Salam dears… Mama tak bela kucing. Tapi kucing jiran selalu datang melepak kat luar rumah Mama. Dan hari tu ada plak kucing datang beranak kat depan rumah. Lepas tu ja tup tup ada kutu kucing dalam rumah Mama! Huwaaa!
Rasanya paling banyak kat dalam bilik si kembar, sebab bilik tu dekat ngan tangga luar tempat kucing selalu lepak tu. Dan badan si kembar lah yang paling banyak kesan gigitan. Sian diorang huhuhu
Memang habis merah dan gatal gatal badan kitorang semua kena gigit tau. Dia punya bisa kena gigit tu fuhhh gatai merenyam sungguh lah, seksa oiii…

Ohh yaa..kutu kucing ni kecik ja, pastu leh lompat lompat. Susah nau nak tangkap, baru nak pegang ja dah melompat. Geram ja rasa!

Mama dah vakum rumah, cuci cadar dan sarung bantal, spray satu rumah ngan Ridsect tapi masih ada juga kutu kucing tu. Argghh stress!
Rasa macam nak panggil pest control, tapi Google tengok harga macam urmmm…nak cuba cari cara lain dulu lah kot.
Cara Hapuskan Kutu Kucing di Rumah
Jadi Mama tanya lah kat kawan kawan, macam mana nak hapuskan kutu kucing di rumah? Kat Facebook pun Mama up status tanya.
Macam macam cara dan petua yang kawan kawan Mama ceritakan berdasarkan pengalaman diorang.
Ni Mama kongsikan kat sini untuk rujukan kot kot korang pun alami masalah yang sama:
Vakum dan Bersihkan Rumah
– Vakum seluruh rumah setiap hari, terutama karpet dan celah celah sofa. Ada kawan Mama vakum setiap hari selama 2 minggu.
– Cuci semua cadar, sarung bantal, dan jemur bantal, tilam, karpet.
– Mop lantai guna Dettol atau campuran serai wangi dan lemon.
Serai Wangi dan Lemon
– Hiris lemon dan rebus bersama air dan serai wangi. Serai wangi ni Mama beli kat pasaraya je, yang brand Afy Haniff jenis cecair pekat tu.
– Biarkan sejuk, pastu tapis dan masukkan dalam bekas spray.
– Sembur pada cadar, tilam, karpet, alas kaki, sofa, celah celah sofa dan kat mana korang rasa ada kutu kucing tu.
– Boleh guna campuran ni untuk mop lantai, lap meja dan kerusi juga.
Bekas Air dan Lampu
Malam malam isi air + minyak atau sabun ke dalam bekas/besen dan halakan lampu atau lilin ke dalam bekas tu. Tutup lampu bilik, biar bilik gelap supaya kutu kucing tertarik pada cahaya dan masuk ke dalam bekas berisi air tu.
Berkesan Ke?
Hmm dah dua hari Mama spray seluruh rumah dengan air lemon + serai wangi tu. Pagi tadi bangun tengok tak bertambah kesan gigitan kat badan. Jadi mungkin kutu kucing dah kurang kot.
Tapi..masih jumpa gak beberapa ekor kutu kucing dok melompat lompat kat lantai. Haishhh geram!
Ni nak sambung lagi buat petua petua tu semua. Mama rasa mungkin ambil masa beberapa hari gak kot baru nak betul betul clear semua.
Kalau tak berjaya gak nak hapuskan kutu kucing di rumah ni, nampak gaya kena panggil pest control juga lah. Siap duit je lah huhu
Ehh korang ada yang pernah alami masalah kutu kucing di rumah gak tak? Cer komen skit macam mana korang buat? Kongsi tips please 😊
Update: Lebih kurang seminggu amalkan spray seluruh rumah dengan air lemon + serai wangi tu, Alhamdulilah dah clear dah kutu kucing.
Untuk gatal gatal pula Mama cuba letak losyen Calamine tapi tak berkesan sangat. Sudahnya Mama sapu ngan minyak Cap Kapak je dan dapat kurangkan rasa gatal merenyam tu, lega! Hehehe
63,143 total views, 13 views today
arrrrrr tak sukanyaaa baca pun dah merenyam rasa….sebab tu la sue tak suka pelihara kucing,sebab malas huhuuuu malas nak cara nak belai uruskan semua huhuuu….
Sama laa…nak menjaga tu kena betoi betoi, pastikan bersih.
Saya skrg dengan anak tengah mengalaminya seksa sungguh.Last2 call pest control utk dtg tengok.Masalah kat bilik saya aje yang ada kutu kucing ni
Aduhai…moga cepat settle lah masalah kutu kucing kat rumah u
ishhh..geli plak baca akak ckp dia boleh lompat2..adeh, ni masalahnya klu jiran pencinta kucen tapi kucen merata berjalan umah org..klu tak bawak masalah tak pe la..ni bawak masalah…
Tu lah, kalau tak bawa masalah ok ja bela
rumah mak dulu pernah penuh dengan kutu kucing sebab bela kucing dalam rumah.lepas mak serik bersihkan rumah, kucing dah tak dibenarkan masuk dalam rumah dah..huhu
Memang boleh rasa serik lah kena kutu kucing ni, seksa!
Tak pernah kena cuma saya kerja Syarikat pest control =)
Ohh syarikat kat mana? Kalau kes gini, berapa charge nya ye?
Dalam 350 juga la. Tapi ikut keluasan rumah juga. Pastu lepas servis kena kosong kan rumah paling kurang 5 jam. Ada tu sekali servis dah ok. Ada juga kena 2x treatment baru nmpk kesan. Ikut tahap kritikal masalah.
Ohh complicated jugak lah ye
Kucing serangga kucing ini agak berbahaya kerana saya juga menderita di wajah saya dan tidak ada ubat yang memberikan bantuan serta-merta
Yup, dah letak ubat tak terus lega
Terima kasih
mungkin kena letak ubat kutu pada kucing tu sebab kucing tu perumah. kalau tak hapuskan source kutu susah juga nanti.
Tu lah…tapi tu kucing jiran huhu
Ya Allah kesiannya…kalau Haida pun tak tau nak buat apa kalau dh jadi macam tu.
Ingat biasa-biasa rupanya teruk juga ya.
Merenyam dia lain macam tau, seksa huhu
aduh… dok bayang camana!! mau stress badan!! x sukaaa.. moga masalah ni dpt selesai nnti ya.. ameen
Memang stress sangat. Nasib baik dah settel, tapi berkudis berparut jadinya huhu
Last sekali…mcm mana boleh settle.guma kaedah apa ya mama
Mama konsisten spray seluruh rumah dengan air lemon + serai wangi & kerap vacuum. Dalam seminggu camtu Alhamdulillah dah tak dak kutu kucing dah.
Boleh share jenama or gambar serai wangi yg beli kat pasaraya tu tak? Selalunya ada kat bahagian mana? Hiris lemon tu maksudnya kulit lemon atau isi semua sekali?
Masa tu Mama guna serai wangi jenama Afy Haniff, beli kat Aeon Big ja..kat bahagian yang jual aerosol racun serangga semua tu. Air hiris lemon ngan kulit semua skali masuk.
Saya tgh alami.. Allah.. Sy pnye kucing dh hilang tp byk kucing org.. Dh hmpr 4 bln merana.. Gatal x terkira.. Parut jgn ckp la.. Nk try tips akk y lemon tu.. Doakn sy sis…
Moga berkesan utk settle kan masalah tu kat rumah u juga, good luck!
kak, saya tengah alami masalah kutu kucing ni sekarang srs tak tahan gila nak nangis je ni, hari hari gigitan kt badan bertambah & gatal betul 😭 nak tidur malam pon tk boleh. saya dah redho betul dah ni sbb nak buat kerja ngemas semua tak selesa. Akak vacuum rumah setiap hari & sembur air lemon tu je ke?
Alahai terbayang seksanya huhu. Ya, masa tu akak vacuum rumah & spray air lemon + serai wangi tu setiap hari sampai laa hilang kutu kucing. Dan kerap basuh cadar & sarung bantal gak.
Ya Allah akk tengah alami sekarang .mmg Seksa rasa .kucing mmg ada Kat rumah ni .tapi letak luar rumah dalam sangkar bukan Jenis merayap merata ..tak pernah bawak masuk dalam rumah..Dan kalau kucing kita tu pon x ada kutu ..maknanya kucing luar la ye….kesian dekat anak sebab da berbiji2 Naik macam ruam..suami pon teruk kak kaki dengan tangan dia..kudis buta dengan kudis bawaan Dari kutu kucing ni sama ke
Aduhai boleh bayang seksanya camna huhu. Saya tak pasti plak sama ke tak ngan kudis buta. Moga cepatlah hilang semua kutu kucing tu dari rumah akak tu.
Salam…
Baru alami kat rumah…
Selak bulu kucing nampak kutu meraya². Skrg dah merebak kat dlm rumah dan dah kena gigit kat kaki dan badan.
Langkah…
Mandikan kucing dgn syampoo anti-kutu.
Kurung kucing.
Tapi skrg dah merebak dlm rumah.. tgh cari nak hapuskan..
Terimakasih, akan cuba cara² di atas.
kalo dlm bili..sembur baigon.tutup tingkap/pintu. mampuslah cat flea ni even yg nyorok kat cadar/katil
Ooo boleh cuba cara ni kalau jadi lagi. Thanks kongsi tips.
Assalamualaikum , rumah saya pon ada kutu kucing .. habis satu family badan gatal2 pastu jadi kudiss 😭😭 .. sedangkan saya xbela kucing pon .. agak2 dari mana kutu kucing tu datang ya ? 😔
terima kasih atas info yang diberikan
ubat kutu kucing recently posted…Pet Industry Trends In Malaysia