Salam dears… Si kembar ni suka mandi kolam dan main air. Ehh buat kali ke saploh juta kali kot Mama dok habaq kat blog, si kembar ni suka main air hahaha. Cuma kali ni bukan nak cerita kat mana kolam yang murah dan best, tapi tentang swim vest kanak-kanak, sebab Mama rasa benda ni penting untuk budak budak bila pergi main air kat kolam ke sungai ke water park ke. Risau je takut Mama Ayah terlepas pandang huhu….
Kenapa Nak Pakai Swim Vest?
Walaupun si kembar ni baru je belajar berenang dan belum cekap, tapi diorang punya water confidence dan tak takut air tu fuhhh memang bikin peluh tiak aii lah. Kolam dewasa yang dalam tu pun diorang selamba je nak pergi terjun. Mama ni lah yang kecut perut, dok terjerit jerit laaa tiap kali mandi kolam. Anak tu oiii…siapa tak risau kan?
So…untuk mengurangkan risiko terjadi benda yang tak diingini, Mama rasa perlu beli life jacket atau swim vest kanak-kanak untuk diorang. Sekurang kurangnya daripada segi keselamatan tu terjaga laa gak kan.
Tapi tu tak bermaksud boleh lepas tangan dok melepak relek ja tau. Walaupun pakai swim vest atau pelampung ke, ibubapa mesti sentiasa pantau anak anak. Sebab swim vest tu hanyalah alat untuk bantu bagi terapung atau buoyancy aid saja, dan bukannya jaminan tak akan lemas! Haaa kena sentiasa ingat tu tauuu *pesanan untuk diri sendiri gak ni*

Dulu pakai swim vest jenis getah camtu
Masa ke Primaland Resort Port Dickson dulu, Mama beli inflatable swim vest yang jenis getah macam pelampung tu je. Murah je tak sampai RM20 pun. Beli kat GM Klang. Tapi sekarang dah ketat dan si kembar tak boleh pakai dah. So…Mama kenalah cari yang sesuai untuk budak besar dan boleh tampung berat si kembar ni. Si Fahmi tu dah 30kg hokey…berat! Aii nak dukung pun tak larat dah hehe
Kat Mana Nak Beli Swim Vest Kanak-Kanak?
Mulanya Mama ingat nak beli life jacket Sauf macam yang Ben Ashaari guna untuk anak anak dia, tapi tengok tak ada plak yang sesuai untuk berat si kembar ni. Jadi macam biasa, Mama pun tanyalah pakcik Google hehehe.
Daripada apa yang Mama tengok…hmm boleh tahan jugak harga swim vest kanak kanak ni. Nak cari yang bawah RM50 tu memang nan hado lah. Err actually ada, kat Lazada tapi ‘shipped from oversea’, maksudnya kena tunggu lama lah baru dapat. Mama nak cepat, sebab weekend lepas nak pergi main air dah.
Jadi Mama pergi laa tengok kat Declathon, sebab ramai geng kaki sukan kata barang sukan kat sana murah. Dan…ya memang harga berpatutan! Meroyan gak wehh kat Declathon tu, daripada nak beli swim vest ja terrrbeli benda lain jugak! Err…shopaholic memang camni kan hahahaha

Swim vest kanak-kanak yang Mama beli di Decathlon
Mama beli yang ni sebab sesuai untuk berat sehingga 40kg. Rasanya tahan laa boleh guna lagi dua tiga tahun ni. Harga RM69 setiap satu. Kali tiga? Fuhhh peluh tiak gak nak membayarnya huhu. Tapi fikirkan keselamatan anak anak, dan boleh pakai lama…sebenarnya harga ni ok lah kan?

Swim vest ni jenis ada foam kat bahagian depan dan belakang
Ohh yaa swim vest dan life jacket bukan benda yang sama tau, ada beza. Apa yang Mama tahu, life jacket tak ada foam kat belakang tu, atau kalau ada pun sikit ja. Sebab nak bagi terapung face up, supaya tak lemas. Swim vest ni plak fungsinya hanya untuk bantu bagi terapung saja. Ehh tatau laa camna nak terangkan, tapi korang faham lah kot? huhu

Sesuai untuk berat sehingga 40kg

Ada tempat untuk tulis nama, aii like!

Tu…RM69 tu harga swim vest ni lah tu

Model swim vest ka ni? hahahaha

Syok ja si kembar ni boleh berenang terapung camtu
Hmm baju renang dah ada, swim vest dah ada…kena selalu pergi mandi kolam laa camni. Kalau beli mahal mahal tapi jarang guna, rugi laa wehhh…kan kan kan? Alasan sangat ni nak main air, kunun sebab anak anak suka. Padahal mak nya yang lebih hahahaha 😉
9,040 total views, 1 views today





taklah risau anak nak berenangkan,keselamatan anak kat tempat macam tu kena jadi yang pertama lah…anak susah nak cari…
Betul sangat, anak tiada ganti kann
wahh.. mcm best je swin vest ni.. tak yah dah nak guna pelampung kann…
A aah rasa secure skit berbanding pelampung
ok mai rumah.. leh dah swim sini.. kolam 4 meter. hehehe
InsyaAllah dlm plan, dok ajak hubby pi 😉
Bukan main seronok lagi tengok anak2 kembar mama ni… masing2 ada sorang satu swim vest.
anuar recently posted…Senarai Peserta Contest SEO Belajar Buat Blog
Alhamdulillah happy dpt main air hehe
fariza tak suka pakai benda ni..geram je rasa..hahaa
Dia rasa tak selesa kot. Nad kena mengekor dia sentiasa laa jawabnya hehe
Fariza dipakaikan macam ni dia tak suka..menangis suruh buka..
Laa ya ka? Dia rasa tak selesa kot tu