Salam dears… “Kasut sekolah dah basuh ke? Sempat kering tak?”. Itulah soalan yang selalu Mama tanya Ayah dihujung minggu. Sebab basuh kasut ialah tugas Ayah, dan tugas Mama ialah mengingatkan Ayah suruh basuh kasut! hehe. Maklumlah, kitorang ni duduk rumah apartment je. Bila sidai kasut kat balkoni bukan kena matahari sangat pun. Kalau tak kering, jawabnya memang semalaman bersusun bawah kipas lah kasut tu. Jadi, untuk tahun depan ni Mama mencari kasut sekolah cepat kering…dan pilihan Mama ialah kasut Pallas Jazz! Haaa siapa tak kenal jenama Pallas kan? Bak kata si kembar, kasut legend ni! hehehe 😉
Beli Kasut Sekolah Pallas Jazz Online
Ikut pengalaman lalu, setiap kali bawa si kembar tiga ni pergi beli kasut sekolah, mesti kecoh dan kelam kabut! Bukannya diorang reti nak duduk diam pilih kasut, tapi lari buat bising keliling kedai adalah. Nak suruh cuba kasut pun susah tau huhu. Jadi kali ni, Mama order online saja, lagi senang!
Kat website Pallas ada panduan ukur kaki untuk dapatkan saiz kasut yang betul dan Mama ikut tu je lah. Panjang tapak kaki si kembar (dari hujung ibu jari sampai tumit) ialah 22 cm. Jadi Mama pilih saiz yang panjang lebih 1 cm daripada ukuran kaki si kembar ni. Mama ambil saiz 3. Tapi kena tengok betul betul tau ukuran kasut tu, sebab lain design / model, mungkin berbeza ukurannya walaupun saiz sama.
Kasut Sekolah Cepat Kering Pallas Jazz Single Velcro Strap
Masa dok memilih kasut Pallas tu kan, ada dua design yang Mama berkenan. Sebab kedua duanya ada semua ciri ciri yang Mama cari iaitu cepat kering, ringan dan ada penyaluran udara yang baik. Belek punya belek punya belek, akhirnya Mama pilih kedua duanya sekali! Nak tahu yang mana? Meh nak tunjuk…
Sama tapi tak serupa. Yang kiri kod 307-0181 dan yang kanan kod 307-0186.
Pallas Jazz Single Velcro Strap 307-0181
Selain daripada cepat kering, kasut Pallas Jazz 307-0181 ni juga direka agar ada penyaluran udara yang baik. Budak budak kan pakai kasut berjam jam lamanya, pastu berlari kesana kemari…mesti cepat peluh. Jadi sistem penyaluran udara yang baik ni memang penting. Barulah kaki dapat ‘bernafas’, lebih sejuk dan selesa gitu.
Ayah kata jenis macam ni lebih mudah dibasuh, sebab tak banyak bahagian yang kain.
Haa tengok tu, nampak macam berjaring jaring kan? Rasanya tu yang membolehkan kasut ni cepat kering.
Mama suka tapak kasut yang banyak ‘bunga’ macam ni, sebab cengkaman lebih kuat. Kalau yang ‘bunga’ sikit, risau je takut anak tergolek bila dok lari sana sini. Tambah plak kalau lantai basah dan licin, bahaya wooo
Pallas Jazz Single Velcro Strap 307-0186
Design 307-0186 ni sangat ringan! Lebih ringan dari yang 307-0181. Harga pun lebih sikit lah, tapi beza beberapa ringgit je pun.
Bahagian dalam lain sikit, tak berjaring jaring sangat. Lembut dan nipis, rasanya cepat kering gak ni.
Tapak kasut banyak ‘bunga’ gak, InsyAllah ‘grip’ bagus.
Lawa kan kasut Pallas ni? Nampak kemas, aii like!
Teruja si kembar ni dah ada kasut baru, semangat nak posing suruh Mama ambil gambar…sampai stokin pun terlupa pakai hahaha!
Hmm ok lah, itu je Mama nak berkongsi cerita. Mana lah tahu ada mak bapak yang dok mencari-cari barang keperluan sekolah anak kan? Tambah pula yang anak anak baru nak masuk darjah 1 tahun depan, mesti teruja tahap gabankan hehehe. Mama tahu, sebab Mama pun macam tu juga dulu. Ehh…bukan dulu je lah, sampai sekarang ni pun masih teruja (dan pening kepala) setiap kali memilih barang keperluan sekolah si kembar ni haa. Nasib baik lah beg dan kasut sekolah dah siap, legaaa!
Ohh ya…kalau korang nak usha kasut Pallas ni, sila terjah website Pallas ye…ada banyak pilihan kat situ. Happy shopping! hehehe
23,589 total views, 1 views today
Tak pernah lagi beli kasut sekolah secara online… Risau tak muat atau longgar…
Anuar recently posted…Exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 (PTD) pada 23 November 2016
Ni pun first time order online, nasib baik muat elok. Senang ikut ja panduan cara ukur saiz kaki tu
wow..terbaiklah pallas..:)
Pallas best! 🙂
kasut pallas! sekolah dulu pun pakai jenama ni,mesti pilih cepat kering kan,tambah2 musim hujan huhuuuu….
Yup betul, kalau tak kering kesian kat anak tak selesa pakai kasut lembab
Menariknya kak. Aduh.. tgoda la plak.heeee..
YB Shehan recently posted…ETHISSA : KEDAI ONLINE BARANGAN BAYI YANG AWESOME!
Cantik ooo kasut ni Shehan… mesti Hannah berkenan hehe
Next year kakak Dania dan naik sekolah menengah..kalau ada rezeki dia masuk asrama, kena la start beli barang sekolah bulan 12 ni…
umminani recently posted…Ibu kami sayangkan ibu selamanya…
Masuk asrama lagi banyak laa belanja jawabnya kan. Takpa…demi anak…moga murah rezeki Ummi 🙂
Boleh cuba beli sepasang ni. Adam prasekolah tahun depan. Klau tak silap, kena pakai/sediakan sepasang kasut sekolah. 🙂
Beli laa. Buat persediaan awal awal, senang.
Pallas memang legend… suka dulu!
Cam best jer beli online.. tak yah bersesak
Nina Mirza recently posted…Resepi untuk orang sakit… Bubur Lambuk Sedap
Yup senang beli online, order dan tunggu je sampai depan pintu hehe
kasut ni memang best kan …heheh tahan lama and cepat kering .
lisa recently posted…Pengalaman Cabut Gigi Bongsu Di Klinik Pergigian Majestic
Yup, ciri ciri penting ni
kasut pallas mmg bagus..
mas saari recently posted…Gegar Vaganza 3 : minggu keempat
Pallas dah memang dikenali bertahun lamanya kan
anak saya dah 2 tahun pakai kasut ni.. mmg best. tahan lama. kasut yg tahun pertama tu masih boleh pakai lagi. lg best kasut ni x perlu kapur. tp kena basuh dgn sabun mandi spy kasut kekal putih. kasut ni kalau kapur abis lubang2 jaring tu tersumbat.
Ohh basuh guna sabun mandi eh? TQ bgtau 🙂
Selesa dan mudah diurus..bersemangat la si kembar ni ya…
Excited nak pakai terus hehe
wah bagus yer skrg ada kasut sekolah cepat kering.. masa zaman ss dulu jemur blkg peti ais nak cepat kering haha
shiqeen sattar recently posted…Filem Troll Kartun Wajib Tonton Oleh Ibu Bapa Dan Anak-Anak
Sama laa, buat camtu gak dulu. Tapi nnt kering jd warna kekuningan skit kasut tu
Lawa yer design kasut pallas ni kak nani…tergoda tau…wahh cepat kering lagi suka…nanti abam Qi masuk darjah 1 nak beli pallas la…tq kak good review
JULIA JOHARI recently posted…Ephyra Collagen Drink Rahsia Gaya Hidup Sihat Saya !
Seronok laa Qi kalau dapat kasut ni hehe
utk thn dpn nk cari warna hitam la … nampak cantik jg designnye ….
Yup design lawa, kalau warna hitam mungkin lagi smart
terimakasih mama…mmg tgh survey kasut sekolah yg cepat kering pon ni..so entry mama ni sgt2 membantu..thanx so much!
Alhamdulillah 🙂
wah best ni. tgh survey kasut anak jgk ni
Pallas best Ainul, kasut legend 😉
Alhamdulillah.. jumpa blog sis ni. Sangat2 membantu akak yang first timer anta anak darjah 1 tahun depan. Umur dah 4 series, tapi anak2 kecil lagi..hehehe.
Tq sangat2.. i love your sharings!!! teruskan share yer. <3 <3 <3
InsyaAllah…thank u sudi baca 🙂