Salam dears… Akhirnya, akhirnya….Mama dapat juga merasa posing ala ala model bersama sama geng #KelabBloggerBenAshaari! Tahun lepas Mama takat jadi tukang like gambar je, tahun ni puas hati lah dapat merasai sendiri betapa meriahnya sesi Photoshoot Raya #KBBA9 2017. Dalam suasana ala ala kampung di Muzium Warisan Melayu UPM plak tu, best wooo!

Photoshoot Raya #KBBA9
Outdoor Photoshoot di Muzium Warisan Melayu UPM
“Balik kampung…oo ooo ooo balik kampung…hati girang…” haaa terngiang ngiang lagu tu masa sesi photoshoot tu tau. Dah laa ada rumah rumah tradisional Melayu kat Muzium Warisan Melayu UPM ni, pastu ada plak pokok pokok pisang kat situ…uishhh memang menggamit kenangan balik kampung sungguh lah!

Mama balik kampung, yayyy! hehehe
Masa dok panjat tangga kayu nak masuk ke rumah tu, terbayang bayang flashback zaman kanak kanak, dok berlari naik turun tangga kayu camtu kat rumah arwah Opah Mama dulu…owhhhh rindunya…

Bergambar kat tangga, konpem ada kalau balik kampung kan? (kredit foto UmmiNani)

Meriahnya bila adik beradik semua pakat berkumpul 😉

Gadis ayu mengintai di jendela… (kredit foto Saidila)

Memang nampak macam kat kampung sungguh kan?
Haaa lagi satu yang menjadikan kitorang semua sangat teruja masa photoshoot tu sebab jurugambarnya ialah Wan Izhar Abu Bakar, jurugambar profesional yang sangat berpengalaman. Dia biasa shoot gambar artis dan selebriti hokeyyy. Giler nak lepaskan peluang dia ambil gambar kita rakyat marhaen ni? Of course not lah kan hehehe. Ishhh tak sabarnya nak tengok hasil bidikan kamera Wan Izhar nanti!
Makan Bersila Menggamit Memori
Dah penat bergambar, tentulah perut masing masing pun berkeroncong sakan kan. Memang pucuk dicita ulam mendatang betul lah bila kitorang disajikan dengan hidangan masakan kampung yang super duper sedap dari Cafe Muzium Warisan Melayu UPM ni. Dan yang menjadikan lagi bertambah nostalgia ialah….makan berhidang sambil duduk bersila!
Yup, walaupun pakai skirt, Mama pun bersila gak…baru lah feel makan duduk atas lantai gitu kan hahaha. Bersimpuh? Ohhh aii cannot, tak cukup ayu lagi untuk duduk bersimpuh hahaha

Lauk kampung dan air sirap. Daging Salai Masak Lemak tu terbaikkk! (kredit foto Aznan)

Amboii ayunya duduk bersimpuh gitu hehe
Gadis Ayu dan Jejaka Tampan #KBBA9
Haaa bukan setakat tempatnya lawa, tapi para bloggers yang hadir juga pakat lawa dan segak segak belaka tau. Mana tidaknya, masing masing dapat sentuhan MUA yang sangat berbakat, dan ada juga yang menggayakan busana anggun cantik bergaya daripada para penaja. Glamer uollss hehehe

Para jelitawan #KBBA9…ewahhh hehehe (kredit foto Aznan)

Para jejaka #KBBA9 pun tak nak kalah bergaya (kredit foto Ayue)
Yang mak mak dara ni pun transform cun melecun persis anak dara wehhh. Kalau ada yang singgah situ masa tu, mesti tertanya tanya…siapa kah mereka? Siapakah gerangan gadis ayu dan jejaka tampan yang sedang bergambar tu? Haaa gittewww … *ewahhh perasan sungguh laaa* hahahaha 😉

Comei comei belaka kaum wanita #KBBA9 ni kan? hehehe

Ada gaya model tak? Model plus size hahaha (kredit foto UmmiNani)
Nasib baik lah MUA Faeezah Pija sudi makeup kan Mama walaupun dah last minute baru Mama sibuk mencari makeup artist. Dan…Mama sangat sangat sangatttt lah puas hati dengan sentuhan magik si Pija ni! Sampaikan geng yang pergi photoshoot tu ada yang tak kenal Mama, anak dara mana lah tu depa kata hahaha. Ish ish ish bertambah kembang montot aii tau, nasib baik tak terkoyak skirt! hahahaha.
Nanti dalam entry lain Mama tunjuk lagi hasil sentuhan ajaib Faeezah Pija ni yer…tunggu…. 🙂
Terima Kasih Para Penaja!
Photoshoot Raya #KBBA9 2017 di Muzium Warisan Melayu UPM ni pasti tak akan berjaya tanpa sokongan para penaja dan juga jurugambar terkenal Wan Izhar Abu Bakar dan kru nya yang sabar melayan kerenah hampir 40 orang bloggers yang hadir tu. Terima kasih daun keladi, tahun depan taja lah kami lagi yer… hehehe 😉
Lokasi: Muzium Warisan Melayu, Universiti Putera Malaysia
Jurugambar: Wan Izhar Abu Bakar dan ODS Studio Communications
Pakaian:
7th Jehan
@byfaradila @bynanienazyracollections
khimar & niqab by @niqavie_malaysia
Little Prin Cess
Aizara Couture
Butik Farisha Hana
@butikpenmerah
@hanatajuddin
Cik Kiah Tailor Pukal
Urban Thobe @uthobe
@sauq_scarf
@bajumelayuslimfit
Make-up:
1. Saidila by @m.u.a_byilahamzah
2. Athirahassin by @alinaothman
3. Shazillah sani by @makeupbyninanizam
4. Syima by @afifahbakri
5. Mas by @yayabebeh.makeup
6. YB Shehan by @akid.anuar
7. Nina Mirza by @lizamahizan
8. Ema by @jemarikuct_aischa
9. Moha/kecik/Azura/Ieta/Fiza/Yanty by @theblushguru
10. Dell by @afifahbakri
11. SS dan MamaKembarTiga by @faeezah_pija
12. Qaseh / Sueizza by @hamidah_mat_shafie
13. Ayue by @emily.aisya
14. CikMa QueAchmad by @nyonyahanna
15. Kak Laila @kartina_khanib
16. Azni @byezzaharon
17. Cik EN by @elsbyeliyana
18. Bella by @surayasufian
19. Yanie by @sitinurfatehah
20. Azura by @theblushguru
21. Nadia johari @lindaus
22. Umminani / Ujang : @lilybeautyfacial
23. Yulia Fajrin by @nurfahazliani
7,637 total views, 2 views today






Memang meriah sungguh. Pastu sempat lajak p tgk wyg. Hikhik
Dgn tak cuci makeup plak tu hahahaha
Hi awak! Nak berkenalan plisss. Hahaha. Lepas ni boleh agak dah muka kak nani before and after make up . Hahaha
Hi awak! Hehehee
Jelesnye tgk… terasa keseronokkan tu…
Alhamdulillah best! 🙂
Memang best photoshoot kat Muzium UPM tuu…
Klasik sungguh!
Kann…klasik
Meriah giler dpt join Photoshoot kali ni
Tu laa best kan
Best kan, photoshoot terbaik kali ni.
Memang tak sabar jugak tengok hasil dari Wan Izhar.
Tu lah, tak sabarrr
yang tudung pepel tu paling wow sekali hehehe…
Auwwww *blushing* hahahaha
Lain betul wajah kak nani, serius!
Tu la sampai org tak kenal haha
wahh gojesss.. lain sangat!!!
Nasib baik dapat MUA yg mmg terror makeup hehe
umminani cantik sgt sampai tak cam..
Semua lawa lawa hari tu kan
Memang betul tak cam dengan mama Kembar tiga ni..
Ema pun lawa btul mekap, jenuh tenung nak cam sapa hehehe
seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai macam ni. dapat eratkan silaturrahim
Betul tu, mmg mcm adik bradik balik beraya kan
Hai umi nani..tantik sgt awakkk…huhuhu
U pun berseri seri, baju u lawaaa
waah! cunnya mama bila MUA touch up.. mama, saya ni student upm, hari-hari lalu depan rumah melayu ni, tapi tak pernah pun singgah sini. huhu..
Btw, this event is very good, lepas ni ramailah yang akan buat photoshoot kat ‘rumah agam’ ini. and senarai nama mua tu sangat membantu untuk sesape yang sedang cari jurusolek. thumbs up!
Harapnya mcm tu lah, tempat tu mmg cantik sgt utk photoshoot
Bila baca artikel ni dan tengok gambar-gambar yang dikongsikan… Rasa dah nak raya pulak… Padahal bulan Ramadhan pun belum lagi..
Ambik mood raya awal awal hehe
adudududuu.. kak nani ke tuuuu. hampir tak cam tadi
Pakat tak cam haha
teringat makanan dekat situ,.tak puas haritu
Rasa mcm kena repeat kan
Kak nani memang lain kalau dah makeup. Lawa seh sampai tak kenal .. hihi… best la kan ada acaraa photoshoot hope next time leh la nak join
lisak recently posted…Menang RM100 di A-Maze-Ing Promo Shurah Malaysia
Harap harap lenkali lisa leh join skali, leh jumpa kan
wow bestyer….photoshoot raya !
Besttt! hehehe
bestnya photoshoot..
Pengalaman yang best 🙂