Salam dears… “Diorang bergaduh sesama sendiri tak?” – antara soalan yang kerap ditanya bila orang tengok si kembar tiga ni. “Uishh bergaduh, selalu! Kadang pukul sepak terajang semua ada…” – itu pula jawapan standard Mama tiap kali dapat soalan tu. Iyerr…betul, tak tipu…si kembar ni memang kerap bergaduh. Dan kadang tu bergaduh ganas wehhh!
Contohnya kan, baru baru ni kan…mama terima panggilan telefon dari sekolah…
“Assalamualaikum. Ini emak Fahmi dan Fauzi ke?”
“Ya, betul”
“Saya cikgu dari sekolah ABCD, tadi anak anak puan bergaduh”
“Huhh..gaduh?” (dub dab dub dab debar dah)
“Fahmi tumbuk Fauzi, sampai berdarah hidung!”
“Ohh teruk ka? Diorang bergaduh berdua je ke”
“Ya sesama sendiri. Maaf puan saya tak sempat nak halang, tengok tengok dah berdarah hidung”
“Takpa cikgu, kat rumah pun pernah. Saya risau diorang tumbuk orang lain je” (Lega…)
“Ohhh….”
Pastu ada laa cikgu dok bagitau benda lain lagi, Mama pun tanya lah kenapa bergaduh, luka macam mana, teruk ka bla bla bla. Mama masih boleh releks lagi tapi Mama dapat rasa yang cikgu tu lebih panik daripada Mama. Mungkin cikgu terkejut si kembar ni bergaduh camtu, dan mungkin cikgu risau sebab terjadi masa dibawah pengawasan dia kan.
Yang Mama ni plak, rasa legaaa sangat sebab diorang bergaduh sesama sendiri ja. Kalau yang ditumbuknya tu budak lain, lagi naya jenuh laa aii nak berjawab ngan mak pak budak tu plak kang huhu.

Berdarah darah kena kat baju, nasib baik tak patah hidung tu huhu
Mama tak salahkan cikgu, sebab Mama tau si kembar ni macam mana. Kat rumah pun kadang tak sempat nak tengok, tup tup dah luka. Bukan bermaksud tak pantau, tapi…tu lah…budak kan, anak jantan plak tu. Ganas nya lain macam sikit. Kadang kadang dok main elok pun sorang terkasar sikit je tup tup ehhh gaduh…ehh tertumbuk…ehhh berdarah! Adehhh…
Kalau nak ikut kan, memang Mama ni boleh ‘blood go upstairs’ laa bila si kembar ni bergaduh. Korang bayangkan lah, dari sekecil kecil benda macam siapa mandi dulu, siapa keluar pintu dulu pun boleh mencetuskan ‘perang saudara’! Macam mana lah Mama nya ni tak jadi raksaksa gorgon? Huhuhu
Macam mana nak bagi diorang tak bergaduh? Hmm entah lah. Nak kata tak rapat, hubungan diorang ni sangatlah rapat. Ye lah kembar kan. Kalau apa apa pun, mesti ingat sesama sendiri. Kalau sorang dapat barang, mesti tanyakan untuk adik beradik kembar dia gak. Gaduh teruk macam mana pun, bila tidur malam semua berkepit tidur rapat rapat gak. Sebab penakut sama kot ni hahaha
Dan diorang sentiasa ingat sesama sendiri, waima nak pergi tandas pun ajak berteman haha. Macam tahun lepas kan, diorang kelas asing asing, tapi bila nak pergi tandas tu sempat lagi jenguk “say hi” kat kembar dia yang kelas lain. Cikgu ada dalam kelas pun selamba je menyinggah tegur kembar dia hahaha *maaf cikgu*
So…entah lah. Maybe hobi diorang lah kot, semua benda kena berebut, kena bergaduh. Baru lah meriah hidup ni kan, kan? Hahaha. Mungkin masa kecil ni je laa gaduh gaduh macam ni. Moga bila dah makin besar nanti, makin pandai berfikir, maka dah tak gaduh gaduh dah yer.

Kawan karib merangkap geng gaduh hehe
Moga bila besar nanti, hubungan si kembar tiga ni makin utuh, saling sayang menyayangi dan hormat menghormati sesama sendiri. Fahmi, Faris dan Fauzi…brothers for life, InsyaAllah 😊
4,569 total views, 9 views today
budak lelaki katekan hihihi
Tu lah, heroes hehe
Biasalah kak anak lelaki hehe inshaaAllah nnati makin dewasa makin matang xde gaduh2 dah hihi
Harap harap gitu lah
Raksasa gorgon! Awrrhhhh…haha
Standard la kan budak lelaki. Makin gaduh makin sayang…apatah lg adik beradik sendiri.
Harap harap gitu lah, makin gaduh makin sayang hehe
I like blog mama kembar tiga.. sonok bace pasal kembar 3
Tq tq 🙂
hero biasa la hehheh praktis tu nak bekap mama nanti hahahahha
Praktis jadi bodyguard mama ehh hehe
Nanti jadi kenangan menarik untuk dikenang kelak…tak mustahil jadi bahan jenaka satu sama lain bila masing-masing sudah dewasa,lebih-lebih bila masing-masing dah ada keluarga sendiri.
Tu lah, sebab tu tulis gak kat blog jadi kenangan
Hero 2 org kat rumah ni camtu jugala…dr sekecik2 hal blh jd punca bertumbuk.. mama dia ijo sokmo😅
Baru betul mak ko ijo kan hahahaha
hahaa..ok lah gaduhs esama sendiri. jgn gaduh degn org lain sudah….
Kalau gaduh ngan budak lain jenuh mama nya ni nak menjawab huhu
pernah tak.. gntikan kelas untuk kembar yang lain ? haha muka kan sama.. tinggal pakai baju lain je
Setakat ni belum lagi, kalau diorang buat tu fenin cikgu hehe
sedangkan lidah lagi tergigit gitu kekdahnya ….kecik2 bergaduh takper tapi dah besar nanti dioranglah bff sampai akhir hayat insyaAllah
Harapnya begitulah, BFF forever
ank2 sy pon walaupun bkn kembar & xsama jantina, pon kerap gaduh jgk. so its normal for siblings yg xjauh beza umur memasing ni dok gaduh berkuntau bagai tuh. gaduh2 syg bak kata org
Gaduh tp tetap sayang ok laa kan