Salam dears… Ish ish ish Mama ni…cerita pasal pokok lagi? Hahahah. Apa nak buat, tengah ‘angau’ kannn. Dah laa jenis mudah tergoda, asal nampak orang post gambar pokok cantik cantik je, terus mencari gak. Tak jumpa di nurseri pokok, siap hunting untuk beli pokok online plak hehe.
Ok ke Beli Pokok Online?
Masa mula mula nak order pokok online, Mama memang risau gak laa takut mati pokoknya. Tapi teringin punya pasal Mama cuba ja order. Dan Mama beli pokok yang harganya tak lah mahal sangat, supaya tak rasa terkilan sangat kalau yang sampainya pokok dah rosak atau mati kan.
Setakat ni Mama dah 4 kali beli pokok online, Alhamdulillah semua sampai dengan selamat. Ada laa pokok yang masa sampai tu daunnya rosak atau ‘cedera’ sikit. Tapi lepas buang daun atau batang yang rosak/patah tu, pokok tu ok laa. Setakat ni pokok yang Mama beli online semuanya masih hidup lagi.



Mesti korang tertanya tanya macam mana seller bungkus pokok untuk pos kan? Lain seller mungkin lain caranya. Tapi setakat yang Mama order, seller bungkus macam ni…


Mahal ke Murah Beli Pokok Online?
Hmm bab mahal ke murah tu payah gak Mama nak jawab. Sebab bergantung juga kepada jenis pokok, saiz pokok… ada yang murah dan ada yang lebih mahal daripada kat nurseri. Kalau pergi ke nurseri/kedai pun, harga mungkin berbeza beza gak kan.
Macam Mama ni, kalau dah jumpa pokok yang berkenan dan harganya bawah RM30 dan rasa berbaloi, Mama beli ja. Bila beli kat Shopee, kalau masa tu ada voucher ‘Free Shipping‘ rasa lagi berbaloi sebab dapat jimat kos pos.
Ohh yaaa..ni sellers yang Mama pernah beli pokok online di Shopee:
Apa apa pun kena ingat, biasa lah bila beli online ni ada risiko barang rosak ka tak sampai ka kan. Tambah plak beli pokok, benda yang memang fragile. Kadang seller dah packing elok elok pun tak ada jaminan tak akan rosak kan?
Jadi..kalau berani ambil risiko, cuba lah beli. Lepas order tu doa banyak banyak “moga pokok pokok aku semuanya sampai dengan elok & sihat” hehehe 😉
829 total views, 2 views today
Kena tengok jugak jenis pokok yang kuat. Kalau jenis mudah patah memang risau nak beli,.
kalau tanam dengan biji benih pernah cuba?
Yup betul, ikut jenis pokok juga. Biji benih belum cuba lagi, tapi dok tengok tengok nak try start ngan pokok apa dulu.
Zaman sekarang, beli ikan hidup pun boleh pos dah hehe
Ya ka? Semua makin senang kan hehe
uih tahan lasak jugak pokok tu, dibaling sana sini pun tetap helokk
Tu lah, lega sampai masih sihat lagi pokoknya hehe
wahh…pertama kali masuk sini.terbaik mama.moga suksess
Terima kasih 🙂
Rupanya elok ok jer pokok tu ya walau order online. Tak perlu pi sana sini berpanas kat nursery kannn… Cantik pokok tu..!
Alhamdulillah yg sampai tu elok. Tapi biasalah beli online, kena berani ambik risiko pokok rosak masa pos.
Pernah juga teringin nak beli pokok online ni. Tapi lepas tengok review ramai yang komen pokok patah, terus tak jadi beli.hehe
Jiwasihat recently posted…10 Simptom Kekurangan Zat Besi (Anemia)
Ya, risiko pokok patah tu ada. Kena cari seller yg ramai review packing elok. Alhamdulillah setakat ni Mama beli pokok sampai ok.