Salam dears… Setiap umat Islam pasti ada impian dan keinginan untuk menunaikan haji dan umrah kan? Tapi kadang risau…nak pakai agensi umrah yang mana? Risau kalau tersilap pilih pakej umrah dari pihak yang tak bertanggungjawab, kang kena tipu dan tergadai semua duit plak huhu.

Diantara berita yang tak syok dibaca, risau…
Risau kan, bila dok baca berita berita camtu? Mama pun begitu juga. Jadi sambil dok mengumpul duit ni, sambil survey juga cari agensi yang boleh dipercayai. Dan salah satu agensi yang Mama nampak berkredibiliti serta berpengalaman dalam menguruskan pakej umrah ialah Juara Travel & Tours Sdn. Bhd.
Kenapa Nak Pilih Pakej Umrah Juara Travel?
Macam yang Mama sebut tadi, dalam memilih pakej Umrah eloklah kita cari agensi yang berpengalaman dan ada track record yang bagus. Dari Facebook Juara Travel ni, Mama tengok banyak review daripada pelanggan yang berpuas hati dengan servis diorang.

Diantara review pelanggan yang berpuas hati dengan Pakej Umrah Juara Travel
Disamping testimoni pelanggan, Mama tengok latar belakang Juara Travel ni pun menyakinkan:
- Juara Travel & Tours Sdn Bhd adalah sebuah syarikat agensi pelancongan berlesen dan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia (No. KPK/LN 2819) semenjak tahun 1994 dan merupakan ahli Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) dan BUMITRA MALAYSIA.
- Bermula sebagai sebuah syarikat kecil seramai 3 orang kakitangan, Juara Travel & Tours Sdn Bhd telah berkembang maju dan telah membuka peluang pekerjaan dengan penubuhan cawangan di Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perak dan Sarawak.
- Amat berpengalaman dalam bidang pengurusan umrah selama lebih kurang 10 tahun, Juara Travel & Tours Sdn Bhd telah mengendalikan kurang lebih 30,000 jemaah sehingga kini. Jumlah ini bertambah dari hari ke hari.
- Juara Travel menggunakan khidmat pembimbing umrah dan haji bertauliah lagi berpengalaman bagi menyantuni Jemaah umrah mereka sebelum, semasa dan selepas mengerjakan ibadah umrah.
Promosi Pakej Umrah Juara Travel 2018
Haaa mesti ada yang nak pergi Umrah tahun 2018 dalam bulan Oktober, November atau Disember nanti kan? Kalau korang ada kawan-kawan, keluarga, geng taman, geng surau, geng mengaji, geng pejabat atau korang sendiri yang nak pergi umrah, bolehlah segera daftar dengan Juara Travel sebab tengah ada tawaran menarik pakej Umrah:
✅ Pakej bermula dari RM6,290
✅ Pakej termasuk: Tiket penerbangan Etihad/ Oman/ Saudi/ Malaysia Airlines. (Bergantung kepada tarikh yang dipilih).
✅ Penginapan hotel 3/4/5 bintang
✅ Barang kelengkapan seperti beg Juara Travel 1 set ada 4 jenis (beg besar, luggage beg, beg telekung dan sling beg utk pakej selain pakej ekonomi)
✅ Penyediaan kursus umrah secara berjadual sebelum berangkat
✅ Mempunyai muassasah sendiri dengan mengeluarkan visa umrah
✅ Mutawwif / Pembimbing Umrah Yang Berilmu
✅ Program kuliah di tanah suci
✅ Jadual penerbangan yang ‘CONFIRM’ terbang, InsyaAllah
✅ Penggunaan alat bantuan komunikasi ‘RECEIVER’ semasa pelaksanaan ibadah umrah yang ‘PERTAMA’
✅ Jarak hotel yang dekat/sederhana
✅ Mempunyai barisan staf di Madinah dan Makkah yang professional

Salah satu pakej umrah Juara Travel
Hmm hati ni rasa teringin sangat nak jadi tetamu Allah. Moga moga ada rezeki nak menunaikan umrah dan haji suatu hari nanti…Aaminn…
Maklumat Lanjut Pakej Umrah Juara Travel:
📲 Pejabat: 03-92267105
📲 Pejabat: 03-92267105
Whatsapp: www.wasap.my/601156511424
Whatsapp: www.wasap.my/60193888710
Facebook: https://www.facebook.com/juaratravelHQ/
Instagram: https://www.instagram.com/juarahq/
Twitter: https://twitter.com/JUARAHQ
Website: https://www.juaratravel.com.my/
Emel: infojuara@gmail.com
Website: www.juaratravel.com.my
5,934 total views, 3 views today
rindu nak pergi lagi …..
InsyaAllah nanti ada rezeki pergi lagi
Baguslah Juara Travel ni, siap boleh bayar ansuran tu.
Tu lah, memudahkan.
ingatkan dia buat pakej umrah dan haji je..ade juga pelancongan ye
Yup, nak melancong ke tempat lain pun ada