Salam dears,
Korang dah tahu ke belum pasal insentif (diskaun) 50% atas baki pinjaman pelajaran MARA ni? Mama baru je dapat tahu, dan nak kongsi kan kat sini kot kot ada diantara korang yang tak tahu juga kan.
Ni sememangnya berita baik untuk sesiapa yang masih ada baki pinjaman pelajaran dengan MARA. Pengurangan sehingga 50% tu! Yang sebelum ni dah dapat pengurangan pun, boleh memohon untuk dapatkan lagi 20% pengurangan, perghhh best!
Tapi syaratnya kena buat bayaran balik secara sekaligus daripada baki semasa lah. Ni sedikit maklumat tentang siapa yang layak untuk mendapatkan Pemberian Insentif (Diskaun) ni…
Tempoh Pemberian Insentif (Diskaun) adalah mulai 7 April 2016 hingga 31 Disember 2016. Permohonan boleh dibuat secara online di portal MARA http://insentif50.mara.gov.my. Maklumat lanjut tentang syarat permohonan klik SINI dan soal jawab ada kat SINI.
Senang ni, tak perlu susah payah pergi ke pejabat MARA bagai kan? Kalau ada duit untuk selesaikan hutang, elok laa ambil peluang ni. Dapatkan diskaun tu dan bayar habis semua, tak perlu pening pening kepala dah nanti.
Haa boleh juga guna duit simpanan KWSP untuk buat bayaran, dengan syarat baki akaun 2 KWSP adalah mencukupi dan dapat menampung baki hutang pinjaman pelajaran MARA yang perlu dibayar selepas mendapat Insentif (Diskaun). Tapi tertakluk kepada terma dan syarat KWSP. Tu korang kena pi tanya KWSP lah untuk tahu syarat-syaratnya. Alahh call je tanya, nak seribu daya kan? hehe
Hmm teringat kisah diri sendiri, masa zaman Mama stadi dulu kalau dapat kelulusan gred tertentu boleh dapatkan pengurangan bayaran balik pinjaman. Jadi Mama usaha belajar supaya dapat gred yang bagus.
Tapi results Mama tak lah cemerlang mana pun, sekadar cukup makan je untuk dapatkan pengurangan tu hehe. Jadilah, sekurang kurangnya tak terbeban sangat dengan hutang belajar. Kalau tak silap Mama, dalam masa setahun dua je dah habis bayar. Fuhhh legaaa sangat!
Ehh kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang diskaun 50% ni, boleh hubungi MARA terus ye. Mama tak kerja kat MARA so tak leh nak jawab semua soalan korang kang 🙂
Hubungi:
MARA Call Centre
03-261 32134 / 39093 / 39094 / 32243 / 32247 / 35084 / 35085 / 35086
Bahagian Kawalan Kredit MARA
03-261 32286 / 32399 / 32131 / 32288 / 32192 / 32133 / 32178
Alamat: Bahagian Kawalan Kredit MARA, Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur
14,405 total views, 1 views today






Ini tak adil!! PTPTN x nak bagi 50% ke mama?? haishhh. 😉
untunglah…ptptn takde pulak gini
Alahai malangnya nasibku ni…huhuhu..baru2 ni, dah keluarkan 4k dr kwsp untuk byr baki tunggakan mara 8k..tak tau cara sebenar nak mohon insentif tu…ingatkan pihak kwsp bole tlg uruskan semua tu…kalo tak, dah clear semuanya…nak cari mana lagi nak byr tunggakan selebihnya tu…huhuhu
InsyaAllah akan ada rezeki lain. Moga dipermudahkan untuk u…
Terima kasih mama…mudah-mudahanla ada rezeki nak byr hutg…rasa tak tenang hidup bila berhutang ni, nak selesaikn cepat2…so, sesiapa yg nak guna kwsp tu, kena baca betul2 diskaun mara tu..kena apply dulu dkt mara, bila lulus baru ke kwsp untuk buat pgeluaran sekiranya layak. Mesti ingat, bila lulus diskaun mara tu, segera la urus kwsp sebab tempoh dberi hanya sebulan selepas diskaun anda dluluskan…jgn jadi mcm saya…huhuhu, menangis air drh sekalipun tak berguna daa…
Terima kasih sudi berkongsi pengalaman u, InsyaAllah boleh jadi panduan pada sesiapa yang baca ni 🙂
boleh ajar prosedur nak bayar tunggakan mara
Maaf tak pasti, tapi rasanya kena pergi ke Mara. Cuba u call pejabat Mara tanya