Salam dears… Baru baru ni ada sorang kawan ofis Mama yang tiba tiba jatuh sakit. Dalam usia 40an, daripada segi fizikal dia nampak lebih muda dari usianya. Sebab dia jenis yang amalkan gaya hidup sihat, rajin bersenam dan jaga makan minum. Jadi bila tiba tiba sakit dan MC sampai seminggu, kitorang semua agak terkejut juga lah. Ye lah, orang yang nak MC sehari pun jarang, tiba tiba seminggu terus…risau gak kan?
Dia demam panas, muntah muntah, sakit sakit satu badan dan lemah sangat sampai nak bangun pun tak larat. Yang peliknya, pergi jumpa doktor…doktor periksa darah laa itu laa ini laa, tak jumpa pun apa punca sakit sampai macam tu sekali. Tapi…lepas disoal siasat oleh doktor pakar, doktor kata kemungkinan besar dia sakit tu adalah kesan sebab tak cukup tidur!
Rupa rupanya dia ni jenis yang tidur beberapa jam saja setiap malam. Bukan tak nak tidur, tapi dia macam ada masalah untuk tidur atau ‘insomnia‘. Dah baring kat katil pun nanti dok terkebil kebil tak boleh lena. Otak ligat dok pikir itu ini. Sudahnya pukul 1-2 pagi baru terlelap, pukul 4 pagi dah bangun dah.
Doktor kata waktu tidur adalah waktu untuk otak dan badan kita ‘recharge’ balik. Jadi bila tak cukup tidur, badan tak dapat rehat yang secukupnya dan ‘overworked’ atau bekerja lebih masa. Sudahnya, sampai satu tahap…badan dia tiba tiba macam nak ‘shut down’!
Terus Mama mengGoogle dan jumpa banyak artikel tentang bahayanya kesan tak cukup tidur. Boleh mengakibatkan pelbagai penyakit termasuklah penyakit kronik. Malah ada kes seorang CEO di India yang meninggal dunia pada usia muda akibat serangan jantung, dan ianya kerana dia tak cukup tidur! Dia baru berumur 42 tahun. Dia pun jenis yang amalkan gaya hidup sihat, jaga diet, tak minum arak dan tak merokok. Cumanya…dia tidur 4-5 jam saja setiap hari, sedangkan orang dewasa sebaiknya tidur sekurang kurangnya 7 jam.
Ni diantara kesan tak cukup tidur (sumber)

Berapa jam tidur yang diperlukan pula adalah mengikut peringkat umur tau…
Ada banyak lagi maklumat kat website National Sleep Foundation, kalau ada masa pergilah baca ye.
Kita ni kadang kadang bila terlalu banyak perkara yang nak dibuat, sanggup korbankan masa tidur untuk siapkan kerja. Dan bagi yang ada anak kecil, memang selalu lah tak cukup tidur. Ada yang anak anak tak nak tidur awal, so mak bapaknya pun tidur lewat sebab jaga anak. Tapi…nampak gayanya kenalah cari jalan untuk tidur awal dan dapatkan tidur yang secukupnya. Sebab ianya sangat penting untuk kesihatan badan dan perkembangan otak!
Hmm memang laa sakit demam, ajal maut bukan kita yang tentukan. Tapi seeloknya kita jagalah diri kita kan? So… lepas ni jangan tidur lewat lagi ye. Tidur awal, bangun awal…hokey? Pesanan untuk diri sendiri gak ni 🙂
13,724 total views, 1 views today






penting tidur yg cukup.. tapi pada bulan Ramadhan ni, rasa rugi pula kalau kita byk tidur..
anuar recently posted…Teknik PERCUMA Pemasaran Facebook. Download sekarang!!
Yup btul, tapi kena pandai seimbangkan kan
Assalammualaikum mama..tidur penting untuk keseluruhan tubuh kita..tidur itulah nak bagi semuanya rehat…terima kasig perkongsian ini ya mama 🙂 peringtan untuk kita semua..
Perdu Cinta recently posted…Ambil Tahu Jangan Dipersia
Wsalam PC 🙂
rehat tu penting.
jadi, tidur itu pun penting.
so..tidur la secukupnya.
titan recently posted…Billplz bantu urusan jual beli jadi lebih MUDAH.
Yup betul
Allah jadikan siang dan malam pasti ada sebabnya. So masa tidur tu.. tidur lah…
Yup betul tu SS
Seram pulak baca entri nie.. huhu
Afif Rayyan recently posted…Senarai Bangunan Bersejarah Di Malaysia
tu laa kan
Saya pun jenis susah nak tidur…
Ikhwan recently posted…Download Nota Latihan Separa Perubatan
Kalau sampai tahap insomnia, cuba dapatkan nasihat doktor ye
Betul tu. Terima kasih kerana info puan mengingatkan saya bertapa pentingnya menjaga kesihatan dengan tidur yang optimum.
BENARKAH MUSLIMAH BERKACAMATA VINTAGE LEBIH ANGGUN?
+ Optom. berkonsepkan Kaca mata vintage, sesuai digayakan dengan tudung atau shawl.
+ Kalau tak percaya jemputlah ke http://www.optom.my.
Sama sama 🙂
acik pun ada masalah susah tido mlm.. sejak zaman bljr dulu.. thanks share
Aku penghibur recently posted…Bila Lihat Orang Susah Sebenarnya Kita Yang Sedang Di Uji
Cuba minum secawan chamomile tea sebelum tido, org kata baik utk relax & mudah tido
SubhanAllah…seram baca story benar akak ni ye…orang yg jarang mc tetiba 1 minggu mc…tak cukup tidur…x sangka penyakit ni mudarat ye…tp juju selalu sgt nak tidoooo je penyakit malas ni kak hahaha
alamak sama laa kita…penyakit malas hahaha
Ooo macam tu eerk..kadang ada anak tak cukup tidur..hehhee
nadia johari recently posted…BERBUKA PUASA DENGAN SUASANA ROMANTIK DI MENARA KUALA LUMPUR
time anak kecik tu mmg laa kan nad, tak dpt nak elak
dkna pernah dengar gak info ni sebelum ni kak..
dkna abza recently posted…Resepi Ringkas Ayam Masak Tiram
kena disiplinkan diri agar dpt tidur yg cukup kan dkna
We should be aware as to how important having enough sleep is.
Alexander Jacques Sabucido recently posted…Most Accurate Blood Pressure Monitor