Salam dears…
Fauzi: Faris tak hensem!
Faris: Fauzi tu yang tak hensem, muka buruk!
Mama: Kamu sedar tak kamu ni kembar? Muka semua sama je. Kalau sorang tak hensem, semua tak hensem!
Faris: Ohh okeh…Fauzi hensem.
Fauzi: Faris pun hensem.
Settled. Semua hensem hahahaha 
Adehhh si kembar tiga ni kan, semua benda diorang nak gaduh, nak bertengkar tau. Macam bab hensem tak hensem tu, asalnya mula dari Mama suruh pergi sikat rambut je pun. Dah siap sikat rambut, si Faris datang laa kat Mama tayang rambut dan tanya “hensem tak?”. Opkos Mama jawab hensemmm! Anak sendiri kan, mesti lah puji hehehe
Tapi dengar je kat si Fauzi, terus nak kutuk Faris. Tak tau lah jeles ke saja nak ngusik ke. Tapi tu lah, terus sahut menyahut bertengkar. Nasib baik Mama ni bijak kan, keluarkan hujah yang sapa pun tak leh lawan…terus settled gaduh hahaha.
Hmm nanti dah besar pun rasanya mesti ada kes gaduh gaduh manja camni, usik mengusik sesama adik beradik tu perkara biasa lah kan? Ini lah yang memeriah kan hidup sebenarnya. Cuma jangan ada yang sentap lebih sudah. Silap gaya gaduh, haaa siap lah korang…raksaksa gorgon bakal menjelma! hahaha 😉

Si kembar tiga penyeri hidup Mama 🙂
9,363 total views, 1 views today






ala… kiutnye sembang… semua tiga2 hensem tau… 🙂
TQ TQ hehe
wahhhhh…pandai akak pysco diorg…hihihi
Nasib baik sel sel otak mama berhubung masa tu hahahahha
semua hensem2, dari kecik dah nampak hensem.
Tq tq hehe
Bijak jawapan mama dia..hihi
Kann..nasib baik sel sel otak mak nya berhubung masa tu hahahaha
Haha muka sama semua kene puji je la gitu haaha comel
Tau takpa, sila puji sesama sendiri hahahah
semua hensem..bw pagi 4 ramadan:)
TQ Cik Nor 🙂
meriah tgk telatah kembar2 ni…
Mmg meriah sentiasa!
satu je yang pakai spek ye kak ? haha biasa la gaduh manja gitu ..dah besar nti rindu gelagat diorang
lisak recently posted…Senarai Pelakon Ku Kirim Cinta
Yup Faris sorang je pakai spek. Konpem rindulah nanti!
meriah ada kembar ni erk..teringin juga
Mana tau ada rezeki lepas ni Fariza dpt adik adik kembar kan
Salam kak..
Lama sangat jaz xbuka blog sendiri, xbaca blog kawan2 blogger..
da besar da kembar 3..
uolls hensem ok sayang.. hehehe
Selamat berpuasa kak dan kembar 3..
Selamat berpuasa Jaz 🙂