di layar perak berjaya watak hero Nick Young dengan baik lah. Cara dia tenung heroinnya bisa buat jantung Mama plak yang dup dap dup dap gittewww hahaha. Michele Yeoh yang berlakon jadi mak Nick memang best, menyampah tengok muka poyo dia tu haha. Pelakon lain pun ok. Semua aii like lah! 😉
Adengan yang paling Mama suka ialah masa majlis perkahwinan kawan baik Nick iaitu Colin, memang lawa gila lah masa pengantin pompuannya ‘walking down the aisle’. Serius Mama tak pernah terfikir boleh buat ‘grand entrance’ gitu. Pasni mesti ada pengantin yang akan tiru konsep camtu punyalah. Konpem!

Mama suka scene ni, cantik dan emotional gak (pic dari Google)
Teringin Nak ke Singapura
Hmm lokasi penggambaran pun cantik cantik. Paling penting, filem Crazy Rich Asians ni berjaya buat Mama rasa teringin sangat sangat nak ke Singapura! Yes…Mama tergoda tengok pemandangan yang sangat cantik di Gardens by the Bay dan teringin nak bergambar kat sana.

Supertree Grove di Gardens by the Bay, lawa sangat kan? (sumber)
Lepas tengok filem ni, Singapura terus masuk dalam ‘travel wish list’ Mama. So apa lagi, marilah bukak ‘tabung hijau‘ untuk jalan jalan ke Singapura pula hahaha 😉
Anyways, kalau korang nak tengok filem romantik yang tak tak terlalu tangkap leleh sangat, tak asyik nak nangis je sepanjang masa tapi ‘just nice and sweet’, maka pergilah tengok filem Crazy Rich Asians ni. Mesti enjoy.
Tapi sila jangan bawa anak anak pergi tengok movie ni tau. Sebab ada adengan yang seksi dan menjurus kearah 18SX dan tak sesuai untuk kanak-kanak hokey? 🙂
7,130 total views, 2 views today





kena tengok juga ni macam best je
Sila sila pi tengok hehe
Filem romatik yang lebih kurang sama storyline nya, tetap tak menjemukan untuk market wanita yang suka rom-com 😀
Betul tu, tetap enjoy tengok
g tgk wyg x ajak.. huhu.. actually filem ni bnyk shooting kt msia. tp msia xdpt kredit pun. depa ltk sket2 ja spore tu. hiii
Ohh ada shoot kat Malaysia kaa, tak tau pun. Ingat Singapore ja
movie ke…alaa…lama tak pergi panggung ni
Pi laa tengok, relaks & enjoy
Belum tengok lagi cerita ni maybe tengok dari dvd je nanti. Btw scene wedding tu sangat cantik!
Yup scene wedding tu cantik & romantik sgt