Salam dears… Hujung minggu lepas Mama pergi team building kat Adeline Villa, Gopeng. Satu pengalaman yang menarik, especially bila kena naik lori dari tempat parking bas untuk sampai ke Adeline Villa tu sebab jalan sempit, bas tak boleh lalu.
Yup, ada yang naik van gak. Tapi nak mudah angkut ramai ramai sekali, naik lori je lah jawabnya. Seronok gak weh, feeling naik lori beramai ramai tu. Tambah plak bila lalu jalan berlekak lekuk, terhuyung hayang, lalu tepi cerun bukit. Kecoh meriah lah jawabnya dalam lori tu hehehe.
Sepanjang perjalanan dalam lori tu kan, ada beberapa perkara ja asyik dok berlegar legar dalam fikiran Mama – rasa seronok, teringat anak anak dan teringat mati…
Bebas!
Berdiri kat belakang lori, open air, rasa syok je feeling angin bertiup kat muka. Rasa bebas camna ntah, tak tahu nak terangkan. Nak pejam jaa mata dan enjoy feel angin membelai muka. Tapi tak boleh laa pejam mata sepanjang jalan, kang terlanggar plak dahan dan daun pokok kat tepi jalan tu hahaha
Lori yang kitorang naik tu melalui kampung dan ladang getah, ladang kelapa sawit jadi nampak laa cara hidup orang kampung situ. Nampak macam happy ja diorang. Mama terfikir, bestnya hidup cam diorang. Tak payah fikir hal keja pejabat, tak terkejar kejar macam hidup di ibukota. Setiap hari bangun dan hidup udara segar, tengok pokok pokok hijau. Hmm bestnya…

Syok ja bila angin bertiup kena muka…
Terkenang Zaman Kanak-Kanak
Masa tu gak Mama teringat kat anak anak. Si kembar ni budak pekan, kampung pun tak ada. Bila kata balik kampung, sebenarnya balik taman je. Sebab umah parents Mama dan parents Ayah kat kawasan taman perumahan. Bukan kampung yang ada ayam itik punya kampung tu.
Terus teringat masa aku kecil kecil dulu, seronok lari keliling kampung kejar ayam itik, lari keliling kampung kena kejar ngan angsa, panjat pokok, berkubang mandi sungai, main tuju selipar, galah panjang…ehh macam macam lagi lah!
Si kembar ni? Tak merasa semua tu. Hmm kena cari masa untuk bawa diorang experience benda benda camni. Biar diorang merasa hidup kampung dan enjoy alam semulajadi.
Ingat Mati
Sepanjang naik lori tu gak kan, Mama asyik terfikir macam mana laa kalau lori ni kemalangan. Sebabnya lalu jalan yang sempit dan berliku, kat tepi cerun bukit plak tu. Yang kitorang kat belakang tu, pakat berdiri gitu ja tanpa sebarang safety measure. Mama dok terbayang, kalau lah tiba tiba lori terbabas kat cerun bukit tu…aku konpem tercampak keluar lah! Kalau terjadi, ntah hidup…ntah mati.
Dah bersedia ka nak mengadap Yang Maha Esa? Amalan untuk dibawa kesana belum cukup, harta nak ditingggalkan kat dunia pun tak ada. Serius, kecut perut bila fikir tu huhuhu. Bila teringat tu, terus Mama mengucap. Harap harap, kalau mati masa tu pun biarlah mati dalam Islam…
Hmm nampak simple je kan – naik lori ja pun. Orang lain dah biasa buat. Tapi untuk yang tak biasa ni, macam macam benda yang berlegar difikiran Mama. Bagus juga sesekali buat benda camni kan? Dapat juga membuka mata dan minda.
6,770 total views, 2 views today





heheh biasanya bila buat sesuatu yang tak pernah kita buat mesti overthinking , syukur nothing happen , satu pengalaman baru yang best
Tu lah, fikiran pi merata hehe. Alhamdulillah selamat 🙂
pengalaman naik lori jarang2 dapat. dah dewasa pun, tetap rasa happy sesekali dapat naik lori ni. haha.
Betul betul, rasa teruja macam budak budak dapat mainan hahahaha
Naik lori tuuuuu…… nanti boleh la cari aktiviti untuk anak2 ala2 adventure camtu. mesti dorang suka. sekarang ni banyak kampung stay yang sediakan aktiviti kampungan gitu.Apapun menarik entry ni.
Yup, nak bawa untuk merasa kampung stay macam ni, pengalaman yang best