Salam dears… Doctor Strange bukanlah salah satu nama yang Mama kenal, walaupun Mama ni minat tengok cerita superheroes. Berbanding Captain America, Iron Man dan geng The Avengers lah. Tapi untuk peminat tegar komik Marvel, mesti korang kenal kan? Mama dapat tahu tentang watak Doctor Strange ni pun lepas tengok trailer kat YouTube. Pelakon utamanya Benedict Cumberbatch pun Mama tak kenal sangat. Tapi lepas tonton filem ni, terus mengGoogle cari siapa dia. Sebab aduhai hensemnya dia! Ehh…ke situ plak hahaha 😉
Okeh sambung cerita. Siang semalam Mama Ayah bawa si kembar pergi tengok Doctor Strange dan Mama rasa filem ni memang besttt! Bagi Mama jalan ceritanya best, aksi menarik pun banyak. Dari awal sampai habis, si kembar tumpukan perhatian. Tak ada part yang boring banyak cakap, jadi budak budak pun kusyuk je tengok. Banyak adengan dan dialog yang lawak jugak. Berdekah dekah si kembar ni ketawa tau, walaupun diorang tak faham sangat Bahasa Inggeris hehe.

Filem ni mengisahkan tentang Doctor Stephen Strange seorang neurosurgeon yang hidupnya berubah selepas terlibat dalam kemalangan kereta. Tangannya cedera teruk dan asyik bergetar, dah tak steady dah. Bila perubatan moden tak dapat nak ubati tangannya, dia mencari cara alternatif lain pula sampailah ke Kamar-Taj di Kathmandu untuk berubat. Dia tak berjaya nak pulihkan 100% tangannya macam dulu, tapi yang dia temui dan pelajari adalah lebih daripada tu. Dia ada pilihan…ubati dirinya sendiri, atau selamatkan dunia? Apa kuasa dan kelebihan Doctor Strange ni? Haaa tu korang kena pergi tengok sendiri lah ye hehe. Mesti korang enjoy 😉
Hmm masa filem dah nak habis kan, tiba tiba si Faris cuit bahu Mama, suruh dekatkan telinga sebab dia nak bisik bagitahu “cerita ni bestlah Mama!”. Ishh budak ni, suka sangat lah tu sampai tak sabar tunggu filem habis baru cakap. Kacau kosentrasi aii je tau hehehe. Pastukan, ada satu part tu kan, si kembar ni kata “tak logik lah Mama, dia boleh buat macam tu”. Yup memang laa…keseluruhan cerita ni pun tak logik, dah namanya cerita komik kan hehe.
Tapi, ada mesej positif yang boleh ditekankan kat anak anak. Bagusnya cerita Doctor Strange ni ialah ia mengajar kita supaya jangan mudah putus asa. Kalau satu cara tak berjaya, cari cara lain dan usaha sampai berjaya. Percaya pada segala kemungkinan dan kebolehan diri sendiri. Buka mata hati dan minda untuk melihat lebih daripada apa yang nampak pada mata kasar saja.
Dan…jangan berlagak dan kena bersabar, jangan tergesa gesa nak buat sesuatu! Haa ni pesanan yang berulang kali Mama cakap kat Fahmi, sebab si Fahmi ni ada perangai tu. Sampaikan belum habis baca soalan periksa, dia dah tulis jawapan…akhirnya jawapan tu salah! So lepas tengok filem ni, Mama pesan kat dia, jangan berlagak macam dah tahu semua benda. Baca dan fahami dulu sebelum ambil apa apa tindakan pun. Si Fahmi mengangguk je laa dengar ceramah Mama ni, ntah ingat ke tidak tak tahu lah kan…

FIlem Doctor Strange ni sesuai ke untuk budak budak? Hmm…nak kata sesuai sangat tu…ada juga part yang agak ganas. Dah cerita superhero kan, mestilah ada lawan lawan, bunuh bunuh semua. Jadi kalau anak anak yang masih kecil baby dan mudah takut tu, tak sesuai kot. Korang pandai pandai fikir sendiri lah, kalau rasa tak sesuai untuk umur anak korang, tak payah bawa pergi tengok lah ye. Tapi kalau untuk diri sendiri je nak tengok, sila…sila…memang best! Mama bagi 5 bintang!
Psttt…jangan terus keluar panggung lepas filem habis, tunggu sampai ke penghujung ‘ending credit’ tu tau. Ada 2 kali suprise hehe 😉
9,059 total views, 1 views today





wahh macam best jer . teringin jugak nak tengok ni!
Pi la tengok, memang best!
da tgk! mmg best. hehehe.. nasib la tunggu sampai habis sekali. berbaloi. org lain semua da keluar wayang, kami 3 beranak je dok tunggu sambil ditemani mat2 bangla yg standby nk kemas cinema. hehehe
Tu laa cerita Marvel memang kena tunggu sampai habis, rugi kalau keluar awal
bestnya..teringin nk tengok tapi laki saya jenis x suka tengok wayang..huhu
Try laa ajak…kot kot kali ni dia nak hehe
belum tengok, nanti kena buh dalam list must watch la
raihanah recently posted…Promosi Shaklee November 2016
Yup, must watch ni
Ok..nak tengok jugak la..kalau ada lawan2 ni anak2 suka..hahah
Sila sila…best!
alaaa dah terpikat la baca jalan cerita akak ni…nak pi tengok lah cari online moview kt tenet kot2 dpt hehehe tq kak
JULIA JOHARI recently posted…Potong GULA, Jangan POTONG KAKI Stevia GlamoHealth
Tgk jgn tak tgk hehe
Dah lama x pi tengok wayang…lately ni bz sgt..kena cari masa gak la pi tgok wayang..
Suria Amanda recently posted…Spray 8 Spray Penjagaan Luka Semulajadi Keluaran Furley Bioextracts
Sekali sekala tgk wayang best gak, releks
Waaa…ramai orang kata citer ni best. Tapi tak berkesempatan nak tengok lagi…huhu..
Btw, salam perkenalan..hehe..
Salam kenal 🙂