Salam dears…. “Mama, lesbo tu apa?” tanya anak kecil korang. Pastu dengan gembiranya si kecil menyanyi nyanyi “go to hell dil…. go to hell…”. Haaa peluh tiak tak kalau anak anak tanya dan nyanyi camtu? So kalau nak elak semua tu, maka tak payah lah bawa diorang pergi tengok filem Dear Zindagi ni.
Lagipun filem ni banyak cakap cakap, nanti budak budak cepat boring. Macam masa Mama pergi tengok hari tu, ada beberapa famili yang bawa anak kecil. Filem tak sampai setengah jalan, budak budak dah bangun berlari sana sini. Bising dalam panggung. Nasib tak baik, Mama satu barisan dengan famili tu dan Mama duduk di kerusi yang paling hujung. Kejap kejap budak budak tu lalu keluar masuk kat depan Mama. Ganggu konsentrasi aii tau.
Yang mak pak nya, boleh biar je anak anak diorang kehulu kehilir camtu. Geram! Mama tak marah budak budak tu, dah namanya budak kan. Tapi ibubapanya tu lah, kawal lah anak anak. Kalau tak dapat kawal, bawa je keluar. Hormati lah penonton lain yang bayar duit tiket nak tengok wayang dengan aman kat panggung. Jangan pentingkan diri sendiri je, betul tak? Ehhh termelalut pula, jom sambung cerita pasal filem Dear Zindagi ni….

Dear Zindagi bukan filem Hindustan yang tipikal.
Filem ni mengisahkan tentang Kaira (lakonan Alia Bhatt) yang hadapi masalah dalam setiap hubungan cintanya. Dia tak boleh ‘commit’, dia akan putuskan setiap hubungan tu walaupun dapat teman lelaki yang best. Lepas tu dia hadapi masalah tak boleh nak tidur. Jadi dia pergi jumpa pakar psikologi, iaitu Dr. Jehangir Khan atau Jug (lakonan Shah Rukh Khan). Daripada sesi terapi tu lah dia belajar untuk selesaikan masalah dengan ibubapanya dan ‘her fear of commitment’.
Bagi Mama, jalan ceritanya mudah dan ringan je, tapi tak berapa sesuai untuk kanak kanak tonton. Tak, bukan filem ni ada aksi ghairah ke cakap lucah ke apa ke. Cumanya…walau pun tak ada adengan berahi, tapi ada benda yang mungkin menimbulkan persoalan diminda anak anak. Sebab awal awal lagi filem ni ada unsur seolah olah membolehkan remaja dan anak muda mengamalkan cara hidup bebas. Pastu lagu yang ‘catchy’ tapi sebut ‘go to hell’, bayangkan budak kecil nyanyi depan atuk nenek diorang? Mau tercekik tulang ikan orang tua tu kang hehehe
Sebenarnya banyak je mesej yang bagus dalam Dear Zindagi. Contohnya pentingnya ibubapa wujudkan memori indah semasa anak anak masih kecil. Sebab bagaimana kita layan anak anak sekarang, kasih sayang dan masa yang kita luangkan untuk anak semasa kecil, akan ada kesan keatas emosi dan peribadi anak bila dah besar nanti. Walaupun setakat bermain ombak dipantai, itu boleh jadi kenangan manis untuk anak anak yang akan dikenang sampai bila bila.
Mesej untuk anak pula, Jug pesan cuba lihat ibubapa kita bukan sekadar ibubapa yang mesti sempurna setiap masa. Tapi ingatlah ibubapa pun manusia biasa yang ada masalah dan kadang kadang buat silap. Jangan simpan dendam dengan ibubapa sampai merosakkan hubungan keluarga. Untuk pasangan pula, jangan terlalu ‘demanding’ harapkan pasangan penuhi segala kehendak dan keperluan. Terima pasangan seadanya.
Hmm benda ni kadang kadang kita terlupa. Jadi sekali sekala dengar pesanan camni bagus juga kan? Tambah plak…Shah Rukh Khan yang pesan kannn? Hahaha

Bestnya kalau dapat pakar psikologi yang handsome camni, mengadap tiap hari pun tak kisah hahaha 😉
Ohh yaa…Dear Zindagi lebih banyak berkisar pada watak Kaira tu. Jadi watak Shah Rukh Khan bukan fokus dalam filem ni, dah lepas ‘interval’ baru lah SRK muncul.
Dan Shah Rukh Khan dalam filem ni bukan hero macam dia selalu berlakon tu tau. Kalau nak tengok SRK romantik menari menyanyi dalam hujan dengan heroin cekci tu memang tak dak lah ye. Tapi…kalau nak dengar suara sebenar SRK menyanyi, haa ada laa sikit. Dalam beberapa saat je dia menyanyi. Jadi lah kan… hehehe 😉
7,332 total views, 1 views today





Itu sebab julia elakkan bawa anak pi panggung masa kecik ni sebab dah tau nanti hasilnya akan ganggu konsentrasi penonton lain…sebab dh fhm anak sendiri mcm mana kan…tu sebab kalau event melibatkan conference atau seminar kalau tak ada port utk diorang dijaga macam Parenthood tu mmg ju angkat kaki awal2 hehe…wauu best juga layan movie ni ye sis…
JULIA JOHARI recently posted…Julia Johari dalam WALLA Menu Kita TV1 – Restoren Nasi Vanggey
Bagus juju considerate macam tu. Kalau laa semua parents pun fikir macam ni 🙂
Sepatutnya mama kembar 3 kuar date berdua je layan wayang..hihihi
Nasib baik tak bawa si kembar pi tgk. Mama memang suka tengok wayang sorang sorang je
baru tau ada filem hindi baru bila baca entri kak nani ni. Dah lama tak masuk panggung, nampaknya tunggu tayangan di tv je la nanti ni 🙂
Akak minat SRK, mmg tunggu ja filem dia kluar terus pi tgk hehe
memang setuju, Dear Zindagi bukan filem untuk kanak-kanak.. untuk anak remaja mungkin sesuai la.. 🙂
saya pun peminat SRK.. give me 5..!! hehehehee..
best kan kalau dapat ‘brain’s doctor’ macam Jug.. hari2 sakit jiwa pun takpe..
:p
*tak puas tonton Dear Zindagi.. cepat la keluar online, boleh ulang2 tengok lagi..*
…
Kalau ada encem macam Jug, tak sakit pun sanggup pi mengadap kannn 😉
I’ve watched this movie kat cinema last week and memang best gila. Sedih pun ada.. Best gila lah kalau dapat psychologist cam srk tu kann
Sanggup mengadap tiap hari kalau macam SRK tu hehe