Salam dears… Budak budak…kalau dah jumpa air..sungai ka kolam renang ka, berdesup ja nak pergi terjun kan? Kita ni yang risau tengok. Tambah plak, kalau kita sendiri tak tahu berenang. Macam Mama ni lah…risau memikirkan kalau jadi apa apa, siapa nak tolong? So memang Mama dok tercari cari kelas renang di KL ni. Tapi kalau boleh Mama nak yang sesuai untuk kanak-kanak, dewasa wanita / muslimah dan lelaki supaya senang satu keluarga boleh pergi belajar berenang sama sama kan.

Geng KBBA9 yang hadir untuk kelas renang di KL baru baru ini
Kelas Renang di KL untuk Kanak-kanak, Wanita dan Lelaki : SwimRush Swimming Academy
Masa mula kelas, Mama rasa segan malu malu gak…sebab dah ‘tak berapa muda’ ni pun tak reti berenang kan hehe. Malah nak ‘float’ atau terapung pun Mama langsung tak tahu macam mana nak buat. Malu memikirkan kang apa laa kata cikgu, dah tua tua bangka pun bengap hahaha.
Tapi kan…tak lama lepas tu Mama dah rasa selesa dan tak segan dengan cikgunya dah. Sebab cikgu renang kat SwimRush ni sangatlah penyabar dan ‘sporting’. Lagipun cikgunya perempuan, jadi senang laa dia boleh pegang pegang kita semasa nak ‘guide’ tentang teknik berenang yang betul.

Senaman dulu sebelum berenang
Kenapa Nak Belajar Berenang Dengan SwimRush?
1. Tenaga pengajar yang professional dan mesra kanak-kanak
Bagi Mama, sebab utama Mama suka belajar berenang dengan SwimRush Swimming Academy ni ialah tenaga pengajar yang professional dan mesra kanak-kanak. Masa kelas kitorang hari tu, walaupun ramai pelajar kanak-kanak, tapi cikgu mampu uruskan dengan baik. Malah, sempat lagi cikgu fokus pada yang memerlukan perhatian lebih secara ‘one-to-one’.
Mama serius kagum tengok kebolehan cikgu cikgu layan budak budak semua. Tahu je lah budak-budak, nampak air – terjun! Jadi nak suruh diorang duduk kat tepi kolam, dengar dan ikut arahan, ikut giliran bukannya mudah. Tapi cikgu cikgu semua memang penyabar dan pandai nak ‘takcle’ budak budak ni. Memang mesra kanak-kanak lah orang kata.

Belajar untuk ‘kick’

Siapa nak berenang angkat tangan! Saya! 🙂

Ni Fauzi rasanya ni…

Tak pastilah ni Fahmi ke Faris ke Fauzi ke? Bila dah pakai camni, Mama sendiri pun tak kenal hehehe

Walaupun ramai kanak-kanak masa kelas renang tu, cikgu masih dapat bagi tumpuan pada pelajar yang memerlukan perhatian lebih, terbaik!

Cikgu renang yang sporting, siap jadi model Tyzara shampoo lagi hehehe

Jangan berebut! Bertabah lah ye cikgu hehehe
Ada juga beberapa orang budak yang takut takut nak masuk air, sebab tengok kolamnya agak dalam (tapi tak lah sampai kepala tingginya). Cikgu cikgu SwimRush ni sangat professional cakap dengan lembut ja pujuk budak budak yang takut ni.
Macam Akiff anak Lan Careno dan Hannah anak si Shehan. Si Hannah tu kan, daripada tak nak bukak ‘life-jacket’, akhirnya dalam dok gigil gigil tu dia nak juga terjun kolam tanpa ‘life-jacket’ tu. Terbaik lah! Mama yang tengok pun tumpang bangga sama naik tau.
2. Kelas renang di KL khas untuk kanak-kanak, dewasa lelaki dan juga wanita / muslimah.
Semasa kelas hari tu, kitorang dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu kanak-kanak, wanita dan lelaki. Ada 4 orang cikgu renang untuk ‘handle’ 3 kumpulan ni.

Geng lelaki dengan coach lelaki.

Baiklah cikgu, saya ketuk ketampi 44 kali! hehehe
3. Kelas renang secara berkumpulan atau persendirian (private) dan berapakah yurannya?
Korang boleh pilih nak kelas persendirian atau kelas secara berkumpulan, pada harga yuran yang berbeza. Bagi Mama yurannya memang berbaloi! Kalau rasa segan nak belajar sama sama dengan orang yang tak dikenali, maka boleh laa ambil kelas persendirian.
Atau nak belajar secara berkumpulan, tapi secara ‘private’ juga, boleh laa ajak geng korang untuk belajar sekali. Lokasi kelas renang secara kumpulan ialah di Taman Kosas, Ampang. Untuk kelas persendirian plak, lokasi dan waktunya adalah fleksibel. Korang boleh pilih nak belajar kat mana dan pukul berapa. Jadi sangat senang kan?

Harga kelas renang di SwimRush
Apa Yang Kitorang Belajar Semasa Kelas Renang Tu?
- bubble (hembus nafas dalam air guna hidung)
- glide or kata nama lain rocket (untuk kanak2)
- kicking
- hand pull and combine with breathing
Kitorang juga belajar untuk ada ‘water confidence’ dengan teknik:
- backfloat – hari tu adalah kali pertama dalam hidup Mama dapat merasa ‘backfloat’ atau terapung tau. Tapikan…Mama belum cekap lagi. Nak kena cikgu tolong baru boleh terapug. Pastu, bila dah terapung tak tahu macam mana nak stop. Sampai cikgu tanya “sampai bila u nak float tu?” hahahaha. Nasib baik laa cikgu sporting hehe
- turn & backfloat – ini untuk survival contoh bila kita penat berenang dan kita nak berehat atau kumpul balik tenaga jadi kita ‘backfloat’ daripada ‘swimming position’.
- underwater dive – untuk kita mampu belajar bagaimana nak stabil didalam air dan kawal badan supaya mampu mencecah lebih dalam tanpa rasa takut.

Masing masing dah semakin hebat, yang paling hebat yang menyelam merangkak tu hehehe

Impian: Duyung. Realiti: Dugong. Jadilah…janji ada gambar tengah menyelam hahaha

Mak mak yang happy dapat belajar berenang
Peralatan Untuk Belajar Berenang
Masa nak pergi kelas hari tu, cikgu dah siap siap pesan suruh bawa ‘goggles’, sebab dengan pakai ‘goggles’ nanti lebih selesa bila buka mata semasa menyelam. Disamping tu, pakaian yang sesuai diperlukan. Macam Mama sebab tak ada pakaian renang, maka terjun pakai t-shirt dengan seluar track je.
Tapi lepas ni InsyaAllah Mama nak beli pakaian renang muslimah agar lebih selesa, tak risau t-shirt dan tudung terselak dalam air huhuhu. Mama dah tengok tengok kat Moonaz Swimming Attire, ada baju renang muslimah dalam size aii yang montel ini hehehe. Ada banyak lagi peralatan renang yang dijual oleh Moonaz, antaranya:

Baju renang muslimah dan kanak-kanak

Banyak pakaian renang muslimah dan kanak-kanak yang cantik kat Moonaz Swimming Attire ni
Jom Belajar Berenang Dengan SwimRush!

Team SwimRush memang awesome!
Swimrush Swimming Academy
Website: www.swimrush.wordpress.com
Facebook: SwimRush
Instagram: @swim.rush
Moonaz Swimming Attire
Website: www.moonaz.com.my
Facebook: Moonaz Swimming Attire
Instagram: @moonaz.swimming.attire
7,096 total views, 1 views today






Hannah asyik tanya.. bila lg kelas dia.. hehehe
YB Shehan recently posted…KELAS RENANG KANAK-KANAK DAN DEWASA | KELAS BELAJAR RENANG SWIMRUSH | AMPANG
Sama laa si kembar ni pun. Jom repeat shehan, kita kita saja dah penuh satu kelas dah hehe
Nak belajar lagi… Serius byk sgt ilmu dpt..
Lan Careno recently posted…Spicy Gilerrr menu terbaru Kenny Rogers Roaster…
Kannn..memang nak sambung belajar
Saya pun nak belajar berenang.. tapi takut lemas pula. Tak dapat tahan nafas dengan lama. Mungkin patut ikut kelas ni kan..
Puan guna kamera apa ni? lawa gambar2, siap boleh ambik gambar dalam air lagi.. fuh
dedauncomel.coom recently posted…Cara Ekstrim Untuk Kuruskan Badan Dalam 1 Minggu
Dlm kelas diorang ajar mcm mana nak menyelam lama. Gambar dlm air tu dr blogger Lan Careno, dia guna action cam rasanya
dalam air kena bernafas (bubble).. selama ni ingat kena tahan nafas
YB Shehan recently posted…KENAPA AKU PILIH TYZARA?
Bagusnya.. ena kalau stay KL, lama dah nak pergi kelas ni… Nak belajar berenang lebih cekap even sekarang reti berenang
Yup yg dah tahu berenang pun elok gak belajar teknik teknik yg betul
Wah menarik ni…SA memang takut air…
Suria Amanda recently posted…Indahnya Dunia Blogging
Camtu recommended SA join kelas ni, utk atasi rasa takut tu & build water confidence.
mujur ada rezeki jumpa mama lagi kan.hehehe
ummi recently posted…Bagaimana nak jaga perasaan orang? Ke biar kita terluka hati manusia kita jaga?
Lepas ni kita dating lagi ehh hehe