Salam dears… Macam mana korang rasa puasa tahun ni? Ok tak? Mama ni risau gak si kembar berpuasa masa pergi sekolah, sebab cuaca panas kan. Kot kot diorang tak tahan dan jadi lesu je. Alhamdulillah setakat ni si kembar 3 mampu puasa sepanjang hari. Tak dak lah episod nak berbuka separuh hari hehe.
Tapi…tetap ada juga benda yang mencabar untuk diorang tau. Teringat celoteh si kembar ni minggu lepas, masa dok melepak depan TV tiba tiba diorang bercerita…
Faris: Susahnya puasa hari ni Mama!
 Mama: Apsal?
 Faris: Kat taska tadi, cikgu goreng fries. Sedapnyaaa fries!…
 Mama: Eh…kamukan puasa?!
 Fahmi: Kita tak makan laa Mama. Ada budak perempuan ni apa laa…dia kata puasa. Tapi lepas tu dia makan fries tu, sebab tak tahan! Hehehe
 Faris: Aa ahh, kita tahan je. Tapikan…sedapnya bau fries tu Mama… (sambil buat muka dok bayangkan makanan sedap!)
Alahai siannya… Mama boleh bayangkan lah, bau fries digoreng harum semerbak memenuhi taksa. Lepas tu budak budak pakat berebut makan dengan penuh nikmat! Dicicah plak dengan sos tomato kegemaran si kembar ni…. perghhh dugaan betul lah! Nasib baik lah anak anak Mama mampu bertahan. Syabas mere beta! hehehe
Hmm apa lah dugaan si kembar hari ni, cikgu masak apa agaknya kat taska tu ye? Apa apa pun, Mama berdoa moga dipermudahkan untuk si kembar ni berpuasa. Mama dah janji ngan diorang, siapa yang puasa penuh sebulan nanti Mama akan belikan buku atau komik yang diorang suka. Setakat ni, janji janji manisku itu mampu buat diorang semangat nak puasa penuh 🙂

3 dak tecik yang saploh juta kali dok tanya “Dah azan ke? Dah boleh makan ke?” hahaha
14,658 total views, 1 views today






In sya Allah anak anak bertiga ni kuat semangat…amin…berkat doa mama…berkat nasihat mama…dengar kata…boleh cukup sebulan puasa..
Amin… Tq pc 🙂
Huhu..kelihatan agak menceriakan wajah mereka ni.. walaupun dah berpuasa sepanjang hari.. good boy.. haha
Hafizul recently posted…Tak Yah Fikirkan Sangat Yer
Alhamdulillah, diorang bertenaga walaupun puasa 🙂
sian, dugaan untuk kembar puasa di taska yer.
Nak buat camnakan, budak budak kecik yg tak puasa ramai, cikgu kenalah masak jugak
Mama takkan setakat belikan buku atau komik jer kalau puasa penuh sebulan…. Anak-anak Kembar 3 mama tentu nak duit raya… 😉
Anuar recently posted…Confirm! Restoran Simpang Tiga Ipoh Telah pun menyertai Program Mykad Smart Shopper (MSSP)
Sama macam anak-anak saya… hehehe 😉
Anuar recently posted…Confirm! Restoran Simpang Tiga Ipoh Telah pun menyertai Program Mykad Smart Shopper (MSSP)
Geng lah ni? Hehe
Duit raya opkos ada, komik tu extra incentive hehe
Hehehe comel-comel jeee… Semoga anak2 akk tabah berpuasa.. yeahh!
Ina Ainaa recently posted…JUADAH BERSAHUR | JUS PISANG KURMA RESEPI ENA
InsyaAllah. TQ Ena 🙂
semoga bertabahlah berpuasa ya.
Raihanah Ahmad recently posted…Turunkan Berat Badan – Detox Hati Anda
InsyaAllah 🙂
anak2 berouasa mmg comel..mak2 yg.kecian tgk. along siap nangis…kecian tapi bila berbuka depa yg heaven
umminani recently posted…AYAH INGIN KU PELUK JIKA KAU MASIH ADA
Tu laa mak mak kena tahan, kena latih dr kecil lagi senang kan
Wahhhh….memang mencabar keimanan sungguh bau fries tu…hihihi
Kannn…sedap ooo fries hahaha
Semangat anak2 posa dgn janji yg baik2.bagus la kan, kita nk ajaq depa posa penuh sebulan. alhamdulillah
Yup PCL, asalkan depa nak berpuasa pun dah bagus
Caiyok..caiyok..yakin boleh triplets 😀
TQ unty fieza 🙂