Salam dears… Gugup. Gementar. Gemuruh. Rasa malu malu nak beraksi, risau kalau yang dibayangkan pose cun melecun tapi hasilnya…buruk! Takut berangan gaya macam supermodel, tapi yang jadi superclown! Takut kena sound dengan jurugambar, takut jurugambar menyampah sebab posing keras macam kayu…ehhh macam macam takut lah wehhh! Tapikan, kerisauan itu lenyap bila berada di depan lensa kamera Wan Izhar Abu Bakar! Kenapa? Haaa meh nak cerita…
Wan Izhar Abu Bakar Jurugambar Profesional Yang Penyabar!
Kita ni kalau nak ambil gambar dua tiga orang pun boleh hilang sabar, rasa nak pekik “hoihhh cepatlah!”. So cuba bayangkan kena ambil gambar hampir 40 orang dewasa (yang perangainya tak berapa nak dewasa haha)…hoiihhh boleh bikin stress kot!
Tapi Mama tengok Wan Izhar dan kru dia relaks ja, cool ja masa sesi Photoshoot Raya #KBBA9 hari tu. Walaupun diorang awal dan kena tunggu bloggers bersiap, tapi sikit pun tak nampak muka annoyed ka menyampah ka apa kaa. Malah dia senyummm ja sepanjang masa. Dah laa boleh tahan kacak orangnya, bila senyum…ehh manis terus ada… *kenyit mata sikit* hehehe

Cilok gambar dari FB Wan Izhar je, hari tu segan nak ajak berselfie hehe
Masa photoshoot tu cuaca berubah ubah, mulanya hujan renyai renyai, lepas tu panas berbahang plak. Mama sendiri rasa tak berapa selesa dan sakan berpeluh peluh walau tak buat apa pun. Tapi Wan Izhar dan kru nya gigih ke hulu kehilir sambil usung peralatan, komited mencari tempat dan angle terbaik untuk shoot gambar. Bak kata Kak Long Saidila, diorang tu tak reti penat ka? Respek!

Baik baik, jatuh tangga kang hehe

Kejap berdiri, kejap mencangkung…tak lenguh ka bang ooii? (kredit foto Shiqeen)

Panas lit lit wehh masa photoshoot hari tu, tapi Wan Izhar dan kru releks ja tau (kredit foto Shiqeen)
Selesa Dengan Wan Izhar
Mama ni jenis yang segan malu malu kucing bab nak berposing. Kalau suruh berdiri tegak macam tiang aii boleh lah, bila suruh pose mengancam sikit, memang rasa malunyaaaa huhu. Tengok lah gambar gambar Mama sebelum ni, paling vogue skali pun ialah gambar buat peace yo! Hahahah
Tapi hari tu rasa macam tak berapa segan nak bergambar, walaupun ramai yang dok tengok. Sebab bestnya Wan Izhar ni ialah dia pandai buat kita rasa selesa nak bergaya depan kamera. Dia bagi cadangan macam mana nak posing. Pastu siap puji “ok cantik.. cantik…jangan gerak, cantik dah tu”. Perghhh bikin kita punya keyakinan diri tu naik mencanak terus perasan model hot meletops kebaboomm wokeh hahahaha

Blogger Bella beraksi mengikut arahan Wan Izhar

Kepak kepak sakan si Ayue ni heheheh. Macam mana laa hasilnya nanti kan? Mesti wowwww!

Amboi ayu nya gaya Athirah hehe
Siapa Wan Izhar Abu Bakar?
Ehh dah panjang cerita pasal betapa coolnya Wan Izhar, meh nak cerita sikit siapa dia dan apa yang menyebabkan team #KBBA9 semua pakat teruja nak berphotoshoot dengannya.

Wan Izhar Abu Bakar jurugambar profesional
Wan Izhar bukan setakat jurugambar profesional yang mempunyai 20 tahun pengalaman, malah beliau dah biasa berkolaborasi dengan artis popular tau. Diantaranya Tiara Jaquelina, Akim & The Majistret, Fasha Sandha, Bront Paralae dan Arja Lee. Malah, dia menang ‘Kulit Album Terbaik’ masa Anugerah Industri Muzik 2014 wehh. Hebat…hebat!
So…korang mesti boleh bayangkan kenapa Mama ketaq lutut, mahu tapi malu nak berposing dihadapan lensa kamera Wan Izhar ni kan, kan? *angguk*angguk*





Korang boleh usha tengok ada banyak lagi gambar cantik cantik kat Instagram Wan Izhar tau. Kalau korang mencari jurugambar atau photographer profesional, korang boleh hubungi Wan Izhar kat nombor di bawah ni yer….
ODS Studio Communication Sdn Bhd (Photography & Design Studio)
Wan Izhar Abu Bakar (Founder & Creative Director)
Alamat : E-2-2A Block E, Jalan PJU 1A/20G,
Dataran Ara Damansara, Ara Damansara , 47301 Petaling Jaya
Phone : Pn. Huda 012-303 1005 / 03-78317660
Email : wanizhar@odsstudio.com
Website : https://odsstudio.com
Facebook : Wan Izhar Abu Bakar
Instagram : @wanizhar
p/s – tak sabar nak tengok hasil sentuhan Wan Izhar untuk Photoshoot Raya #KBBA9 hari tu…weee… 😉
4,084 total views, 1 views today





hasil photography memang menarik sangat…
Kan…cantik!
Memang terbaik dia. Tak sabar jugak nak tengok hasilnya, harap cantik macam Kajol!
Mungkin lagi lawa dari Kajol hehehe
Jurugambar profesional… Memang terbaik dan penyabar orangnya.. Sebab tu dia layak jadi jurugambar profesional..
Yup, betul betul
Yang bab sabar tu setujuuu sgt . Komited sangat dia 🙂
Yup, respek!
cantik hasil seninya.. nampak sgt professional..
Yup, kagum tgk kan
cantik!
Kann..
tak sabar nak tengok gambar
Sama lah, tak sabarrr hehe